Tanpa keberanian mimpi takkan jadi kenyataan. Usaha gigih dan azam yang kuat membuktikan diri mampu berjaya. Itulah yang ditunjukkan oleh wanita yang dikenali sebagai Rozmiza Rozman.
Wanita ini berkongsi pengalamannya direject keluarga kekasih gara-gara mahukan menantu bekerja dalam sektor kerajaan. Tambah memedihkan apabila ibu bapanya yang bekerja sebagai peniaga tepi jalan turut dipandang serong.
SEGALANYA BERMULA DI SINI
My Ex and my Ex family keep pushing me down.
“Mak Cik nak menantu GOV SERVANT” – Mama my Ex
“Awak tu asal family susah, jangan berangan nak beli VolkSwagen, tak mungkin dapat”
Teka-teki pasangan ini bakal menimang cahaya mata mula timbul selepas kemunculan Sari Yanti yang memperlihatkan ‘baby bump’ sewaktu bergambar bersama Scha Alyahya baru-baru ini.
Namun, empunya diri enggan mengulas atau menjawab persoalan ramai membuatkan berita tersebut berlalu begitu sahaja.
Terbaru, Jep Sepahtu akhirnya menjawab segala pertanyaan bila mana memuat naik satu perkongsian di laman instagramnya.
Di dalam perkongsian tersebut, sekeping gambar anak lelakinya di samping kapsyen yang ringkas mengesahkan dia dan Srai Yanti bakal menerima ahli baru dalam keluarga mereka tidak lama lagi.
Jep memuji wajah hensome anaknya Khidir yang bakal bergelar abang tidak lama lagi. Untuk rekod, ini merupakan anak ketiga Sari Yanti bersama Jep Sepahtu.
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah buat Jep dan Sari Yanti yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
semalam merupakan sambutan hari lahir Datin Lisa Surihani. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah cara keluarga ini meraikan hari istimewa tersebut.
Tidak seperti selebriti lain yang mengadakan majlis penuh meriah , namun Lisa dan Yusry serta anak-anak memilih pendekatan bersederhana dan simple sahaja.
Meraikan empat beranak mereka di rumah tanpa makanan mewah. Tetapi tetap istimewa dan meriah.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Yahaira Leanne dan Yusof Leonne dan kini Lisa sedang hamil anak ketiga.
menerusi perkongsian Lisa di laman instagramnya, isteri kesayangan Dato Yusry ini memuat naik gambar dan video sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai. Selain menitipkan doa buat selebriti kesayangan mereka ini, rata-rata memuji cara keluarga bahagia ini meraikan dengan penuh sederhana tapi bermakna.
Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita. Nak bibir sihat dan merah merona, kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami..
Topeng Buah Beet
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.
Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.