“Yang Ada Zuriat Jangan Belagak Dengan Yang Belum. Kita Tak Tahu Masa Depan Anak Macam Mana.” Anzalna Akui Hampir Buat IVF Sebelum Dikurnia Anak Lepas 3 Tahun

Share

Selepas perkenalan selama 10 tahun, akhirnya pada tanggal 21 Februari 2016, pasangan sama cantik sama padan ini, Anzalna Nasir dan Hanif Zaki mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Karakter keibuan Anzalna terserlah terutamanya ketika melayani anak-anak saudara kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena yang juga anak kepada kakaknya, Diana Nasir.

Melihat caranya melayani kaletah kedua-dua puteri comel ini menunjukkan yang dia tidak sabar untuk memiliki zuriat sendiri. Akhirnya tiga tahun menanti, pasangan yang  baru menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga pada Februari lalu bersyukur, penantian menimang cahaya mata sendiri akhirnya dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.

Dalam pada itu, menerusi laman instagram milik anak sulungnya, Mohamad Eidrees turut berkongsi perjalanan ibu dan ayahnya sebelum memiliki zuriat pertama.

Sumber: IG anzalnanasir88

IKLAN