Wajah tua ini makin dimamah usia, kepenatan jelas terpancar namun semangatnya cukup kuat untuk mencari rezeki demi yang tersayang. Itulah Nenek Mumun yang berusia sekitar 60 tahun. Dia sanggaup mengecat wajahnya dengan warna silver sebelum berbasking di tepi jalan.
Dia sanggup menjadi Manusia Silver dengan berdiri di tengah-tengah jalan untuk mencari rezeki demi sesuap nasi untuk cucunya, Reihan yang berusia 2 tahun.
Kisah nenek tua bersama cucu kecilnya ini dikongsikan menerusi Merdeka.com. Dengan bermodalkan cat Rp35.000 setong, kira-kira RM9.90, wanita itu melumuri kulitnya yang kedut sehingga tiada lagi kelihatan warna asal kulitnya.
Ads
“Nanti selepas berbasking, cat ini boleh dihilangkan dengan cecair pencuci pinggan,” katanya seperti dilapor Merdeka.com.
Tambah portal itu, wanita itu telah berbasking di bawah terik matahari selama empat bulan bersama cucunya yang baru berusia 2 tahun setengah, Reihan.
Ads
Pernah menjadi pembantu rumah di Tangerang, Nenek Mumun kini meneruskan hidup menyara anak itu dengan berbasking selepas kedua-dua orang tua Reihan bercerai.
Dengan memeluk erat kanak-kanak itu, Nenek Mumun berdiri bagaikan patung di persimpangan jalan raya membawa kotak, mengharapkan ihsan orang ramai yang melalui jalan itu.
Ads
Dari pagi sehingga ke petang, wanita itu dikatakan mendapat sekitar RM14 sehingga RM28 setiap hari.
“Yang penting dapat membeli susu buat Reihan dan makan sehari-hari,” katanya.
Puteri Aishah dedah wajah anak lelakinya, Faliq nama jadi pilihan. Puteri Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 4 April lalu. Suri hati Firdaus Sulaiman itu nampak berseri-seri sejak bergelar ibu.
Terkini, Puteri Aishah menerusi hantaran di Instagram akhirnya mendedahkan wajah bayi lelakinya, Faliq pada harinya dilahirkan.
Rata-rata warga maya serta rakan selebriti dilihat membanjiri ruangan komen. Masing-masing menitipkan doa malah begitu teruja melihat wajah bayi lelaki Puteri Aishah itu.
Kebanyakan komen-komen menyifatkan wajah Faliq mirip dengan bapanya, Firdaus Sulaiman.
Untuk info, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Muhammad Firdaus Sulaiman pada 21 November 2021. Pasangan ini dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, Sulaiman Abd. Rahman.
Kesan bintik-bintik kulat sering berlaku pada perabot dan almari di rumah kita. Kadang-kala geram juga bila kesan kulat ni mula timbul pada buku-buku yang terdapat dalam almari.
Kulat ini sebenarnya timbul daripada air yang terdapat dalam udara di rumah kita. Sebab itulah adakalanya rumah kita sentiasa berbau lembap dan kurang segar.
Perkongsian saudara kita, Bijen Mohd, mengenai masalah kulat ini menarik untuk kita baca. Paling menarik perkongsian dan petua yang digunakannya untuk serap semua air amatlah mudah. Guna bahan simple saja. Jom cuba!
Ehem! Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY. Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya. Lainlah kalau rumah korang standard rumah orang kaya pakai perabot jati, cengal, meranti saja. Heh!
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat
koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air
yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
3 Barang Yang Diperlukan
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silika dengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing. Kah!
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan
cepat.
Saya beli sepeket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik.
1. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya. Kristal yang dah siap dipek. Bekas dadih boleh, bekas kek coklat moist boleh, bekas lada sulah pun boleh.
2. Jangan lupa tebuk lubang di penutupnya untuk kesan optima. Gunakan saja pin. Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat.
3. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah.
4. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula
bhai. Jimat belanja!
Okeylah! Korang layan dulu gambar-gambar cara nak buat dehumidifier DIY ni. Moga-moga, korang dah tak dihantui lagi oleh kulat
yang menyeksakan hidup ni. Haha!
Setiap orang punya cara tersendiri dalam menzahirkan kasih sayang. Menerusi satu perkongsian di instagramnya, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan sebuah rumah untuk bakal isterinya.
Malah dia sendiri menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Menurut Amirul Izman yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.
Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.
Berkongsi cerita dengan mStar, mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabul pada 20 September ini.
“Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.
“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.
“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.
“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.
“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami.
“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.
“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...