Pelakon Zamarul Hisham, 52, terima menantu sulung selepas anak terunanya, Izzat Haiqal, 24, selamat bernikah dengan Dina Zakirsa, baru-baru ini.
Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed berdoa ikatan pasangan itu disulam kebahagiaan dan turut menitipkan nasihat buat mereka.
“Tahniah Izzat dan Dina. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhilah dengan sifat bertolak ansur.
“Saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagiaan, keharmonian, dan kekal hingga Jannah,” katanya.
Ads
Zamarul juga jelas teruja dan bersedia bergelar datuk pula. Dia sempat berseloroh dengan seorang pengikut di Instagram yang komen tak lama lagi pasti dia jadi datuk.
“Walaupun akan jadi atok (datuk), TikTok tetap ‘on’. Umur itu sekadar angka,” katanya membalas komen terbabit.
Ads
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikutnya turut mengucapkan tahniah buatnya.
Terdahulu, Zamarul berkongsi foto bersama pasangan pengantin serta isterinya juga pelakon Diana Rafar di Instagram.
Anak adalah permata hati buat ibu bapa. Namun kesibukan kerja, kadang membuatkan ada yang alpa bahawa anak-anak dahagakan pelukan dan kasih sayang. Sesungguhnya pelukan daripada ibu bapa akan membuat anak-anak merasa bahawa mereka adalah insan yang paling berharga dan beruntung di dunia.
Bila saya sibuk je Maryam Soolihah dan Solahuddin mesti buat perangai.
” Ahhh! Abi sibuk sebab nak nafkahkan korang. Bukan saja saja buat sibuk! “
Ni la dialog dalaman saya bila saya cuba nafi dan pujuk diri sendiri bila tengah kesibukan melampau padahal nak taknak saya kena terima bahawa ada fitrah anak anak yang perlu saya jaga.
Kadang kadang anak saya yang tengah asyik berlari berkejaran tiba tiba je datang ke tepi saya seperti nak minta sesuatu tapi disebabkan ‘bajet sibuk’ saya buat buat tak faham dan teruskan dengan kerja dan kesibukan saya.
Padahal tu la waktu “cuddle time” anak saya! Masa tu akaun emosi anak saya tengah kering. Mereka sebenarnya berhenti bermain sejenak tu bermaksud…
” Ayah..peluklah saya ayah “ ” Mak.. Ciumlah saya emak “ ” Mama.. Saya rasa tak sedap hati ni. Peluk la saya sekejap mama “ ” Papa.. Topup la akaun emosi saya ni Papa.. Peluklah saya Papa..”
Tapi apa respon kita selama ni?
Kita teruskan bermain dengan smartphone kita Kita buat tak tahu dengan rayuan anak kita Kita bertegas dengan kesibukan kita Kita larut dengan pencarian nafkah kita
Maka lahirlah anak anak yang kosong emosinya, kurang empatinya, pemarah dan suka melawan.
Tolong..Selamatkan anak kita. PELUKLAH MEREKA SEKERAPNYA.
p/s : Tolong bagitahu info ni pada pasangan masing masing ye. Kalau seorang je yang tahu, tak menjadi juga
p/s : Tolong sangat ajak pasangan join Telegram saya untuk belajar ilmu mendidik anak. Nak jaga anak ni suami dan isteri kena terlibat sekali. Tak boleh salah seorang je. Klik link ni untuk join telegram channel saya tu ? t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun ada satu kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang isteri untuk hidup lebih lama adalah tinggi.
Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.
Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Nasihat UAS Buat Para Suami
Namun ini tidak bermakna suami sesuka hati berbuat demikian. Ini ditegaskan oleh penceramah terkenal dan berpengaruh di Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS).
“Jangan kentut di hadapan isteri demi menjaga hati mereka,” demikian kata nasihat Ustaz Abdul Somad (UAS) buat semua para suami di dunia ini.
Memetik laporan pada portal berita Suara.com, penceramah terkenal dan berpengaruh di Indonesia itu menjelaskan perbuatan kentut di hadapan isteri tidak diklasifikasikan sebagai haram, namun tidak begitu sopan lebih-lebih lagi di hadapan isteri.
“RASULULLAH S.A.W TIDAK PERNAH MELAKUKAN HAL-HAL YANG MENJENGKELKAN AISYAH SEPERTI MEMAKAN SEJENIS MAKANAN IAITU MAGHAFIR YANG MEMPUNYAI BAU BUSUK KERANA ISTERI BAGINDA TIDAK MENYENANGINYA…
“Jadi, baginda bersabda tidak akan lagi memakan maghafir dan mengharamkan maghafir untuk dirinya sendiri,”jelas beliau.
UAS turut menjelaskan bahawa para suami perlu sentiasa melakukan perkara yang menyenangkan hati isteri sebagai salah satu rukun rumah tangga bahagia.
“Rasulullah sentiasa memanggil Aisyah dengan nama panggilan mesra. Kalau kita tidak mampu begitu, jangan sampa kentut di depan isteri,” katanya lagi.
INFO TAMBAHAN : 12 TIP SUAMI ISTERI BAHAGIA
1,Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. 2.Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 3.Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 4.Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 5.Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 6.Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. 7.Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. 8.Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. 9.Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 10.Isteri perlu menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. 11.Pasangan yang sudah berusia, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 12.Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.