Ziela Jalil Kongsi Nama Cucu Perempuannya Sempena Majlis Tahnik. Cantiknya Nama!

Share

Pada tanggal 14 Jun lalu, pelakon dan juga penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil berkongsi berita gembira mendapat cucu perempuan  setelah anak perempuannya, Dr. Puteri Julia Nabilah, 27, telah selamat bersalin pada malam Jumaat lalu dan Ziela menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik video memaparkan bayi comel yang baru sahaja selamat dilahirkan.

Malah terbaru, pada hari ketujuh kelahiran cucunya, Datuk Ziela Jalil ada berkongsi video sekitar majlis tahnik cucunya, Tun Alayna Zeeya oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin.

“Alhamdulillah Yaa Rabb. Jazakallah khairan kathira Habib Ali Zaenal Abidin utk TAHNIK Baby Tun Alayna Zeeya Binti Dziya Faqhran dengan hastag hari ke tujuh.”

Beliau juga berkongsi video meraikan kelahiran cucu perempuannya ini.

Baby Shower sebelum cucu lahir

Terdahulu, Ziela telah mengadakan majlis doa selamat dan baby shower bersempena menunggu detik kelahiran cucunya itu beberapa hari lalu.

Untuk rekod, Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.

Sumber: Instagram Ziela Jalil

IKLAN