Pada tanggal 14 Jun lalu, pelakon dan juga penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil berkongsi berita gembira mendapat cucu perempuan setelah anak perempuannya, Dr. Puteri Julia Nabilah, 27, telah selamat bersalin pada malam Jumaat lalu dan Ziela menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik video memaparkan bayi comel yang baru sahaja selamat dilahirkan.
Malah terbaru, pada hari ketujuh kelahiran cucunya, Datuk Ziela Jalil ada berkongsi video sekitar majlis tahnik cucunya, Tun Alayna Zeeya oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin.
“Alhamdulillah Yaa Rabb. Jazakallah khairan kathira Habib Ali Zaenal Abidin utk TAHNIK Baby Tun Alayna Zeeya Binti Dziya Faqhran dengan hastag hari ke tujuh.”
Terdahulu, Ziela telah mengadakan majlis doa selamat dan baby shower bersempena menunggu detik kelahiran cucunya itu beberapa hari lalu.
Untuk rekod, Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Sumber: Instagram Ziela Jalil
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesian anak-anak apabila gigi susunya mengalami karies gigi sehingga terpaksa dicabut akibat rasa sakit sehingga menggangu urusan sehariannya. Malah, menyediahnya jika anak itu pada usia tiga tahun gigi susu sudah dicabut. Sedang kan untuk timbuh gigi kekal mengambil masa usia antara lima hingga enam tahun.
Sebagaimana perkongsian doktor gigi ini,Azila Dentist ada penyebab masalah gigi susu anak rosak. Ibu ayah kena berlapang dada apabila membaca penyebabnya. Tanpa kita sedarnya bahawa ia berpunca daripada kita. Nampak remeh tetapi ia beri kesan kepada kesihatan gigi anak.
Kesilapan ibu bapa..
Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun. Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.
Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:
1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?
2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.
Kita ambil senario ini
-Senario 1- Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?
-Senario 2- Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk.
Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.
Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur. Inilah namanya KARIES SUSU.
TIPS CEGAH KARIES SUSU.
1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.
2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.
3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.
4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!
5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.
Photo berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.
KES 1
Ini adalah contoh Karies Susu. Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa? Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.
Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula? Yes, I feel you. I understand you.
Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.
KES 2:
KES 3
Caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini
Pertama, pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.
Kedua, paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..
Ketiga, NO JAJAN , No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.
Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.
Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; ”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)
Alhamdulillah Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita yang dewasa ni, bila perginya orang yang paling kita sayang dari dunia ini sememangnya amat terasa kehilangan mereka. Apatah lagi bagi bayi berusia dua tahun ini perlu terpisah buat selama-lamanya di saat memerlukan kasih sayang seorang ibu akibat sebuah kemalangan.
Semasa kejadian, bayi lelaki ini selamat biarpun tercampak keluar daripada kenderaan apabila kereta dinaikinya bersama ibu bapanya dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah belakang di Kilometer 291.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, bayi itu terselamat dan tidak mengalami kecederaan fizikal namun kemalangan terbabit mengorbankan ibunya, Norfadilah Ismail, 34, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Myvi yang dipandu oleh bapa kanak-kanak itu berusia 36 tahun.
Difahamkan, bayi berkenaan tercampak keluar apabila kereta dinaiki tiga beranak itu dilanggar kemudiannya menyusur keluar dari jalan raya berturap sebelum terbalik.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian jam 8.10 pagi itu membabitkan Perodua Myvi dinaiki tiga beranak yang dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi Perodua Myvi yang dipandu lelaki berkhidmat sebagai anggota tentera.
“Punca kemalangan akibat Perodua Myvi yang dipandu anggota tentera berusia 22 tahun itu melanggar Perodua Myvi dinaiki tiga beranak berkenaan dari arah belakang.
“Benar (bayi tercampak keluar dari kenderaan) dan mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan, namun setakat ini belum ada sebarang kecederaan serius dimaklumkan yang dialami bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Nazri berkata, mayat ibu bayi yang juga suri rumah akan menjalani proses bedah siasat hari ini di Hospital Kampar.
Menurutnya, Perodua Myvi yang melanggar kereta dinaiki tiga beranak itu kesemuanya dinaiki oleh empat anggota tentera berusia antara 20 hingga 22 tahun.
Mohamad Nazri berkata, selain mangsa maut, kesemua yang terbabit dalam nahas itu meliputi bayi, bapanya, serta empat anggota tentera tidak mengalami kecederaan.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. 8 tahun membina rumah tangga bersama, namun rezeki untuk menimang si kecil bernama anak masih belum ada. Begitu pun pasangan suami isteri ini cukup reda dan terus sabar menanti.
Terbaru Achey Bocey, 32 dan isteri, Nor Hasanah Yahya telah mengambil seorang anak angkat perempuan.
Kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu nyata memberi kegembiraan dan sinar buat pasangan ini.
Ringan tulang bantu isteri
Sifat penyayang dan penuh keibubapaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya. Apa lagi bila Achey sendiri sangat rajin dan ringan tulang membantu isterinya.
Nyanyi lagu untuk anak
Terbaru dia memuatnaik video mencuci pakaian si kecil sambil menyanyi. Pelbagai reaksi pengikut dilaman instagramnya. Rata-rata memuji dan tak kurang ada yang sebak mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Achey.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.