Kita selalu dengar orang kata di dalam dunia ini akan ada 7 orang muka yang sama dengan kita, pelanduk 2 serupa lah katakan. Namun sejauh mana kebenarannya itu terpulang kepada individu itu sendiri untuk mempercayai atau sebaliknya.
Pun begitu, baru-baru ini tular ada seorang lelaki yang mempunyai wajah saling tak tumpah seperti penyanyi rock tanah air, Datuk Awie apabila dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Ariff Hanafi.
Video yang dikongsikan itu, dapat dilihat seorang lelaki yang difahamkan warganegara Nepal sedang membuat bekerja di salah sebuah kilang.
Sementara perakam tersebut turut menggunakan latar lagu Iris nyanyian Datuk Awie, menjadikan dengan sendirinya kita dapat beranggapan seakan benar did alam video tersebut adalah Datuk Awie walhal ia adalah insan lain.
Ads
Lagi-lagi saat melihat dari sisi wajahnya, memang serupa! Itu belum lagi bila diperhati cara senyumannya yang menawan. Memang tak tumpah macam Datuk Awie ketika muda-muda dahulu. Sungguh boleh buat ramai ‘tertipu’ jika dilihat sekali imbas.
Meninjau diruangan komen, netizen teruja melihat persamaan ‘kembar’ lain negara ini. Malah ada yang berseloroh mengatakan mereka keliru untuk membezakan mana satu Datuk Awie dek kerana terlalu mirip wajah kedua-duanya.
Masalah kucing kencing di dalam rumah memang buat kita marah dan tertekan. Kalau sekali sekali tak mengapa kalau setiap hari kencing pada tempat yang sama boleh buat kita rasa marah. Lagi pula kalau kencing pada karpet, sofa atau tilam, lagi buat rasa sakit jiwa.
Bukan apa, bau kucing kencing ni lain macam sikit. Lagi kuat baunya kalau kucing jantan. Walaupun dan cuba bermacam cara pembersihan misalnya guna cuka atau serai, kucing kesayangan kita ni masih lagi kencing pada tempat yang sama.
Penggunaan coklat bar yang jadi viral seketika pun sudah dicuba, malangnya masih lagi kencing. Apa masalahnya? Hasil perkongsian Almizan Fahmi dan Mohd Firdaus di facebook mengenai penggunaan air botol yang diletakkan air di kawasan yang kencing ini memang menjadi. Hebat!
Caranya mudah sahaja:
1. Bancuh air dengan pewarna seperti sirap.
2. Isikan air tersebut ke dalam botol plastik.
3. Letakkan pada kawasan yang ‘bertanda’ si bulus kita.
Isikan dengan air yang berwarna seperti sirap ros atau apa-apa warna yang ada di rumah. Biar nampak cantik sikit.
Kemudian letakkan sahaja pada tempat atau kawasan yang selalu ‘ditanda’ kucing kesayangan kita. Letak sekerap yang boleh seperti di dalam gambar. Insyaallah menjadi. Jom cuba!
Cuba Empat Cara Ini
Sambil cuba petua buat air dalam botol plastik, anda boleh juga cuba empat cara ini. Makin mantap dan harap-harapnya kucing tak kencing lagi pada kawasan ini.
# Cuka
Cuka ada bahan yang berbau tidak berapa menyenangkan buat kucing. Baunya yang kuat tidak disukai oleh kebanyakkan kucing. Jadi selepas mencuci pada kawasan ini, letakkan sedikit cuka dan biarkan sahaja kering.
# Bahan Peluntur
Selain cuka, bahan peluntur juga kuat baunya. Mop atau letakkan sedikit pada kawasan yang sudah ditanda kucing anda. Jangan banyak, takut kucing menjilatnya.
# Serai
Kucing tidak suka bau serai, jadi anda boleh menggunakan produk yang berasaskan serai atau letak sahaja sebatang serai pada kawasan berkenaan.
# Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur dikawasan kucing kencing.
Panas..kucing memang tak suka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pasti tidak melepaskan peluang menyambut Hari lahir anak-anak, demikian juga dengan pasangan bahagia Memey Suhaiza dan Norman Hakim.
Baru-baru ini, anak sulung pasangan ini, Muhammad Darwisz Hakim baru menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-9. Satu majlis meraikannya telah diadakan.
Selain mengadakan majlis hari lahir Darwirz, Norman dan Memey juga turut menyelitkan majlis kesyukuran dan doa selamat. Lebih manis lagi, Majlis tersebut turut diraikan bersama anak-anak tahfiz.
Pasangan ini memuatnaik gambar dan video majlis tersebut menerusi laman Instagram masing-masing.
Kebiasaannya,pasti ada keluarga Abby Abadi, namun menurut memey sambutan kali ini, Abby tidak turut serta kerana mempunyai urusan lain.
#Awishzturns9 ❤️ “Senang buat # mcm ni kan..tiap kali mummy nak tgk balik setiap tahun time birthday mummy search jer # hehe..
“Alhamdulillah selesai majlis sorang anak.. get ready utk next anak😆 anak ramai meriah.. tp smlm jer tak dpt berkumpul ramai2.. kena repeat together2 lg bg bertambah meriah❤️
“Alhamdulillah terima kasih pd semua yg selalu ada bersama.. love u all.. mummy buat kecik2 manja jer.. 🙏🏻 lebih kepada niat utk doa selamat & kesyukuran .. selesai dah hasrat mummy papa❤️,” tulis Memey menerusi kapsyennya.
Norman menerusi laman instagramnya turut berkongsi ucapan buat anak sulungnya itu.
“Sanah Helwah Happy 9th Birthday cayang papa Muhammad Darwisz Hakim @awishzarisz ❤️
“The best thing u could do on your birthday is to take a few minutes off from your Roblox,be thankful to Allah & family for all the happiness & pray that we always stay together till Jannatul Firdausi🤲🏻
“May u always shine like the brightest star.We’re thankful to Allah of the person that u’re becoming; Soleh,kind-hearted,humble & polite alhamdulillah
Selain kemeriahan majlis tersebut, turut mengundang perhatian ramai, adalah wajah anak sulung Norman dan anak kedua mereka yang dilihat seperti kembar.
Bahkan rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan pandangan tersebut.
” Wah dah besar si abang ni. Selamat hari lahir Awishz. Nampak Awishz dan Kikim dah macam kembar lah.. “
” Ehh abang dan adik tu sekali pandang macam kembar, padahal beza dua tahun kan, hehe. Selamat hari lahir abang, smga jadi anak yang soleh.. “
” Nampak macam sebaya lah dua orang anak lelaki Norman ni, kalau orang tak tahu, mesti ingat kembar.. “
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan kehidupan bahagia sehingga till jannah. Hubungan yang terjalin sekian lama sudah tentu ada pasang surutnya, ada suka dukanya. Bak kata perpatah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, hakikatnya memerlukan bahasa cinta tersendiri agar rumahtangga sentiasa mesra selalu. ‘
Bahasa cinta bukan sekadar pemberian wang ringgit tetapi, apa sahaja yang membuatkan pasangan berasa dihargai dan dicintai.
Sebagaimana perkongsian oleh Pakar Bius ini,Hana Hadzrami yang berpendapat hubungan mesra suami isteri boleh disemamarakkan apabila mempunyai pasangan saling menjaga hati pasangan.
Ikuti perkongsiannya. Sungguh terkesan dalam hati.
Bahasa Cinta
Di sini anda cuma nampak gambar sekeping thosai dengan kuah chutney kelapa. Namun pada saya, ini adalah salah satu daripada bahasa cinta suami untuk saya. Thosai dibeli khas untuk saya sebagai sarapan pagi, usai pulang keletihan on call.
Seorang sahabat pernah memberitahu, suaminya kalau nak tunjuk sayang, dia akan belikan durian. Bukan dengan sejambak bunga atau intan berlian.
Thosai, durian, bunga, dan intan berlian cuma objek yang menyampaikan perasaan. Objek itu akan ditafsirkan sebagai kasih sayang hanya jika si penerima bijak menafsirkan bahasa cinta si pemberi.
Pernah dengar seorang isteri sanggup berpisah dengan suami yang baik dan rajin kerana tergila-gilakan lelaki yang menaburkan wang ringgit dan harta untuknya?
Pernah dengar seorang suami sanggup meninggalkan isteri yang bersusah payah berkorban untuknya hanya tergila-gilakan perempuan genit yang pandai bermanja-manja?
Sebahagian besar sengketa rumahtangga terjadi kerana suami isteri tak pandai menggunakan dan menafsirkan bahasa cinta.
Ada 5 jenis bahasa cinta universal* antara dua individu (tidak semestinya pasangan hidup saja):
1. Kata-kata penghargaan 2. Pemberian hadiah 3. Pertolongan dan pengorbanan 4. Sentuhan 5. Luangan masa yang berkualiti
Tak semua orang perlukan kelima-lima bahasa cinta untuk merasa bahagia.
Ada orang yang tak hairan dengan pertolongan kerana dia sendiri rajin bekerja namun amat dambakan hadiah dan kata-kata penghargaan daripada pasangannya.
Ada orang yang tak hairan dengan hadiah penghargaan kerana dia sendiri dah kaya, namun amat dambakan sentuhan dan masa berkualiti daripada pasangannya.
Itulah sebab ada orang yang meninggalkan pasangannya kerana dia gagal merasai cinta melalui bahasa yang difahaminya. Mungkin pada dia, cinta bukan dibuktikan dengan kerja kuat dan pengorbanan tetapi melalui hadiah penghargaan.
Tiada dua manusia yang sama. Namun jika kita tahu mentafsirkan bahasa cinta pasangan masing-masing dan mahu pula mempelajari apakah pilihan bahasa cinta pasangan, maka banyak keretakan rumahtangga boleh dielakkan.
Contohnya pada si suami, boleh jadi bahasa cinta pilihannya ialah sentuhan dan khidmat pertolongan. Pada si isteri pula bahasa cinta pilihannya boleh jadi masa yang berkualiti dan kata-kata penghargaan. Maka suami patut perbanyakkan memuji-muji si isteri dan meluangkan masa untuknya. Dan isteri patut beri layanan dan sentuhan manja pada suaminya.
Buat pasangan yang dah bertahun-tahun bersama; jika anda tidak lagi memberi hadiah, mengucapkan penghargaan, meluangkan masa, apatah lagi memberi sentuhan kasih sayang kepada pasangan; usah harap kasih sayang pasangan anda akan terus kekal segar seperti dahulu.
Cinta dalam bahasa arab adalah ‘Hub’. Hub juga bermakna benih.
Benih yang tak diberi air, cahaya dan baja akan kering layu tanpa sempat bercambah.
Maka usah ternganga atau terngadah jika benih yang anda gagal bajai itu melayang jauh dan bercambah di tempat lain yang bersedia memenuhi keperluannya.
***
Akhir sekali, usah hanya kerana pasangan gagal memberikan satu bahasa cinta yang anda mahukan maka anda tinggalkan dia. Jika pasangan rajin menolong buat kerja rumah, suka meluangkan masa bersama anda tetapi berat mulut untuk memuji dan agak kedekut untuk membelikan hadiah; maafkanlah dia.
Mana-mana individu berhidung belang boleh memberikan hadiah mahal dan kata-kata manis. Namun hanya orang yang ikhlas menyayangi anda akan memberikan perkara yang mahal iaitu masa dan tenaganya.
Bersyukurlah dengan yang sedikit, bersabarlah dengan kekurangan, nescaya Tuhan akan menambahkan kebaikan untuk anda.
Sumber: Hana Hadzrami 20 tahun berkahwin. Belum pakar cinta, hanya pakar bius.
*”The Five Love Languages” by Gary Chapman”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...