Petua orang lama memang banyak dan telah ramai diamalkan memang terbukti ada yang serasi dan berkesan dalam penjagaan kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan. Salah satunya seperti yang dikongsikan oleh Nureeman Ramli di akaun facebooknya berkongsi petua yang telah diamalkan oleh sahabatnya yang berbangsa Cina.
Menurutnya, dengan amalkan petua tersebut sahabatnya itu mempunyai bentuk badan yang menarik dan cantik. “Body memang cantik. Luar dalam cantik. Tak yah susah-susah beli jamu/detox atau herba apa-apa yang kita tak tahu entah bahan dari mana.”
Jadi apa kata anda mencuba petua yang dikongsikan olehnya untuk penjagaan kecantikan dan kesihatan daripada gabungan 3 ramuan. Selamat mencuba.
LEMON + HALIA + BAWANG PUTIH
bahan – bahan
3 biji lemon dihiris nipis ( jangan buang kulit sebab kulit banyak khasiat )
3 labu bawang putih ( dibuang kulit )
2 inci halia ( sebesar ibu jari kaki )
Ekstra tip :
*lemon tu beli yang tempatan. Jangan beli yang diimport ( dah disembur bahan kimia) sebab rasa agak pahit. Nak kurang pahit campur dengan madu.
*Jangan risau pasal bau bawang sebab bau akan hilang bila dah campur dengan bahan lain.
*mommy bf boleh minum, yang best badan terasa ringan je. Dah minum jadi ketagih je. memang betul-betul banyak khasiat.
Cara penyediaan :
1. potong halus 3 bahan :-
– 3 biji lemon ( jsngan buang kulit ) potong
Ads
– 3 labu bawang putih bukan 3 ulas yer (buang kulit) potong
– 2-3 inci halia ( buang kulit ) potong
2. campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. Rebus selama 6-8 jam ( slow cooker )
4. Sejukkan dan blend ( akan jadi pekat macam pati )
5. Tapis or tak terpulang. Saya tak tapis
Ads
6. Lepastu dah boleh minum
Cara minum :
– setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu. Ambil pagi sebelum breakfast ( perut kosong ) dan malam sebelum tidur
– selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari
Kelebihan/khasiat :
Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam-macam lagi khasiat
Khasiat lemon especially diamalkan setiap pagi
1) Minum air lemon sblm makan/minum apa2 pada waktu pagi dpt fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah drpd masalah spt perut kembung, angin, dan heartburn.
2) Lemon ni bersifat antiseptik dan mmg terer dlm “membersihkan” hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!
3) Lemon merupakan sumber vitamin C yg utama. Kalo kita minum pagi2 lagi, kita dh xyah risau utk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan magnesium.
4) Ramai yang ingt lemon ni ada acidic effect dlm badan kita. Tp sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalo kita amalkannya sebelum makan apa-apa, lemon sebenarnya dapt mengalkalikan badan kita, iaitu pH dlm badan kita dapat diseimbangkan.
5) Of course, kalo sebut tentang vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lagi cantik, bukan saja sbb vitamic C dia, tapi kebaikan lemon yang ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.
Sesetengah orang beranggapan kerja suri rumah cukup mudah, tak hairanlah ada yang melabelkan wanita ini bertuah kerana hanya ‘goyang kaki’ di rumah. Sedangkan mereka tidak tahu seawal dinihari wanita ini sudah bersengkang mata menyediakan keperluan suami dan anak.
Kerja tidak terhenti walaupun anak ke sekolah, suami ke pejabat. Sebaliknya bersambung dengan urusan lain seperti mengemas, memasak dan sebagainya. Lewat malam tatkala ahli keluarga lain sudah beradu, dia masih lagi berjaga, menyediakan keperluan suami dan anak untuk esok harinya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Mungkin ada yang memiliki ijazah dan kelulusan tinggi, namun semuanya ditolak ketepi dek kerana keluarga menjadi keutamaan. Cemburu dihati adakalanya melihat rakan seangkatan bergembira di luar namun, syukur kasih sayang keluarga itulah kebahagiaan sebenar buat suri rumah.
Wahai suami, sesekali beri ruang buat permaisuri hati anda untuk bersendirian seketika. Dengan kata lain ‘berdunia’ dengan orang luar. Tidak luak masa yang ada jika mengizinkan isteri melakukan apa yang dia minati. Lihatlah betapa bahagia dan gembiranya hati isteri anda.
Perkongsian dari saudari Syahirah Omar cukup padu dan patut dijadikan panduan buat semua terutama suami di luar sana dalam menghargai pengorbanan isteri anda.
Aku terpanggil untuk menulis depressi di kalangan suri rumah. Sebab harini ramai tag aku rasa nak marah jiran, bila jiran kata mereka tak pandai jaga anak. Kata jiran, dok rumah “kangkang” saja. Ada yang mula dengar suara suruh bunuh anak, ada yang rasa nak kelar diri sendiri.
Allah Allah Allah?
Aku rasa aku perlu tulis ni untuk luahkan apa yang mereka rasa. Ya, aku faham benar apa kau rasa.
Aku minta maaf, aku tak dapat tulis bagi yang bekerja. Jadi kita focus pada yang suri rumah saja ya? Aku enjoy bekerja. Tetapi bekerja, kita memerlukan jadual kerja supaya hidup kita sangat teratur. Kita banyak betul bermain dengan masa. Tetapi yang tinggal di rumah, kami bermain dengan emosi, terlalu penat mental, fizikal.
Kenapa dengan emosi suri rumah?
#1 DILABEL SEBAGAI ” GOYANG KAKI”
” kerja apa?” Soal makcik senah jiran depan rumah.
“Oh, saya suri rumah Cik Senah,”
” Oh tak kerja, seronoklah duduk rumah tak penat sangat ,” Cik Senah mula cari gaduh.
Terus Timah berlari masuk rumah menangis sebab rasa sangat “loser”.
Bayangkan kalau 10 orang, 20 orang atau lebih dari tu cakap benda yang sama? Rasa seperti tak berfungsi dan tak memberi manfaat.
Suri rumah ni satu pekerjaan yang sangat mulia. Lubuk pahala tau? Kenapalah masyarakat tak faham benda ni? Sudahlah kerja non stop, tiada rehat untuk diri sendiri. Makan, solat, kelam kabut. Tambah tambah anak masih kecil umur rapat-rapat. Cuba bila dengar je orang kerja suri rumah respon terus begini
” Subhanallah, hebatnya! Banyak pahala yang Allah nak beri pada awak. Awak memang isteri dan ibu yang hebat! “
#2 PENAT MENTAL FIZIKAL
” Abang, harini anak kita jatuh bang. Saya tak larat betul rasa anak lasak sangat,” Timah mula mengadu.
” Awak ni merungut begini nanti Allah tarik nikmat anak baru tahu! Cubalah bersyukur!” Seman naik berang sambil scroll facebook.
Gais, isteri cuma mahu bercerita. Dia bukan tidak bersyukur. Cubalah kau peluk dia dan cakaplah,
” Biar sini abang jagakan Talib, awak pergilah mandi lama-lama, solat tenang-tenang ok? Abang tahu awak penat seharian uruskan anak-anak yang tengah melasak,” – Seman, suami dan ayah mithali.
Kadang kadang waktu rehat isteri tu biarlah dia main facebook, biarkan dia bersendiri sekejap. Ini sudahlah letih seharian, anak meragam tak berhenti, penat kehulu kehilir hantar ambil anak anak.Suami balik kena layan suami seperti raja pula.
Ada yang suami di luar negara. Whatsapp suami cerita tentang anak-anak kadang kadang bluetick saja. Atau balas ” Sabarlah,mama. Papa jauh ni,”
Gais, mereka maklum kau jauh. Cubalah kau tanya dia harinya bagaimana. Sihat atau tidak? Sempat atau tidak makan dari tadi?
Atau yang lebih dasyat , merekalah isteri, merekalah suami. Suami pula banyak lepas tangan urusan keluarga, perbelanjaan isi rumah. Balik, minta duit nak beli rokok lagi ada lah. Allah Allah Allah ?
Sabarlah wahai isteri, segala penat lelah tu jika kita Redha, terlalu banyak ganjaran buat kita. Mohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. Manusia ni, sentiasa buat kita kecewa.
Tapi Allah tak pernah pun menyakitkan kita. Allah sentiasa ada untuk kita.
Percayalah!
#3 TIADA SUMBER PENDAPATAN
Media sosial ni penuh sebenarnya gambar Peah bercuti bersama rakan rakan, company trip pergi bandung lah, honeymoon di Swiss lah. Maka Timah pun mula berdukacita.
Timah kalau dapat pergi kedai ECO pun rasa dah nak histeria punya happy tau?
Ada yang sempat bekerja dari rumah. ada yang memang tak mampu pun nak buat bisnes dari rumah. Situasi kita semua tak sama. Ada yang anak terlalu aktif, kau baru nak reply order orang di instagram, anak dah main tepung kat dapur.
Jadi, apa yang suami beri, itu sajalah yang dia ada. Ada duit sikit, waktu ke kedai ECO, banyak yang dibeli untuk anak. Diri sendiri? 1 saja.Magic sponge. Syahirah kata bagus sangat magic sponge Timah pun belilah. Cuba nak sental dinding penuh anak conteng guna pensil warna.
Hidup dia, dunia dia, hanyalah suami, dan anak anak.
Rasa rendah diri tu memang ada. Biarpun belajar pandai, Diploma, Degree simpan saja sebagai kenangan. Kawan-kawan semua gaji 5 angka.
Sayang,
Dengar sini. Hidup ini ada yang lebih, ada yang kurang. Tak semua yang dipamerkan di media sosial tu semuanya indah belaka. Yang bekerja juga ada yang mereka struggle juga. Masalah pengasuh, masalah orang gaji curi barang, majikan zalim, rakan sekerja menyakitkan hati , masalah suami tak beri nafkah, masalah terlalu banyak komitmen. Ada yang memang suka bekerja dan tak suka tinggal di rumah. Ada yang terpaksa bantu suami kerana pendapatan suami saja tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Kita sangka baik ya? Allah beri kita masa bersama anak-anak. Biarlah kita tiada pendapatan, tetapi masih ada kesempatan untuk lihat mereka membesar di tangan kita.
Sesekali kau penat, berehatlah. Cakaplah pada suami energi kau ibarat arnab yang kehabisan bateri sewaktu berlumba lari. Beri masa untuk kau “recharge” semula diri.
#4 DIBEZAKAN MERTUA
Ini jarang berlaku tetapi antara faktor yang menyebabkan suri rumah depressi. Bila bekerja, kita ada duit poket sendiri untuk gembirakan keluarga. Bagi yang tidak bekerja ni, apa yang suami mampu sajalah.
Ada di dalam masyarakat kita terpaksa bersaing secara tidak sihat untuk menangi hati mertua dengan kebendaan.
Astaghfirullahal’azim.
Sayang, jika kau tiada duit ringgit, kau masih mempunyai hati yang baik dan tangan untuk mengembirakan mak ayah. Kau boleh bantu mak di dapur, kau boleh picit kaki mak, kau boleh berbual dengan mak. Sesekali kau masakkan makanan kegemaran mak.
Hidup ni, bukan semuanya boleh dibeli dengan duit ringgit kan? Mak tahu kebaikkan setiap menantu mak. Melainkan memang mak tak nampak lansung effort kau. Tu kes lain lah.
Jangan rasa rendah diri. Kita kena bangga dengan tugas kita. Tak ada kita anak mak cari spender pun tak jumpa kat longgok mana tau.
#5 MAHUKAN PENGHARGAAN.
” Terima kasih sayang, sebab jagakan anak-anak harini, abang sayang sangat sayang, banyak sangat pengorbanan sayang,”
” Sayang, harini pergilah mana awak nak pergi. Abang bagi awak cuti. Abang dengar ada kuliah Dhuha kat masjid depan tu, sayang pergilah topup apa yang patut,”
Tekanan isteri di rumah ni, kadang-kadang anak menangis pun dah tak mampu lagi nak dihadam. Pengisian rohani pun tak ada bila terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Aku pasti dalam hati suri rumah semua mahu pergi ke masjid, belajar agama. Di youtube tu memang ada tapi teringin kan nak ke majlis ilmu?
Bawalah isteri dan anak-anak ke Masjid setiap hujung minggu. Suami jagalah anak-anak sekejap. Biar isteri rasa bertenang solat di Masjid. Itu yang dia selalu tak dapat waktu di rumah. Jangan pula bila cuti saja kita pilih melepak di rumah main game. Isteri tu bila yang dia rehat? Dia bukan ada cuti tau? Paling awal bangun tidur, paling lewat masuk tidur. Kalau yang menyusu tu, Allahuakbar, sakit habis badan-badan.
Isteri ni bila letih, penat sangat, makan tak setel, tak dihargai, mula dia naik hantu. Rasanya semua manusia pun begitu kan?
Cuba tengok penampilan dia. Duduk rumah pun mana yang sempat saja. Dia selekeh kerana semuanya dia terpaksa uruskan. Dia terlalu sayangkan keluarga sampaikan abaikan diri sendiri.
#6 SEMUA PERASAAN TERBUKU DIHATI.
Kalau yang bekerja, kita ada masa untuk bersosial.Aku sangat enjoy waktu bekerja. Kau tahu, ada masa untuk makan, untuk solat. Yang best aku suka sangat sebab aku ada kawan nyata. Boleh bersembang, begurau.
Tetapi yang duduk rumah ni, mereka friendlist kat facebook je 5000, tapi sangat lonely.
Tak ada tempat berbual. Buka je mata anak, tutup je mata, anak. Suami balik kerja dan penat. Tak sempat nak dengar pun apa yang terbuku di hati.
Bang, kau genggam la tangan isteri, kau tanyalah dia
” Sayang, hari awak macamana harini? Awak ok? Cuba luah apa yang awak rasa pada abang,”
“Pung pang bla bla bla timah bla bla bla best tau sayang..bla bla bla! Hahahahha…ada ke patut?” Timah mula bercerita.
Gais, kalau tak faham, kau tatap saja muka dia cubalah kau respon sama. dia gelak kau pun gelak. Letaklah telifon di sebelah. kau tatap saja wajah dia.
Wajah tu lah yang mudahkan urusan kau setiap hari. yang uruskan makan pakai kau, uruskan rumahtangga, uruskan anak anak.
Tak ada dia, kau pergi office pakai kain pelekat agaknya.
Allah Allah Allah.
Dalam hidup ni, ramai yang dibesarkan tanpa ada rasa empati terhadap orang lain kan? Tapi tu boleh diperbaiki. Kita cuma perlu belajar menghargai dan menyayangi selagi ada. Buatlah seperti yang Allah minta.
Suami, isteri, datang dari “planet” yang berbeza. Dibesarkan juga dengan cara yang berbeza. Tetapi Allah tahu yang terbaik buat hambaNya. Semua yang diatur pasti ada hikmahnya. Belajarlah memahami, melengkapi untuk rasa bahagia.
Banyak lagi sebenarnya. Nantilah aku sambung lagi ok?❤ Apa yang Suri rumah perlu buat untuk bangkit semula. Kau tunggu ok? Sementara aku nak karang tu, Kau banyak baca ” La hawlawala quwata illa billah,” Tak ada daya dan kekuatan melainkan Allah saja. Please take care ok?
Salam sayang,
Syahirah Omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
11 tahun melayari alam rumahtangga, pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina berkongsi berita gembira kini sudah memiliki seorang zuriat yang cukup sempurna.
Berita yang dimuatnaik menerusi Instagramnya. Pemilik nama sebenar Shazrina binti Azman itu turut memaklumkan yang bayi bernama Musa itu sudah tiga bulan bersama mereka.
“Alhamdulilah it has been 3 months since the arrival of baby Musa, we are grateful to Allah for this beautiful blessing and du’a come true – I can safely say that he is my mahram now الحمد لله ❤️
Akui isteri kesayangan Noh Hujan ini lagi, mereka sudah melalui perjalanan yang panjang dengan melakukan rawatan IVF, IUI , pembedahan. Namun akhirnya Allah kurniaan bayi yang cukup bermakna buat mereka.
“It has been a long journey to get to where we are today, through years of iui’s, ivf’s, operations, Allah granted us this sweet baby through other means, and it was all meant to be. If Allah wills it for you, nothing can stop it from reaching you and Only He knows the right time for everything to fall into place. All the tests and struggles are for a good reason.
Dia dalam pada itu Mizz Nina memberitahu, mengambil masa lebih setahun untuk menyiapkan diri dan bersedia untuk usaha tersebut.
I” remember it took me more than a year to get myself open and ready for this endeavour. Noh initiated the idea of us adopting ( of course in Islam the baby’s surname must be bin Abdullah or other names of Allah & not the adoptive father’s name) and since he was down for it, it got me curious.
“Our humanitarian trips also helped me immensely with making this decision, there are sooooo many babies and children out there without one or both parents, without the means or a place they can call home with a family who loves them.
“Opening up my heart for this life changing event was not easy and I had constantly made du’a to Allah to expand my heart and make space in it, for me to let go of my insecurities and trust in Him, His plan, His way, Alhamdulilah, with baby Musa, my heart, soul, mind and body was ready to take him in.
Tambah Mizz Nina lagi, si kecil ini merupakan anugerah dan ciptaan Allah yang indah, dan merupakan satu keistimewaan untuk dimiliki.
H”e is a beautiful gift and creation of Allah, and it is such a privilege for us to have him thus far. Its been a awesome roller coaster ride being new parents 😍😅 and we are loving every moment Alhamdulilah ❤️
“May he be a light for the ummah, May Allah protect our little family in this life and the next and allow us to be among those He is pleased with Aameen 🤲a
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet serta rakan kongsi meluahkan rasa sebak Dan terharu. Masing-masing menitipkan ucapan dan doa buat pasangan ini serta baby Musa.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang kehilangan orang tersayang akibat virus covid-19. Sudah lah tidak dapat menjaga ketika sakit Di hospital, bahkan ramai yang tak sempat berjumpa buat kali terakhir.
Lebih memilukan, jenazah pesakit Covid-19 Di ambik alih oleh petugas khas. Ahli keluarga hanya mampu memandang dari kejauhan. Tiada lagi peluk cium buat kali terakhir.
Dalam satu perkongsian Di Facebook, saudara Abdul Razak Nordin , yang bekerja sebagai petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 ini berkongsi satu pengalaman paling berat untuknya sepanjang dia bertugas.
Siapa sangka, kerja yang dilakukannya sehari-hari itu menjadi yang terberat untuknya apabila harus menguruskan jenazah ibu sendiri. Lebih memilukan, tiada ahli keluarga lain yang boleh berada di sisi untuk sama-sama membantu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ajak kehilangan ibunya, Allahyarhamah Patimah Ibrahim akibat wabak Covid-19.
Selaku petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 selalunya aku menguruskan jenazah orang lain. Hari ini serba tak kena buat aku. Aku menguruskan jenazah mak aku. Ya, mak aku sendiri.
Jenazah mak saya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dan akan dikebumikan pada pukul 1.30 tengahari.
Segala urusan tayamum dan solat jenazah adalah di Unit Forensik Hospital Shah Alam. InsyaAllah saya akan bersama dengan mak saya hingga ke liang lahad. Doakan saya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.