Boleh Simpan Stok Bawang & Cili Sampai 3 Bulan, Bebas Berkulat & Elak Masam.

Urusan memasak ni memang nampak simple, tapi ia sebenarnya memerlukan masa yang lama jika tidak membuat sebarang persediaan.

Salah satu cara memastikan masa memasak menjadi cepat adalah menyediakan stok kisar bawang dan cili dengan banyak.

Stok bahan kisar ini membuatkan kerja memasak menjadi mudah. Tapi untuk menyimpan stok ini ada caranya. Jika salah simpan buat membuatkan bahan kisar itu menjadi masam atau berkulat.

Nak tahu caranya jom ikuti perkongsian ini

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

” Nak share sikit cara-cara simpan cabai, bawang, halia bagi tahan lama. Senang la bila nak masak lauk pauk mee goreng, bihun goreng dan keytiau. Terus cedok ja. Tak payah susah-susah nak kupas bawang.”

 

Boleh Simpan Stok Bawang & Cili Sampai 3 Bulan, Bebas Berkulat & Elak Masam, Guru Masakan Ini Kongsi Tip.

IKLAN

Stock buat ni kalau rajin masak 2 minggu habis dah. Tapi kalau malas masak, stok ni 3 bulan pon tahan lagi tau. Wajib simpan dalam peti ais.

1. CARA BUAT CABAI KISAR
Gunting cabai kering kecik2 lebih kurang 1 inci pastu buang bijik cabai tu. Rebus cabai tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.
Lepas tu tapis bilas dengan ayaq. Masukkan cabai dalam blender. Blend sambil masuk ayaq bertapis sikitt sekadar bagi blender tu buleh putaq saja.
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais..
Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cabai ni tau.

2. CARA BUAT BAWANG BESAR KISAR
1 kilo bawang besaq dan hiris kecil2 tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit2 bersama dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak ayaq saja pon boleh. Pastikan sikit saja ayaq tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus2.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering.
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais.
Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.

3. CARA BUAT BAWANG PUTIH KISAR
Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecik2.
Blender bawang bersama ayq bertapis Anggaran ayaq adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering.
Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.

4. CARA BUAT HALIA KISAR
Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecik2. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar.
Blender halia dengan sedikit ayaq. Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis.
Halia ni jenis banyak ayaq. Jangan gatai2 letak ayaq banyak tau.
Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.

Tips penting untuk lebih bertahan lama.
Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campoq lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO!

IKLAN

Kalau nak guna cabai, sedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing.

Sumber: Cik Dayang Zuhaila

 

 

IKLAN

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Boleh Simpan Stok Bawang & Cili Sampai 3 Bulan, Bebas Berkulat & Elak Masam, Guru Masakan Ini Kongsi Tip.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI