Sosej adalah makanan segera yang sememangnya amat digemari oleh kanak-kanak zaman sekarang. Pantang jika dihidangkan di atas meja, pasti anak-anak akan segera menjamahnya sampai licin.

Sosej sememangnya bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah kita juga sering menggunakan sosej sebagai bahan tambahan penyedap hidangan di dalam menu spagetti, nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.

Pun begitu, jika terlalu kerap mengambil hidangan segera dikatakan tidak elok untuk kesihatan. Atas  kesedaran ini, sebaiknya kita sediakan sendiri sosej yang mana kita lebih arif akan bahan-bahan yang dimasukkan  di dalam ramuan sosej tersebut. 

Nak tahu resipi untuk menyediakan sosej ini? Rupanya mudah sahaja dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Semoga dengan  perkongsian daripada Puan Zaini Talib ini, dapatlah kita sediakan menu sosej yang enak dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Ini perkongsian resipinya…

“Salam..saya pon dah cuba buat sosej homemade..saya share yaSaya cuma guna bahan bahan mudah yang dalam simpanan saja ikut citarasa masing masing na.”

IKLAN

Bahan bahan
600gm dada ayam
1 bawang besar
2 tangkai cili kering (jika suka pedas saya tak letak nak bagi anak makan)
4 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam jika suka
Sedikit garam
2 biji telur
* 4 sudu tepung ubi
Sedikit serbuk oregano jika suka
Sedikit daun ketumbar -saya tambah sebab suka
Sayur sayur macam carrot mushroom jika suka..saya takda stok tak letak..saya tambah capsicum (cili benggala) sikit tu ja

Cara-cara

Sosej Homemade Ikut Citarasa Sendiri. Lebih Sedap & Confrim Berkhasiat!

IKLAN

1.Potong ayam kecil-kecil dan satukan bahan-bahan-bahan lain kecuali tepung ubi * ke dalam food processer. Blend halus kesemuanya .2.Kemudian masukkan dalam bekas dan tambah tepung ubi.
3.Kacau sebati.

Sosej Homemade Ikut Citarasa Sendiri. Lebih Sedap & Confrim Berkhasiat!
4.Masukkan adunan ayam dalam piping beg.
5.Kemudian paip masukkan dalam plastik aiskrim atau boleh paip atas cling flim dan gulung ketat-ketat.

6. Pintal kedua dua hujung, sebab nak bentuk ala-ala sosej kan.
Proses nak masukkan dalam plastik aiskrim tu kena sabar  sebab tak senang sangat sebab bila padat takda ruang udara susah nak penuhkan plastik aisskim- sebab tu sosej kita pendik-pendik tu ja tapi takpa buat slow slow dah dapat rentak mudahla jadinya. Buat sampai habis.
7.Dah siap boleh la direbus atau dikukus lebih kurang 15minit atau sehingga masak ya. Saya kukus.

IKLAN

Ekstra tip :

Kalau yang tak mau kukus or rebus pakai plastik ala-ala health conscious bolehla frozen dulu bagi keras..then buang plastik baru rebus atau kukus…tapi saya rebus ja terus…sekali sekali ja nak buat..insyaAllah yakin.

Ok dah siap dah sosej kita. Nak makan macam tu saja pon boleh, nak grill pun boleh! Yang lebih tu bulehla nak frozen.
SELAMAT MENCUBA

credit : Zaini Talib‎ via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI