Umum mengetahui setiap pasangan suami isteri akan memiliki sijil nikah sebagai bukti perkahwinan untuk disimpan dengan sebaiknya. Bahkan setiap kali membuat pendaftaran anak ke sekolah dan beberapa urusan lain memerlukan untuk sijil nikah dikepilkan.

Nyata begitu pentingnya sijil nikah ini disimpan di tempat selamat! Namun diakui agak sukar juga jika ingin dibawa ke mana-mana.

Hakikatnya lebih sedekad yang lalu kad perakuan nikah sudah diperkenalkan bagi memudahkan pelbagai urusan. Lantaran saiznya yang lebih kecil, ia mudah dibawa ke mana sahaja.

Kini boleh dikatakan setiap pasangan yang baru berkahwin akan memiliki kad perakauan nikah ini. Namun bagaimana pula buat pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin? Adakah kita juga boleh memohon dan sekali gus memiliki kad tersebut?

Menjawab persoalan ini, diharap perkongsian daripada wanita ini yang baru sahaja memiliki kad perakuan nikah setelah 6 tahun berkahwin gara-gara ingin pastikan suaminya dapat menemaninya di Labour Room terjawab.

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan info dan panduan bersama. Terutamanya pada mereka yang masih belum memiliki kad perakuan nikah.

Ini perkoangsiannya;

Buat Sebab Nak Bersalin

Dah 6 tahun kahwin baru nak buat kad perakuan nikah. Kuikuikui. Kalau tak sebab nak bersalin, mungkin 10 tahun lagi baru buat agaknya.  Ni bukan pengantin baru tau, ni pengantin lama.

Alkisah bila suami kata masa aku bersalin Mairaa dulu, nurse beriya mintak kad akuan nikah untuk kebenaran teman isteri dekat LR.

IKLAN

Mujuq agaknya dapat nurse ok time tu, dia bagi excuse.

So last week checkup pon nurse ada tanya dan ingatkan aku gak pasal ni.

Tak nak lah kang datang period pain nurse, depa tak bagi suami teman dalam LR sebab tak ade kad ni jur. haruu

Boleh jadi kan?

Sebab mood manusia ni kan turun naik.

So, kebetulan harini suami cuti, settlekan jugak lah hal remeh ni biar lega hati ni.

IKLAN

Fuhh dia punya nak process eh, register kena pi kaunter lain, buat bayaran kena pi building lain, lepastu nak collect kena turun tingkat lain.

Harini aku banyak giler jalan. Besttt! Mudahan mudah aku bersalin nanti

Untuk yang belom buat kad akuan nikah, jom buat!

Dah Lama Kahwin Tapi Belum Buat Kad Perakuan Nikah, Tak Jadi Hal Sebab Mudah Je Nak Buat!

Item yang uoll perlu sediakan is..

1.Gambar 1 keping suami dan isteri

(nanti dia return balik)

IKLAN

2.Surat nikah original dan photostat

3.Duit rm40

4.Kad Pengenalan suami dan isteri.

Selamat buat kad nikah uolls, kahkahkah

Kredit : Halimahtus Saadiah via Viral oh Viral

Dah Lama Kahwin Tapi Belum Buat Kad Perakuan Nikah, Tak Jadi Hal Sebab Mudah Je Nak Buat!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Dah Lama Kahwin Tapi Belum Buat Kad Perakuan Nikah, Tak Jadi Hal Sebab Mudah Je Nak Buat!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI