Hati mana yang tidak sedih, apabila duit simpanan hilang sekelip mata. Lebih sebak apabila duit KWSP baru sahaja diterima hilan begitu sahaja.

Menerusi facebook saudara Md Nor Izzudin mendedahkan dirinya telah diperdaya oleh scammer sehingga duitnya dalam akaunnya hilang sebanyak RM18,700.

Dia tidak menyangka, keputusannya untuk mengambil khidmat membersihkan rumah rupanya mengundang padah apabila ditipu dengan mudah.

Telah membuat laporan polis, dia turut berkongsi kronologi kejadian itu supaya menjadi iktibar buat orang ramai.

“Semoga lebih ramai yANg akan dapat maklumat tentang modus operandi scammer ini.”

Seterusnya ikuti perkongsian saudara Md Nor Izzudin. ini.

Kronologi Kena Tipu.

Kisah aku hilang duit dalam akaun selepas buat tempahan servis mengemas rumah.

Tak sangka benda ini berlaku dengan sangat pantas. Dan macam tak sangka lah macam mana diorang boleh curi duit aku.

  1. Mula-mula aku tertarik dengan iklan servis membersihkan rumah yang ditawarkan.
  2. Aku pon menekan button whatsapp yang diberikan dalam iklan tersebut.
  3. Dalam perbualan whatsapp aku diminta untuk melakukan tempahan melalui aplikasi yang mereka suruh download melalui link yang diberikan. Aplikasi itu bernama My Maid.
  4. Aku isi segala maklumat dalam aplikasi tersebut untuk menempah servis yang mereka ada.
  5. Kemudian masuk dekat bahagian bayaran. Hanya ada bayaran menggunakan FPX. Dan aku memilih untuk membayar menggunakan maybank2u.
  6. Semasa aku hendak buat bayaran, setiap kali aku masukkan Username dan Password akan berlaku error. Sedangkan username dan password adalah yang betul.
  7. Kerana banyak kali mencuba dan tidak berjaya, aku pon snaplah gambar transaksi yang tidak berjaya dan hantar semula kepada nombor tadi.
  8. Nombor tadi melakukan semakan dan menunjukkan memang tempahan aku masih lagi belum selesai. Lalu mereka setuju untuk tempahan aku dibayar selepas servis.
  9. Tamat perbualan aku tadi.

Terima notifikasi

2 jam kemudian. Kejadian tak diingini semua orang berlaku. Tiba-tiba aku terima notifikasi transaksi yang bukan aku buat. Mulanya hanya 1 transaksi. Aku jadi bingung kerana aku tidak ada lakukan transaksi tersebut.

Aku terus menelefon Maybank Customer Service punya nombor. Semasa menunggu customer service angkat call. Dua lagi transaksi dilakukan. Dan habis semua simpanan yang ada dalam akaun aku sekelip mata.

Transaksi berlaku tanpa ada permintaan TAC daripada nombor telefon aku dan tiada permintaan kebenaran pemindahan wang masuk dalam telefon ku. Benda berlaku sekelip mata. 3 transaksi berlaku dalam masa yang sangat singkat telah menghabiskan segala duit yang ada dalam akaun aku.

Taktik

Ini yang aku rasa tektik yang mereka guna:

  1. Menggunakan iklan yang menarik perhatian orang untuk menggunakannya. Terutama servis-servis mengemas rumah.
  2. Semasa proses pembayaran, layar Maybank yang digunakan berlainan dari layar biasa. Layar tersebut meletakkan Username dan Password dalam paparan yang sama.
  3. Walaupun sudah letak username dan password yang betul, transaksi tetap gagal.

Tak sangka sncammer

IKLAN

Kalau korang baca cerita ini mungkin akan berasa salah aku kerana aku terpancing untuk menekan link aplikasi dan membuat bayaran didalam aplikasi berkenaan. Bermaksud aku sendiri yang mendedahkan maklumat aku.

Tetapi aku tidak sendiri tidak menyangka yang scammer menggunakan cara sebegini untuk mendapatkan maklumat kita. Jadi aku dedahkan cara ini supaya tak ada siapa yang kena.

Lagi pelik transaksi itu tidak menghantar kepada nombor telefon aku untuk permintaan TAC ataupun permintaan kebenaran pemindahan wang. Kebiasaannya transaksi kepada pihak ketiga sama ada perlu isi TAC ataupun perlukan kebenaran transaksi melalui telefon bimbitku. Barulah transaksi tersebut boleh dijalankan.

Sekarang ini aku kena tunggu hari isnin baru boleh teruskan proses aduan aku. Sementara ini, akaun Maybank aku telah dibekukan. Hanya transaksi masuk sahaja boleh. Transaksi keluar dan segala maklumat akaun aku tak boleh nak semak.

Hilang RM18.7K!

Aku memohon doa-doa kalian supaya proses aduan aku berjaya. Dan duit yang hilang ini dapat dikembalikan semula. Duit yang hilang jumlahnya agak besar bagi aku. Kerana ia termasuk wang KWSP dan juga komisen kerja yang aku baru terima.

Aku cuma boleh cakap, aku terpilih untuk melalui pengalaman discam sebegini rupa. Dan aku harap pendedahan yang aku buat ini dapat mengelakkan orang lain pula yang discam.

Jom kita hentikan jenayah scam ini.

Apa-apa pun, kalian doakan aku berjaya dapat semula duit yang hilang itu ya.

Dan minta kalian hati-hati dan jangan jadi seperti aku. Sayangi duit anda. Alihkan simpanan ke tempat yang lebih selamat.

IKLAN

Dekat sini saya sertakan video dari Maybank tentang malware scam ini.

https://youtu.be/6BKxGrRmDK8

Updated

Kenapa saya tidak dapat TAC semasa proses pemindahan dilakukan

Kerana app yang saya telah install itu ada malware. Berkemungkinan telah memintas sms TAC tu kepada no fon mereka tanpa melalui persetujuan saya.

Scammer tidak boleh hack sistem bank, tetapi mereka hack melalui sistem pengguna seperti kita.

Minta semua kerap buat password update utk sistem perbankkan anda.

 Bukti kena tipu

 

IKLAN

Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi. Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi. Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi. Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi. Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi. Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi. Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi. Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi.

Sumber: Md Nor Izzudin

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania 

 

Bintang Kecil:  

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz

Duit RM18, 700 Termasuk KWSP, Melayang Diperdaya Scammer Selepas Tempahan Servis Kemas Rumah. Lelaki Ini Kongsi Kronologi.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI