Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
“Ya, saya datang mendaftar hari ini berseorangan dengan menaiki motosikal dari Putrajaya.”
Siapa sangka pelajar ini yang dikenali sebagai Lau Lai Kiat datang seorang diri untuk pendaftaran pelajar baru di Universiti Malaya baru-baru ini.
Tular perkongsian di facebook rasmi Universiti Malaya mengenai kecekalan pelajar yang hadir tanpa ditemani ahli keluarga.
Jati diri yang ditunjukkan pelajar ini mendapat pujian netizen apabila dia mampu berdikari menguruskan sendiri pendaftaran di universiti terkemuka di negara ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Selepas SPM, saya menyambung pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.”
“Motosikal ini memang saya letak di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dan saya gunakan setiap kali ‘turun’ KL.”
Ads
“Untuk pendaftaran hari ini, saya bermalam di rumah rakan saya di Putrajaya; setelah mengambil motosikal saya di TBS,” katanya memulakan perbualan sambil mengelap peluh di mukanya.
“Saya bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat pengajian nanti.
“Ayah saya yang hanya bekerja sebagai buruh telah bertungkus lumus membesarkan kami adik-beradik, dan sudah tiba masanya saya cuba membalas jasanya,” kata mahasiswa jurusan Pengurusan Sukan ini lagi.
Anak bongsu dari tiga orang adik-beradik ini merupakan yang pertama di kalangan ahli keluarganya yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
“Saya memilih UM bukan sahaja kerana percaya dengan kualiti pendidikannya sebagai universiti terbaik negara.”
Ads
“Malah saya juga yakin akan menimba pengalaman kehidupan kampus yang menarik dan menyeronokkan,” kata Lai Kiat apabila ditanya mengapa memilih UM sebagai institusi pengajian pilihannya.
“Lagi pun UM di dalam KL, senanglah nak ‘enjoy’ dengan kawan-kawan,” kata bekas murid SMK Seri Tangkak, Johor ini sambil tersenyum penuh makna.
Melihat kami yang masih terpegun dengan keberaniannya menunggang motosikal untuk jarak yang agak jauh dengan membawa beg pakaian dan kelengkapan pengajiannya (ada yang diikat dengan tali di tempat duduk belakang!), penghuni Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12) ini berkata:
Ads
“Abang jangan risau. Saya baru tukar minyak hitam bulan lepas.”
Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik dalam hidup mereka. Dalam bab pendidikan misalnya, biar berhabisan duit demi memastikan kejayaan mereka.
Lihatlah bila anak-anak besar, bagaimana pula cara mereka membalas jasa dan pengorbanan orang tua mereka.
Demikian yang cuba dikongsikan oleh pelakon dan hos terkenal, Norman Hakim. Menerusi perkongsiannya di instagram, suami kesayangan Memey Suhaiza memuat naik video pendek dan sekeping gambar berkenaan anak sulungnya Danish Hakim.
Apa yang membuatkan pelakon ini tersentuh hati bila mana anak sulungnya memberikan sejumlah wang kepadanya dan bekas isteri iaitu Abby Abadi.
Menurut Danish, wang tersebut diperoleh dari hasil bisnesnya. jadi, Danish berniat untuk memberi belanja kepada kedua orang tuanya kerana dia percaya rezeki yang diperoleh bakal bertambah.
Papa tak pernah mintak,tapi abang @danishhakimofficial cakap,dia percaya pada ‘miracle’ bila rezeki dia makin bertambah2 bila bersedekah & bagi duit belanja pada parents
Semoga usaha & bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan & dirahmati
Sekadar berkongsi,saya tidak pernah ajar anak2 untuk bagi duit pada parents,tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.We lead by example.In shaa Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.Itu semua janji Allah yg mmg dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44).Yang penting kena sentiasa ikhlas & istiqomah.Semoga kita sama2 sentiasa dipelihara dibawah jagaanNya🤲🏻❤️
Mohon doakan jugak untuk exam SPM abang @danishhakimofficial in shaa Allah kalau takde aral start pada 22 Februari 2021 ni nanti🙏🏻
Baru-baru ini tular berkenaan ‘unboxing’ isteri di media sosial di mana trend berkenaan akan dimuatnaik dalam bentuk video oleh pasangan pengantin baru dengan berbusana raja sehari di mana suami akan membuka aksesori yang dipakai isteri satu persatu.
Video sebegitu mendapat kritikan daripada ramai pihak dan turut terpanggil untuk Ustazah Asma Harun mengulas mengenai isu ini agar masyarakat dapat menyedari dan mengetahui bahawa budaya berkongsi sesuatu yang peribadi bagi suami isteri ini bukan budaya dan tuntutan Islam.
DAYUSKAH SEORANG SUAMI YANG UNBOXING ISTERI?
Menurut Imam al-Munawi, sifat dayus (الديوث) merujuk kepada orang yang membiarkan kejahatan / maksiat dalam keluarganya, iaitu isteri dan kerabat terdekatnya. Dalam erti kata lain, dayus juga mudah difahami sebagai seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap isteri dan anak-anaknya.
Mengapa penting untuk seorang suami dan ayah memiliki perasaan ‘CEMBURU’ ini? Cemburu seorang suami dan ayah adalah WAJIB bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya. Tanpa perasaan ini, seorang bapa atau suami tidak ada rasa sensitif dan ambil peduli terhadap apa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya. Dengan siapa mereka bergaul, dengan siapa mereka keluar, adakah aurat mereka telah ditutup sempurna dan adakah mereka ada sifat malu dalam diri? Semuanya tak diendahkan.
Di saat seorang suami atau bapa menyedari dan mengetahui kemungkaran yang dilakukan oleh si isteri dan anak-anak, namun masih tidak menegur dan mengubahnya. Maka inilah yang dinamakan DAYUS yang sebenar.
Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tiga golongan yang telah diharamkan oleh Allah daripada memasuki syurga: Iaitu penagih arak, orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya.
(HR Ahmad, hadis sahih)
Allahu Akbar, terkejut dan sedih rasa apabila melihat trend “Unboxing by Husband” yang dimuat naik beberapa pasangan muda yang baru sahaja bernikah dan masih memakai busana pengantin, sehingga ada yang sanggup membuka tudung.
Walaupun bukan sehingga tahap membuka pakaian seperti barat, namun saya tertanya adakah tidak ada sekelumit pun perasaan malu dalam diri ketika memuat naik video ini? Ke manakah peranan seorang suami yang seharusnya menjaga maruah dan kehormatan rumah tangga yang baru sahaja dibina?
MEMULAKAN KEHIDUPAN BARU DENGAN PERBUATAN MAKSIAT
Kadang disebabkan rasa teruja yang amat dalam melalui peristiwa yang sangat dinanti-nantikan, menyebabkan kita hilang pertimbangan. Mungkin ada yang terlalu gembira sehingga merasakan detik itu perlu dirakam dan dikongsikan kepada orang ramai, sedangkan ia sepatutnya disimpan kemas sebagai detik istimewa suami isteri.
Budaya berkongsi sesuatu yang peribadi bagi suami isteri ini bukan budaya dan tuntutan Islam. Bayangkan, apabila video sebegini mula tular dan semakin ramai pula pasangan pengantin baru yang ikut melakukan perkara ini, bagaimana agaknya? Ingatlah pesan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya. Kami (iaitu kalangan sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda SAW menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?”
(HR Muslim, hadis sahih)
Sahabat, jauhilah segala bentuk trend yang menjatuhkan maruah diri sendiri, malahan membentuk budaya yang rosak. Kita amat risau jika sudah terlalu ramai mula ikut trend yang sama, lalu akhirnya kemungkaran pun jadi suatu yang dianggap biasa. Nauzubillah.
Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran seperti ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”
(Riwayat Muslim, hadis sahih)
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Tuan Puan,
Islam sangat menitikberatkan tentang sifat malu pada diri seseorang, begitu juga buat suami isteri. Antara adab yang penting namun sering dilupakan termasuklah tidak mendedahkan kemesraan suami isteri secara terbuka di depan khalayak umum.
Hikmahnya supaya tidak timbul fitnah (syahwat) kepada orang lain, rasa tidak senang orang sekeliling yang melihat atau mempengaruhi orang yang belum ada hubungan sah untuk turut melakukan perbuatan yang dihalalkan kepada suami isteri.
Larangan ini bukan sahaja dalam bab berpelukan, mencium pasangan, suap menyuap, dan sebagainya, tetapi termasuk juga posting di media sosial sama ada gambar atau video suami isteri bermesraan secara intim.
TITIPAN BUAT PENGANTIN, SEMOGA PERKAHWINAN BEROLEH REDA ALLAH
Buat adinda sekalian yang saya kasihi kerana Allah,
Yakin dan percayalah bahawa mempamerkan momen romantis bersama pasangan untuk tontonan umum bukanlah kayu ukur sebenar kebahagiaan. Lumrah lelaki suka melihat, wanita suka dilihat.
Namun, pesanan penting buat para suami, peliharalah aurat dan maruah isteri, serta didik dirinya dengan taqwa dan sifat malu. Jangan sampai menjadi seorang suami yang DAYUS. Dan buat kaum wanita, jangan pula biarkan diri kita terpedaya dengan kehendak nafsu sendiri, bimbang kelak bila sudah terlambat terpaksa menanggung penyesalan yang tiada kesudahan.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(Surah Tahrim 66: 6)
INGATAN BERSAMA DAN DOA BUAT SEMUA PASANGAN
Pasangan bukanlah objek yang layak diperlakukan sebegitu tanpa rasa segan atau mengaibkan. Sebagai ketua keluarga, suami perlu sedar dan tahu membezakan perkara yang baik di sisi agama ataupun sebaliknya. Bersederhanalah dalam ekspresikan kebahagiaan.
Peranan suami dan isteri supaya saling menegur dan perbaiki akhlak sesama pasangan, bukan menjadi pendorong terhadap perkara yang mengundang murka Allah SWT.
Saya doakan agar semua yang sudah atau bakal bergelar suami isteri diberikan hidayah dan bimbingan dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Agar suami, isteri, ibu ayah dan anak-anak semuanya menjadi penyejuk mata kita.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Semoga dengan kita memohon bersungguh-sungguh supaya diberi hidayah, Allah SWT menyelamatkan kita daripada terjatuh ke lembah dosa maksiat yang hitam dan melemaskan
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN MANFAAT.
Rujukan:
1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-371: Nusyuz Bagi Seorang Suami
2. Zaharuddin.net: Siapa Lelaki Dayus? Oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.