Sekarang ni semua benda di hujung jari sahaja! Termasuklah dalam perihal mengundi. Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), zaman kini bukan sahaja boleh menyemak lokasi tepat tempat mengundi di laman web rasmi MySPR dan aplikasi mudah alih sahaja tau!
Malah, laman web itu juga menunjukkan masa yang disyorkan untuk pengundi melawat pusat untuk membuang undi.
Jangan lupa catat atau ambil tangkapan skrin aliran (saluran) dan nombor (bilangan) yang ditetapkan untuk dibawa ke pusat mengundi pada hari pengundian, 19 November.
Selain itu, laman web tersebut menyatakan bahawa pengundi yang layak mengundi pada PRU15 adalah mereka yang telah didaftarkan oleh SPR ke dalam Daftar Pemilih sehingga 9 Oktober 2022.
Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, menerima limpahan ucapan tahniah, doa dan penghargaan daripada rakyat sempena ulang tahun hari kelahiran Baginda yang ke-55.
Sempena hari istimewa tersebut, rakyat menzahirkan ucapan penuh kasih serta doa yang baik-baik buat Baginda yang sentiasa dikenali dengan sifat lemah lembut, keanggunan dan keprihatinan terhadap masyarakat.
Menerusi ucapan yang dikongsikan Selangor Royal Office, pihak istana merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari kelahiran Baginda.
Dalam ucapan tersebut, Selangor Royal Office turut mendoakan agar Allah SWT sentiasa melanjutkan usia Tuanku dalam keadaan sihat walafiat, berada dalam lindungan-Nya serta dikurniakan kehidupan yang penuh kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan.
“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku,” menurut ucapan berkenaan.
Keanggunan dan kelembutan Tengku Permaisuri Selangor sering menjadi perhatian rakyat. Dalam setiap penampilan rasmi, Baginda sentiasa tampil sopan, elegan dan penuh tertib, sekali gus mencerminkan peribadi seorang Permaisuri yang dekat di hati rakyat.
Selain menjalankan peranan sebagai Permaisuri, Baginda juga dikenali sebagai seorang individu yang sentiasa mengutamakan kesederhanaan serta menghargai hubungan erat dengan masyarakat.
Sifat rendah diri dan keprihatinan yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkhidmat sebagai anggota institusi diraja menjadikan Baginda dihormati oleh pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.
Kehadiran Baginda dalam pelbagai program rasmi, kebajikan dan kemasyarakatan sentiasa mendapat sambutan baik kerana rakyat melihat Baginda sebagai figura yang sentiasa mengambil berat tentang kesejahteraan masyarakat.
Untuk rekod, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin merupakan Permaisuri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Baginda ditabalkan sebagai Tengku Permaisuri Selangor pada 8 September 2016 di Istana Alam Shah, Klang.
Baginda dilahirkan pada tahun 1971 di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka dan merupakan anak bongsu kepada Tuan Haji Abdul Rahman.
Dalam bidang pendidikan, Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Sebelum bergelar anggota institusi diraja, Tengku Permaisuri Selangor pernah berkhidmat sebagai pramugari Malaysia Airlines (MAS) dari tahun 1989 hingga 1994.
Selepas itu, Baginda beralih ke dunia penyiaran dengan menyertai Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyampai berita TV1 pada tahun 1996.
Sepanjang kerjaya dalam bidang penyiaran, Baginda pernah menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa, iaitu pada tahun 2001 dan 2004.
Pengalaman lebih dua dekad dalam dunia penyiaran menjadikan Baginda seorang yang amat menitikberatkan ketelitian serta ketepatan dalam penyampaian maklumat.
Ia juga membentuk keperibadian Baginda yang cekap, berdisiplin dan sentiasa menghargai kepentingan fakta yang sahih dalam setiap urusan yang dilaksanakan.
Selain peranan rasmi yang digalas, Tengku Permaisuri Selangor turut aktif dalam aktiviti kebajikan dan menjadi penaung diraja bagi pelbagai badan amal serta pertubuhan bukan kerajaan.
Keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan masyarakat menjadikan Baginda bukan sahaja disanjung sebagai Permaisuri, malah dihormati sebagai insan yang dekat dengan denyut nadi rakyat.
Pelbagai usaha kebajikan yang mendapat sokongan Baginda telah memberi manfaat kepada golongan memerlukan, termasuk komuniti kurang bernasib baik, wanita, kanak-kanak dan masyarakat yang memerlukan bantuan.
Sesungguhnya, segala bakti, sumbangan dan jasa Tengku Permaisuri Selangor terus menjadi inspirasi serta dihargai oleh seluruh rakyat Selangor dan negara.
Semoga Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan, kebahagiaan, keberkatan hidup dan terus berada dalam rahmat Allah SWT.
Selamat Ulang Tahun Hari Kelahiran ke-55 buat Tengku Permaisuri Selangor. Semoga Baginda terus bersemayam dengan penuh kedaulatan, kesejahteraan dan kebahagiaan.
Mencipta ruangan dapur yang kemas dan cantik tentunya perlu diolah dengan sempurna pada susun atur dan perletakan barang-barang.
Lantas tidak hairanlah ramai antara kita gemar menggunakan bekas yang pelbagai untuk diisi dengan bahan masakan dan rempah ratus agar nampak serasi dan kemas tersusun.
Pun begitu, dalam keterujaan menghias ruangan dapur dengan menyusun rapi rempah ratus di dalam bekas, elok hadam tip yang dikongsikan ini dan semoga bermanfaat.
Saya rasa seronok dan bangga dengan kawan kawan yang sama sama nak berubah kearah pengurusan dapur yang lebih kemas, sistematik dan bersih.
Kebersihan dapur bukan pada makanan semata mata tetapi turut termasuk susun atur peralatan sedia ada, penyusunan stok bahan kering sehinggalah penyisihan (declutter) barang barang yang tidak dipakai lagi.
Sudah menjadi satu trend bagi kaki deko/ibu ibu/suri rumah yang suka dengan keseragaman balang rempah ratus/stok makanan kering di dapur. Dari bekas kaca sehinggalah ke dalam tupperware/tipuware, stok bahan kering seragam tersusun.Namun timbul satu isu keselamatan makanan bagi saya sebagai seorang community nutritionist apabila ada yang bertanya ” macam mana nak tahu barang tu dah expired bila simpan dalam balang macam ni?”– itu adalah satu soalan yang perlu dipandang serious.
Seperti yang kita sedia maklum, tarikh luput makanan adalah salah satu elemen penting yang perlu dilihat pada pembungkus makanan. Walaupun rempah ratus dan bahan kering kebiasaanya mempunyai tarikh luput yang panjang, kita tidak boleh sesekali mengambil mudah untuk membuang terus tarikh luput tersebut.
Antara yang saya lakukan pada botol rempah ratus saya adalah :
✍🏻 Gunting tarikh luput pada pembungkus makanan dan tampalkan semula pada bahagian bawah balang dengan salotep jernih kalis air.
✍🏻 Amalkan prinsip FIFO (First In,First Out) di dapur, selagi serbuk rempah ratus atau stok makanan kering sedia ada di dalam balang belum habis, jangan sesekali melakukan isian semula(refill) balang berkenaan kerana ini akan menyebabkan makanan yang berbeza tarikh luput bercampur di dalam bekas yang sama. Ini sangat tidak digalakkan.
PS: Selain tarikh luput, sila baca semua perkara penting yang ada pada label pembungkusan makanan seperti :
✍🏻arahan penyimpanan yang betul
✍🏻 fungsi produk
✍🏻label kelulusan seperti tanda halal
✍🏻label alergi
✍🏻kandungan serta fakta nutrisi
sebelum menukar makanan anda ke dalam bekas lain. Harus diingatkan ya, keselamatan makanan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah walaupun dalam mood “berdeko”
Ezzah Nellysa yang dikenali sebagai Elly merupakan seorang peniaga yang membuka cafe Neli by Nellysa terpaksa menutup kedainya akibat disihir. Kedai yang berbentuk Cafe yang menjual aneka manisan hanya sempat beropersi selama dua tahun.
Langit tak selalunya cerah, namun ada kejadian yang terjadi selepas dia membuka cafenya, Video penemuan barang sihir yang dihantar dikongsikan di Tiktok Ezzahnellysa, dipercayai dijumpai ddalam bungkusan di belakang cafe. ingatkan sampah, ibunya tergerak hati untuk membuka rupanya…ia mengandungi duit kertas satu ringgit, beberapa keping kertas yang ditulis menggunakan dakwat merah “NELI TUTUP” , ranting-ranting pokok dan juga beberapa keping duit syiling.
Pada mulanya dia ingakan hanya ini sahaja, tapi selepas itu Neli turut tterkena gangguan Melihat video yang dikongsikan, terlihat kesakitan yang ditanggung itu begitu berat, dengan membawa satu nyawa di dalam perut. kuat sungguh si ibu dan anak
VIDEO
Kini beliau masih lagi dalam rawatan dengan beberapa ustaz yang menggunakan rawatan islam dan kini dia turut mendapatkan nasihat dan semangat dari Hafiz Ahmad sebagai mentor bisnesnya. Sebelum membuka cafe, Neli merupakan salah seorang pengedar produk Aaina Beauty yang berjaya.
“Tapi Nelly redha, Nelly fikir ini ketentuan Allah, Bukan sebab orang dengki atau apa, tak apa lah, Nelly mengalah kali ini..” ujarnya
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.