Momen indah bergelar raja sehari adalah saat yang dinantikan bagi setiap pasangan yang bakal bergelar suami isteri. Termaktub sudah ikatan pernikahan antara lelaki dan wanita. Pasti debaran lebih kepada sang suami yang bakal berjabat tangan dengan tok kadi sebelum sang isteri menjadi miliknya yang sah.
Namun, bagi pasangan suami isteri istimewa ini cukup berbeza. Bila mana saat pengantin lelaki ‘melafazkan’ nikah dalam bahasa isyarat membuatkan tetamu hadir sebak dan terharu. Ini kerana majlis kad nikah itu membabitkan pasangan pengantin bisu.
Kisah pasangan pengantin ini dimuat naik menerusi satu rakaman video, si pengantin lelaki menyempurnakan akad nikah menggunakan bahasa isyarat sambil diiringi oleh guru sekolahnya untuk proses alih bahasa.
Itu perkongsian seorang pengguna Twitter bernama Erin Kahar apabila memuat naik satu rakaman video menunjukkan pengantin lelaki bernama Muhammad Faiz menggunakan bahasa isyarat ketika melafazkan akad nikah yang kemudian diterjemahkan oleh guru sekolahnya.
Ads
Atas bantuan guru itu, Muhammad Faiz dan pasangannya bernama Fara sah bergelar suami isteri.
Percintaan bermula di bangku sekolah itu membuatkan netizen berasa kagum dan sehingga kini video tular itu meraih lebih 500,000 tontonan.
Ads
Perkongsian video tersebut turut mengundang rasa sebak netizen kerana melihat kelancaran pengantin lelaki menggunakan bahasa isyarat terutama mengeja nama pengantin perempuan.
Selain isu penyakit HFMD yang kini membimbangkan, ada pula beberapa kejadian anak-anak sekolah terpaksa pula dikuarentin akibat penyakit beguk. Jika dilihat seakan kerap pula terjadi sejak kebelakangan ini. Sebagai ibu bapa, kita bimbang juga tentang hal ini. Adakah beguk ini bahaya sehingga perlu diambil tindakan dikuarentinkan sebegitu?
Jika dilihat pada orang dulu-dulu pula, cukup sekadar menyapu nila di kawasan bengkak (beguk) sebagai penawarnya.
Untuk itu, ayuh kita fahami tentang penyakit beguk ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr. Khairul Faizie Muhammad Kamar di akaun fbnya.
1. Beguk di sapu nila.
2. Beguk tu thyroid ke?
3. Beguk boleh bengkak kiri & kanan ke?
4. Beguk tu sama ke dengan benguk?
Itulah 4 benda yg kerap masyarakat kita keliru.Utk perkara No.1 – 3, Insya Allah aku boleh terangkan dengan yakin, utk No.4, wallahualam..hahaha..Aku bukan pakar Bahasa Melayu.
Hari ini aku jumpa patient ada beguk.
Tak memeranjatkan, bertepek nila biru di leher & sebelah pipinya. Masyarakat kita dah sebati sangat dgn kepercayaan ini,dan nak ubah minda tu perlukan jihad ilmu, dan buang ego.
Beguk sapu nila?
Jawapannya tak payah. Membazir aja.Baik guna nila tu utk putihkan baju warna putih yg dah kepam. Kalau guna akal pun boleh agak, baju putih yg kepam di rendam air nila boleh putih berseri hasilnya, so bayangkan kesan yg mungkin ada kalau di sapu kat kulit muka?
Kepercayaan ini lahir aku rasa sebab society kaitkan beguk ialah thyroid ( tak percaya, cuba google beguk tiroid ). Aku ada sertakan bukti pada gambar dalam post ini. Dan bengkak kelenjar thyroid memang salah satu puncanya sebab kurang iodin. Iodin warnanya biru ke unguan. So penaakulan mantiknya ” nila macam iodin, so beguk boleh la di sapu nila, sebab beguk ialah thyroid”. Wallah!
So, memang tak perlu sapu apa apa ke?YA, tak payah. Kalau nak jugak, kau tuam kan beguk tu dgn kain suam, itu ada jugak faedah nya.
Beguk tu thyroid ke?
Beguk ni jadi bila kelenjar parotid bengkak sebab jangkitan virus atau bakteria. Kelenjar parotid ialah sebahagian dari sistem kelenjar air liur. Bila bengkak, kita panggil ACUTE PAROTITIS. Dipanggil juga Mumps.
Kelenjar thyroid pulak letaknya di kawasan leher,fungsinya utk hasilkan hormon thyroid. Kelenjar thyroid pun boleh membengkak. So, ingat ni, beguk dan thyroid ialah dua benda yg berbeza macam langit & bumi.
Tengok gambar dalam post ini utk faham basic anatomy kat mana parotid gland, kat mana thyroid gland.
Beguk tu boleh bengkak kiri & kanan ke?
Boleh!
Sebab kelenjar parotid ada kiri & kanan. In fact, 70% kes beguk bengkak kiri & kanan. Selalunya start bengkak sebelah dulu.
Apa simptom beguk?
Selain bengkak, boleh jugak demam, sakit kepala, sakit tekak.
Berapa lama bengkak beguk?
Selalunya antara 3 – 5 hari.
Apa rawatan beguk?
Kalau demam – makan ubat demam.
Kalau sakit -makan ubat tahan sakit.
Antibiotik kadangkala di beri.
Tuam dengan kain panas.
Rehat.
Minum air banyak banyak.
Macam mana nak elak beguk?
VACCINATION.
Tapi ingat, jangan pulak yakin 100% lepas vaksin tak boleh kena beguk. Boleh kena, cuma kebarangkalian tu amat tipis. Takde apa yg gerenti dalam dunia ni selain cukai & kematian.
Zaman World War II dulu berlaku outbreak beguk yg paling besar.Lepas tu wujud vaksin. Kes kes beguk di negara maju pasca- vaccination amat rendah.
Vaksin beguk di bagi masa baby dlm bentuk MMR vaccine ( Mumps, Measles, Rubella).
Kalau kita jumpa org ada beguk, elakkan direct contact. Ia merebak melalui air liur & cairan yg keluar dari hidung & mulut. So jangan bercium, kongsi cawan sudu. Org yg ada beguk boleh menjangkitkan pada org lain dalam tempoh 7 hari sejak kelenjar parotidnya bengkak.
Bahaya ke tak beguk ni?
Secara umumnya, tak bahaya, boleh sembuh dengan mudah. Hanya terdapat peratusan kecil risiko komplikasi seperti beguk kronik ( berulang kali kena), beguk yg bernanah. Yang itu takyah la risau. Yang penting kalau kena beguk, cari doktor dulu, bukan gi 7-11 beli nila.
Cuma ada beberapa komplikasi yg perlu di sebut di sini, yg agak biasa juga boleh jadi:
1- Orchitis
Iaitu jangkitan pada testis. Kalau budak lelaki yg dah baligh kena beguk, lebih kurang 25- 33% boleh kena orchitis. Bengkak testis ni terjadi selalunya dlm tempoh 7 ke 10 hari lepas sembuh beguk. Orchitis ni tidak meyebabkan kemandulan ya.Ini pun mitos yg biasa.
2- Meningitis /enchaphalitis
Iaitu jangkitan pada selaput otak. Kalau budak tak baligh kena,especially baby /toddler, ada risiko utk kena meningitis ni.
3- Risiko sekali ganda gugur.
Org pregnant kalau kena beguk, baby nya Insya Allah tak akan cacat ( kalau tak gugur), sebab so far takde evidence beguk boleh menyebabkan kecacatan bayi dlm kandungan. Tapi evidence menunjukkan risiko utk gugur tu tinggi.
So, kalau dah faham risiko komplikasi ni, ambil lah vaksin MMR tu. Kalau tak mau ambik juga, tak apa. Kita hormati hak masing masing. Takusah gaduh gaduh. Nak bertekak antara pro-vac VS anti vac ni sampai kiamat pun tak habis. Kalau sakit, sendiri mau ingat la kan. Hahaha.
sumber : Khairul Faizie Muhammad Kamar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas sebulan menjadi seorang ibu, isteri Sultan Kelantan semakin menjadi topik carian di media sosial. Ditambah pula beliau sering memuat naik perkongsian mengenai kehidupannya kini.
Malah, kecantikkannya yang begitu asli itu membuatkan rakyat jelata semakin ingin mengenali wanita yang berjaya menjadi suri hati Sultan Muhammad V ini.
Apa yang menarik, penampilannya baru-baru ini mengenakan turban sedikit mencetuskan persoalan. Bergaya dan cukup manis dipandang. Busana putih yang dipakainya menyerlahkan lagi sisi langsing dan anggun Oksana.
Melahirkan putra sulung mereka pada 21 Mei 2019 yang lalu, bekas ratu cantik ini telah menunaikan janji kepada warganet untuk menyambung kisah kelahiran putera sulung mereka iaitu Tengku Ismail Leon Petra.
Sebulan yang lalu, saya menjadi ibu kepada cahaya mata sulong saya Ismail Leon. Cara hidup saya berubah buat selamanya pada saat itu. Menjadi ibu adalah tanggungjawab yang besar. Berat badan si Leo menjatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga mengidap penyakit kuning.
“Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning. Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan. Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2.5 – 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca diluar tenang dan ia berada dalam pelukan ibunya.
“Saya pernah ragu-ragu andainya tidur saya pun akan terganggu, tetapi kini sudah biasa dengan tabiat dan jadual waktunya, maka saya juga dapat berehat dan tidur … kadang-kadang.
“Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas. Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu.
“Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran. Sehingga waktu itu, putera kecil kami akan terus membesar dan memberi kasih sayang kepada ibu bapanya serta kepada semua insan yang menyayangi dan mendukunginya,” tulisnya.
Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Menjejaki titian kasih pasangan Prof Dr Muhaya Mohamad dan suami kesayangan, Dato Dr Azmi Jamion yang membina mahligai cinta tatkala masing-masing masih bergelar pelajar nyata cukup istimewa.
“Pertama kali bertemu suami adalah pada tahun1976. Ketika itu ada Piala Perdana Menteri dan saya salah seorang ahli jawatankuasa bagi program berkenaan. Daripada situ kami mula berkenalan dan sempat bermain ping pong bersama. Waktu itu, kami sudah mula suka antara satu sama lain. Sebelum pulang, suami minta alamat saya untuk berhubungan. Waktu itu tiada kemudahan telefon seperti sekarang. Jadi kami berhubung melalui surat.
“Setiap minggu kami saling mengutus surat sehinggalah pada tahun 1979 saya tinggal di asrama di Pantai Baru manakala suami pula di Jalan Raja Muda. Kebetulan teman serumah saya, Dr Wan Sapiah seorang yang agak alim orangnya. Dia yang bagi cadangan supaya saya dan suami bernikah awal. Daripada berjumpa selalu baik kami nikah. Katanya berjumpa tanpa ada ikatan nanti berdosa, saya pun terfikir betul juga apa yang kawan saya cakap .
“Walaupun tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kami selalu berjumpa, makan bersama dan belajar bersama. Itu juga dikira berdosa. Akhirnya kami memilih untuk berkahwin kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan mengelak maksiat. Waktu itu saya dalam tahun kedua dalam bidang perubatan.
“Tetapi saya bimbang penerimaan keluarga dengan keputusan tersebut. Waktu nak telefon ayah, saya jadi was-was. Tetapi tak sangka lepas cakap, ayah setuju dan tak tahu kenapa ayah saya boleh bersetuju. Mungkin juga ayah saya orang yang beragama dan dia tahu itu juga satu benda baik. Cuma ayah minta kami nikah gantung dan tidak duduk bersama supaya saya tidak mengandung kerana takut susah nak belajar.
Jimat kongsi makan dan minum berdua
“Istimewanya ikatan pernikahan ini bukan sekadar mengelakkan maksiat, sebaliknya selepas berkahwin saya masih mampu mengekalkan momentum dan muncul pelajar terbaik. Itulah berkatnya apabila berkahwin tanpa ada maksiat. Selepas berkahwin, kami bebas ke sana ke mari dan boleh membonceng motosikal suami untuk ke kelas, belajar di perpustakaan sampai tengah malam kerana ada suami sebagai peneman.
“Bukan itu sahaja, apabila bergelar suami isteri kami boleh berjimat. Kalau pergi makan, mesti kami kongsi lauk dan order satu teh ais sahaja. Disebabkan duit pun tak ada sangat masa itu.
“Jika saya penat dan sebagainya, suami akan bawa tengok wayang dengan menaiki motosikal. Memang hidup saya sangat gembira dan selalu saya cakap pada kawan takutnya jika Allah tarik balik nikmat yang saya peroleh ketika itu. Tetapi kawan saya cakap jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan kekalkan nikmat tersebut. Jujurnya, banyak kegembiraan yang saya peroleh berbanding cabaran ketika itu.
Tunjuk perangai sebenar
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin). Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Pada saya keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana yang sedang belajar, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,” ulas Prof Muhaya yang turut menerima dan menggalakkan anak-anaknya berkahwin awal ketika masih belajar.
Solat berjemaah
Akui Prof Muhaya, ada anaknya yang berkahwin ketika berada pada tahun akhir pengajian dan baginya, wanita yang baik itu cepat berkahwin, murah mas kahwinnya dan banyak anaknya.
“ Itu saya selalu tekankan dan wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya akan terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...