Menyentuh tentang bab berhutang, macam-macam sebab orang berhutang dan banyak-banyak cara berhutang ramai yang merasakan mudah jika berhutang dengan kawan-kawan, adik beradik mahupun sanak saudara.
Malah biasa juga kita dengar, lumrah manusia bila hendak meminjam lembut gigi dari lidah tapi bila bab membayar balik wang yang dipinjam, memang liat. Bahkan batang hidung pun nampak.
Justeru Dr Azizul Azli memberi peringatan dalam bab hutang ini. Menurutnya jika ada kawan kita atau saudara kita yang banyak wang, bukan bermakna mereka tidak tidak perlukan wang. Sehingga kita berfikir,
“Duit dia banyak, bolehlah aku pinjam nanti ya”
Sahabat yang mulia,
Wang banyak itu bukan bermakna mereka tidak akan guna wang itu, atau wang itu berlebihan buat mereka. Dengan mudah kita ingin meminjam sahaja.
Mari kita fahami juga,
Mereka yang wangnya lebih dari kita, boleh jadi sabarnya lebih banyak dari kita ini.
Mereka banyak ‘berpuasa’ menahan diri dari jualan Shopee atau yang tidak perlu buat diri sendiri.
Wang itu selalu bersama dengan orang yang sabar dan meninggalkan orang yang tidak sabar.
Wang yang banyak itu bukan dikumpul dalam sehari, dan mungkin jika hilang atau dipinjam mereka tidak akan mampu mengumpulnya lagi.
Ads
Ia perlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Tidak semua orang bila duit banyak ia mampu bersabar.
Mereka ada impian yang kuat untuk beli kediaman sendiri, kenderaan impian atau pendidikan anak mereka dimasa depan.
Mereka sedang merancang masa depan keluarga mereka. Jangan mudah untuk meminjam wang jika terlihat saudara kita berada, kerana jika saudara kita telah mula meminta.
Maka mereka akan mula rasa sedih dan bingung, antara memilih impian keluarga atau memberi pinjam buat kita sahabat atau saudaranya.
Belum lagi risiko yang lainnya,
Hubungan persaudaraan boleh terputus akibat hutang kerana sesungguhnya hutang adalah pemutus silaturahim yang paling tajam. Bila hutang yang tak kunjung bayar, membuat sebuah hubungan menjadi renggang. Malah yang berhutang selalu menjadi pemarah dan menghina pemberi hutang.
Ads
“Alah tak kayalah dengan hutang banyak tu, ada nanti aku bayarlah”
“Macam bagi banyak sangat, tak hadaplah duit kau tu”
Kawan kawan yang mulia,
Tulisan ini bukan sindiran, ia ingatan buat yang sedang menulis ini agar tidak ambil kesempatan buat kawan kawan yang kita nampak banyak duit dan senang.
Ads
Kita banyak melihat bagaimana orang berhutang dan biarkan beban tu kepada orang yang memberi hutang. Kita tak tahu duit yang kita pinjam itu boleh jadi duit pengajian anaknya atau duit untuk menjaga ibunya yang telah tua.
Jangan buat hidup orang derita kerana hutang kita.
Berhutang itu dibolehkan dalam agama, tetapi janglah sampai kita berhutang dan tiada usaha untuk membayarnya. Kita harus persiapkan diri untuk membayar hutang bila kita mula berhutang.
Tulisan ini bukan untuk sesiapa,
Tetapi sebagai ingatan buat kita semua dalam keadaan sekarang semakin banyak saudara yang dengan mudah meminta hutang dari saudaranya tanpa berfikir bagaimana ingin lunaskan hutangnya nantinya.
Salam Malam Jumaat buat kita semua.
Jaga keluarga, buat simpanan dan jangan pernah berhenti berdoa meminta padaNya
Yee Mee Sizzling memang menjadi kegemaran ramai. Jika singgah makan di food court mesti order!
Tapi sejak PKP ni tentu ramai dah lama tak menjamah hidangan ni.
Apa cuba buat sendiri di rumah. Ikuti perkongsian oleh puan Izi Ismail. Tengok gambar pun dah terliur! Patutlah viral sampai 14K share!
Tak jadi kalau tak masak ni. Anak mintak nak makan, tengok dalam food panda amboihh mahal beno.. Anak kita ramai awak. Buat sendiri lagi jimat dan semestinya lagi sedap ! Nak resepi ? Ni dia..
Bahan bahan : Yee Mee 1 pek – celur & toskan. Sawi seikat – celur & toskan. Ayam separuh ekor – potong kecik Cendawan butang 1 pek – hiriskan Cili kering – gunting kasar2 je Bawang holland sebiji,bawang putih 5 ulas, halia 3 inci – cincang halus Serbuk lada hitam – 1 sudu* Kicap pekat – 1 sudu* Kicap manis -2 senduk* Sos tiram – 1 senduk* Kiub ayam – 2 ketul* Tepung jagung – 2 sudu
Cara- cara : Tumiskan bawang & halia sampai naik bau.. Masukkan cili kering.. Masukkan ayam & cendawan, tambahkan air. Biarkan sampai ayam masak. Masukkan bahan * dan renehkan 10 minit bagi kuah tu meresap dekat ayam & cendawan. Saya tak letak garam sebab dah masin bagi saya. Tutup api & letakkan tepung jagung (bancuh skit dgn air). Kemudian panaskan frying pan, ambil mee & sawi yang dah dicelur tadi siramkan kuah dan pecahkan telur. Bila telur dah separuh masak dah boleh angkat dan hidangkan.
Sejak dahulu lagi, setiap kali tiba hujung tahun, pasti pihak sekolah akan mengadakan majlis anugerah bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang.
Namun, bagi yang kurang berjaya, mungkin ini menyebabkan mereka bersedih kerana tidak mendapat hadiah seperti rakan yang berjaya.
Demikian yang berlaku pada anak-anak Mohd Hariri Mohamad Daud .Idea tersebut timbul bila mana anak-anaknya sedih tidak dapat naik pentas menerima hadiah untuk tahun ini.
Mungkin ibu bapa yang lain boleh mengikut tip yang dikongsikan ini. Simple tapi bermanfaat untuk membeli hati anak-anak kan.
MAJLIS KECEMERLANGAN SEKOLAH DI RUMAH. “Dipersilakan Fathi Hijazi dan Syifa’ untuk menerima hadiah kecemerlangan sekolah, Majlis mempersilakan”. Anak anak sedih sebab tak dapat naik pentas tahun ini. Fathi dapat no 4 dan Syifa no 15. Saya ambil inisiatif buat Majlis Penyampaian Hadiah di rumah secara sendiri ?. Saya jadi Emcee dan saya juga yang rasmikan Majlis ini tadi sambil menyampaikan ucapan agar semua dapat pertingkatkan prestasi pada tahun hadapan.
Majlis berakhir dengan jamuan makan mee goreng telur mata. ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita dan pemakaian barang kemas dilihat memang begitu sinonim. Lantaran itu dalam memahami naluri wanita yang suka akan barang kemas, tidak hairanlah aksesori yang bernilai ini turut dijadikan antara hadiah yang istimewa oleh seorang suami untuk menghargai isterinya yang tercinta.
Manakala daripada pihak isteri pula, sewajarnya kita kenalah tunjukkan rasa berterima kasih kepada suami dengan pemberian tersebut. Paling mudah, sentiasa pakai barang kemas yang telah dihadiahkannya itu.
Pun begitu, anda perlu tahu bila barang kemas ini sentiasa dipakai dan dijadikan basahan. Lama-kelamaan warnanya akan kelihatan kusam dan juga nampak kotor kesan daripada pelbagai sebab.
Umunya tahu, kalau ingin cuci barang kemas biasanya akan dihantar ke kedai emas. Pun begitu, ada cara termudah dan jimat untuk anda lakukan sendiri proses mencuci emas ini. Nak tahu lebih lanjut jom semak perkongsian daripada Maryam Empayar Gold.