Dua hari ini kita dapat lihat di sosial media kawasan Pantai Timur telah dinaiki air di beberapa kawasan dan arus agak deras memasuki kawasan kediaman sesetengah penduduk.

Bila berlakunya banjir ini, sekali lagi sukarelawan, Abang Viva menjadi bualan ramai yang biasanya kelibat jejaka ini dilihat sewaktu banjir-banjir besar melanda Malaysia. Sehinggakan, ada yang memberi tohmahan sehingga menuduhnya sudah tidak kelihatan di kawasan banjir sejak terkenal.

Namun, persoalan ini sudah terjawab apabila Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar sendiri telah mengadakan siaran langsung di media sosial miliknya dan sempat seseorang individu menangkap layar dari siaran langsung tersebut.

Menurut pemuda berusia 30 tahun itu, dia cumalah seorang sukarelawan dan bukanlah berkhidmat dalam mana-mana jabatan. Dia turut mendedahkan bahawa modal untuk ke sesuatu kawasan itu mencecah ribuan ringgit dan dia menanggungnya secara peribadi.

“Banjir je saya sampai, banjir je saya sampai. Tapi masalahnya, modal kitaorang pakai sendiri. Hari itu pergi Terengganu, Kelantan semua pun saya seorang habiskan RM1000 tau untuk minyak dan tol je. Korang rasa? Kalau saya ni ada elaun tak apa, masalahnya kena fikir juga. Saya dah kahwin ada anak bini nak kena bagi makan.” katanya.

IKLAN
@chaiyoe9 Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati #abgvivaviral ♬ bunyi asal – Chai

Perkongsian yang dibuat akaun @chaiyoe9 itu telah mendapat perhatian ramai dan banyak komen dari netizen yang memahami apa yang ditanggung oleh Abang Viva.

Namun jika dilihat di Facebook pemuda kelahiran Melaka itu, jelas dilihat gerak kerjanya bersama pertubuhan yang dibangunkan apabila berada di Terengganu menjalankan misi banjir ketika ini namun tidak begitu menguar-uarkan kepada orang ramai.

IKLAN

Malah dalam perkongsiannya itu, dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sumbangan dan turut memohon maaf andai ada lokasi banjir yang tidak dapat dibantu kerana kekangan waktu serta perjalanan memadangkan beberapa jalan sudah ditutup.

IKLAN

Sumber: TikTok @4wilayahnara, @chaiyoe9, Facebook Azwan Omar

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI