Susu antara sumber kalsium dan vitamin D yang diperlukan oleh tulang untuk kekal sihat dan kuat. Setiap orang sama ada kanak-kanak mahupun dewasa, memerlukan susu untuk penjagaan kesihatan tulang yang optimum.
Berkongsi tentang pilihan susu untuk seisi keluarga, Dr Syah Musafir ada cerita menarik di akaun facebooknya. Semoga memberi manfaat untuk semua ibu ayah dan ini perkongsiannya;
“Banyaknya beli susu?” tanya staf Mydin yang bantu saya angkatkan kotak susu ke dalam troli.
“Anak-anak minum susu ni… Beli banyak lebih jimat,” jawab saya sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya.
Anak-anak minum susu segar UHT
Selepas ‘lepas susu’ pada usia 2 tahun, anak-anak kami dibiasakan minum susu segar UHT. Daripada 4 orang anak, hanya 1 orang sahaja yang minum susu formula. Jadi saya terbiasa mencari/survey harga susu.
Jika di Australia dulu, 1L susu Devondale dijual dengan harga AUD$1 ada masanya 90sen saja, di Malaysia ini harga RM6 dikira murah. Di Shopee pun biasa dijual dengan harga begini juga. Kedai runcit tak jual pula jenama ni.
Kebanyakan masa saya kena beli susu Dutch Lady yang paling mudah dijumpai di kedai atau pasaraya, biasa dijual pada harga lebih kurang RM5.80 sekotak jika beli sedozen. Kalau beli di kedai runcit atau mart, biasa lebih RM6.30 harganya.
Ads
Hari ini di Mydin, ada jualan susu Devondale penuh krim dengan harga RM4.79 apabila dibeli sedozen. Dibandingkan dengan Dutch Lady hari ini RM5.73 jika beli sedozen, saya jimat 94sen X 12 kotak = RM11.28
Untuk 3 dozen, saya save RM33.84 Alhamdulillah.
Elok ke beri anak-anak minum susu segar/UHT ni?
Ya, sangat elok. Tiada gula tambahan sepertimana susu formula tu. Dan disebabkan anak-anak minum menerusi gelas, bukan dengan botol susu/puting, gigi jadi elok. Alhamdulillah.
Khasiat?
Ya, berkhasiat. Semulajadi. Kenyang pun kenyang. Syaratnya beli penuh krim (full cream) ye. Saja share. Saya kalau buat kopi, teh atau minuman coklat, saya guna susu segar UHT ni. Tak guna susu pekat manis. Cubalah.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kebanyakkan rumah sekarang mesti ada sekurang-kurangnya satu pintu sliding sama ada 2 panel ataupun 3 panel dan sebagainya yang ditempatkan sebagai pintu di ruang balkoni, di bahagian depan rumah bahkan ada juga jadikan sliding door ini sebagai pemisah ruang dapur.
Menariknya menggayakan pintu sliding door ini, ia akan menjadikan rumah terlihat moden dan dalam masa yang sama memberi mood lebih selesa untuk pemilik kediaman melihat pemandangan luar dari dalam rumah. Bukan itu sahaja bukaan pintu juga lebih luas dan sangat mudah dilungsurkan ke sisi jika ingin dibuka.
Pun begitu perasan tak, bila telah lama digunakan mulalah buat hal hingga ada yang berasa susah untuk dibuka. Bahkan hendak ditarik atau ditolak tersangkut-sangkut. Sudahnya pintu sliding tidak dapat berfungsi dengan baik.
Meskipun begitu anda ada cara untuk membaiki pintu sliding dengan cara yang cukup mudah hanya dengan 2 langkah. Ini sebagaimana perkongsian video di aplikasi TikTok oleh @jason_jezi. Lelaki ini menunjukkan trik atau teknik yang perlu buat jika berdepan dengan masalah pintu sliding yang susah untuk ditarik.
Di dalam video ini, lelaki ini ada menunjukkan langkah demi langkah yang perlu dilakukan dan bolehlah anda cuba buat untuk atasi masalah pintu sliding yang ketat untuk dilongsorkan akibat daripada skrew yang longgar.
Langkah pertama 1 : Ketatkan skrew yang ada di bahagian bawah sliding door. Ini bertujuan untuk laraskan kedudukan pintu tersebut berada diposisi yang betul.
Langkah 2 : Ambil kain dan buangkan segala kotoran pada bahagian rel sliding door.
Langkah 3 : Siap dan sliding door akan mudah untuk dibuka dan ditutup.
Mudah bukan? Jadi bolehlah dicuba untuk anda baiki pintu siling door yang sebelum ini ketat atau tersekat-sekat untuk dibuka dengan cara yang dikongsikan oleh @jason_jesi ini. Semoga bermanfaat!
Masalah sinki tersumbat menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Memang geram dibuatnya terutamanya jika sudah pelbagai cara dicuba tapi sinki masih tidak mengalirkan airnya.
Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan oleh Mat Isa Muhamad Nor dalam Facebook beliau.
1. Gunakan soda untuk mengatasi masalah sinki.
Boleh dibeli di kedai hardware. Ada yang menyarankan mengguna soda bikarbonat tapi kesannya tidak sekuat soda jenis ini. Bentuk soda ini keping-keping. Elakkan menyentuh bahan ini kerana boleh melelas tangan.
2. Masak air. Saya guna bekas paling besar. Lagi besar lagi banyak air, bermakna lagi banyak air boleh mencuci paip yang tersumbat tu.
3. Kemudian, letak soda dalam lubang sinki seperti dalam gambar. Tunggu air menggelegak lalu tuangkan air panas tadi dan lihat soda bertindak balas.
4. Sudah selesai air turun, buka paip air untuk membolehkan kekotoran dalam saluran yang melekat itu keluar.
Sumber: Mat Isa Muhamad Nor (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menemui hobi baru dengan berkebun di laman rumah tentunya ada antaranya berasa teruja untuk membeli pelbagai jenis biji benih untuk ditanam.
Namun jika terlalu banyak biji benih yang telah dibeli, apa pula cara untuk pastikan ianya kekal tahan lama untuk jangka masa yang panjang.
Nak tahu triknya, di sini dikongsikan untuk info bersama.
Tips Penjagaan biji benih supaya tahan lama
Saya pasti sahabat sahabat kebun mempunyai sejumlah koleksi biji benih yang banyak. Saya juga begitu. Setiap kali mengambil pesanan rakan rakan, saya tak ketinggalan untuk capai bagi koleksi sendiri. Kalau jumpa benih yang rare, bukan satu yang dicapai bahkan ada dua dan tiga.
Tapi bagi sahabat yang berkebun di halaman rumah, ia agak membazir kalau tidak disimpan dengan betul.
Ini mungkin tips yang berguna.
1. Sekiranya anda mengumpulkan dan menyimpan biji dari tanaman anda sendiri, sebarkan benih di surat khabar dan biarkan kering selama kira-kira seminggu.
Tuliskan nama benih di surat khabar agar tidak bercampur dengan benih lain. Bungkus biji kering udara ke dalam paket kertas kecil atau sampul surat dan labelkan dengan nama tumbuhan dan maklumat lain yang berkaitan.
Anda juga boleh mengeringkan biji yang disimpan di tuala kertas. Mereka akan melekat pada tuala ketika kering, jadi gulungkan dan boleh digunakan.
2. Masukkan bungkusan ke dalam beg simpanan makanan plastik, balang Mason dengan penutup yang ketat, atau tabung kaca dengan penutup gasket.
Untuk memastikan benih kering, bungkus dua sudu susu tepung ke dalam empat lapisan tisu muka, kemudian masukkan paket susu di dalam bekas penyimpanan dengan paket biji. Anda juga boleh memasukkan sebungkus gel silika dengan biji. Ganti setiap enam bulan.
3. Lazimnya hayat biji benih akan bertahan sehingga 3-5 tahun. Jadi, beli lah biji benih dalam kuantiti yang sedikit.
4. Sekiranya bungkusan telah dibuka, sahabat kebun perlulah habiskan dalam jangkamasa setahun. Boleh juga disimpan di dalam bekas, kemudian diletakkan dibahagian bawah peti ais.
5. Untuk lebih bijak, boleh juga berkongsi dengan kawan kawan. Lebih jimat dan mengeratkan hubungan.