Menyediakan pelbagai jenis kuah muih tradisi seperti kuih lapis, rempeyek dan pelbagai lagi menu lainnya dengan menggunakan tepung beras sebagai bahan utama. Pun begitu, tahukah anda, dipasaran terdapat pelbagai jenis tepung beras dan jika terbeli yang tidak bersesuaian dengan masakan yang ingin dibuat, tidak menjadi resipi tersebut.
Ini kerana setiap logo gajah yang ada pada bungkusan tepung beras memberi panduan untuk kita membuat pilihan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dewi Marlyna dan semoga ianya bermanfaat untuk semua.
TIPS PILIH TEPUNG BERAS
Saya kongsikan kat sini untuk panduan bersama, ibu ibu dan bapak bapak juga.
1) Tepung beras Cap satu gajah.
Sesuai untuk menggoreng.
(goreng pisang, keledek, cempedak atau adunan gorengan ikan, sotong, ketam)
Sesuai juga untuk buat kudapan ringan (rempeyek, kuih rose, kulit pai tee, tumpi kacang hijau atau dhall)
Kandungan :
tepung beras + tepung jagung
Ciri tepung:
– Sangat Rangup.
**Brand Tepung beras cap teratai mempunyai kandungan dan ciri yang sama.
Ads
2) Tepung Beras Cap 3 Gajah
Sesuai untuk buat kuih-kuih tradisional (kuih lapis, kuih koci, apam dan jenis kuih lain )
Ciri tepung:
Menghasilkan tekstur kuih yang lembut dan berkilat.
Ads
**Tepung beras cap 2 gajah mempunyai kegunaan sama macam cap 3 gajah.
3) Tepung beras Cap 5 gajah.
Sesuai untuk buat laksa, pelbagai jenis mee dan bihun.
Kandungan tepung beras lebih padat .
Ciri tepung : kental
Tidak dapat dinafikan sebagai orang tua kita cukup memandang serius aspek pendidikan anak-anak. Kita percaya hanya dengan ilmu, anak-anak kita akan menjadi orang berguna bila dewasa nanti.
Atas sebab ini juga, semahunya kita akan berikan keselesaan dan kemudahan yang terbaik untuk anak-anak sepanjang menuntut ilmu. Beruntunglah anak-anak kita yang dilahirkan dalam serba serbi sempurna.
Pun begitu bagi anak-anak yang berada nun jauh di Perkampungan Orang Asli Kuala Lipis, Pahang, walau terpaksa menempuh perjalanan yang sukar selama 45 minit dengan mengharungi semak samun, menelusuri anak sungai dan sebagainya sebelum sampai ke sekolah, tidak sedikit pun menimbulkan rasa gerun apatah lagi patah semangat untuk terus menuntut ilmu di sekolah.
Semua ini diterjemahkan dalam catatan seorang Guru Sains di SK Lenjang Pedalaman Asli Kuala Lipis, Pahang di akaun fbnya Ameer Firdaus yang cuba memahami dan merasai sendiri perjalanan yang ditempuh oleh anak-anak muridnya setiap hari.
Selamat pulang ke rumah sayang
Satu hari tu aku janji ngan anak-anak murid aku ni, untuk hantar mereka pulang ke rumah. So that day, aku ajak pengawal keselamatan sekolah temankan aku. Maka pergilah aku berjalan bersama-sama mereka. Perjalanan aku menghantar anak-anak aku ni ke rumah mereka yang tinggal di sekitar “Kampung Tungau” telah memakan masa 45minit pergi dan 45minit balik. Boleh tengok sendiri turutan perjalanan anak-anak ni pergi dan balik sekolah setiap hari dalam keadaan macam ni. Haa, kalo nak rasa, boleh datang sini, kami boleh bawakkan.
Okeh, berbalik kepada cerita sebenar.
Setiap hari, dalam pukul 5.30pagi diorang bangun bersiap ke sekolah. Kat rumah xde iron pun, mak diorang lipat2 baju sekolah anak dia letak dalam beg, kumpul ngan kawan2, bawak lampu suluh, pukul 6.00pg nak gerak dah. Ade la sorang dua parent teman hantar kadang2 jalan kaki menyusuri semak, bukit2, dan titian buluh tu untuk kesekolah. 45minit jalan kaki dalam hutan, sampai kat pagar belakang sekolah tu, dorang cari tempat lapang sikit, then baru diorang sarungkan baju sekolah.
Jangan pakai lagi baju sekolah sayang
Taw kenapa? Sebab parent dia pesan “jangan pakai lagi baju sekolah sayang”. “Dalam perjalanan waktu dini hari nanti embun2 pagi kat daun2 tu akan buat baju basah, dan tanah2 yang lembab tu akan buat baju sekolah kotor. Karang sampai ke sekolah cikgu marah kalau baju kotor” (translate dari bahasa semai). So tahan la sikit comot kat pakaian sekolah tu.
Then, kira-kira pukul 6.50 macam tu, bila dah siap-siap sarung pakaian sekolah tu baru dorang masuk pagar sekolah tuk makan RMT. Pukul 7.25pagi tu dah siap-siap nak berhimpun dah. Sama jugaklah dengan waktu balik dari sekolah. Dorang akan tanggalkan pakaian sekolah tu dulu. Letak dalam beg. Then pegi tadah makanan tengahari dalam tupperware, lepas tu makan sambil jalan otw balik. Ada tu makan sambil melompat2 pun ada. Biarlah. Budak2.
Ada asrama sekolah. Tapi asrama tidak boleh menampung semua murid. Jadi asrama di hadkan pada +-200 murid yang tinggal di kawasan yang terlalu jauh sahaja. Jadi sebenarnya Kampung Tungau ni masih lagi tidak terlalu jauh…..(tapi sebenarnya jauh)
Dalam keadaan yang macam ni tak hairan lah dorang boleh jadi malas untuk ke sekolah, lewat datang dan lewat makan RMT, ataupun baju diorang tu akan kotor sangat. Dan aku ni, dalam beberapa tahun mengajar kat sini duk asyik tanya dan marah dorang dengan soalan-soalan ni.
“kenapa baju kotor sangat ni??” “awak ni kenapa lambat sangat datang, dah la baju kotor!” “dah kenapa awak selalu lewat makan pagi, lewat beratur” Bla3… Kenapa tu.. Kenapa ni.. Bla3
Macam2, dengan nada bengis, kadang nada elok nasihat, kadang marah. Yang dimana aku menganggap mereka ni tidak faham tentang kebersihan, mahupun menepati masa utk datang awal ke sekolah, ataupun kepentingan utk datang belajar kesekolah. Tapi dalam situasi mereka ni..Siapa sebenarnya yang tidak faham..??
Tetap Ke Sekolah
Rasa kejam dan rasa bersalah. Benar-benar memberi kesedaran pada aku. Yang memberikan tamparan lebih hebat pada aku, bila dalam keadaan mereka yang macam tu, tapi mereka tetap datang ke sekolah. Ade beberapa orang tu memang kalau tak sakit, dia akan selalu datang. Dia awal, belajar elok, suka tolong cikgu buat itu ini, dan aku tak nampak penat pun kat muka dia ni. Dan kawan-kawan dia yg lain pun ikot sama.
Ya, mereka hidup dengan apa adanya, gembira dengan apa yang ada, tidak merungut, sedar diri, dan ingin berusaha memperbaiki kehidupan. Semua ni buat aku lebih sedar tentang kenapa aku ditempatkan di pedalaman ni. Even jalan aku susah untuk masuk kesekolah ni dgn meredah sungai, jalan lereng bukit berselut dan sebagainya tu. Apalah sangat nak dibandingkan kesusahan yang sedikit tu dengan keperitan hidup anak-anak murid yang lebih memerlukan cikgu-cikgu dia utk berada disana.
Mmmmmm, banyak dah bebel.. Dah sampai rupanya kat kawasan sekitar kampung Tungau ni. Maafkan cikgu, cikgu dah marah awak semua tanpa memahami situasi awak sebenarnya. Terima kasih jadi anak-anak murid yang sabar dan sayangkan cikgu. Terima kasih kerana menghilangkan rasa penat cikgu dengan senyuman riang walaupun sebenarnya awk sangat penat. Comot-comot pun, cikgu tetap sayang.
Jom Kita Selusuri Perjalanan Anak-anak Ini Setiap Hari Demi Menimba Ilmu.
Dah sampai rumah ni, semua salam cikgu dulu.
Melambai, sambil menahan sebak.
Selamat pulang ke rumah sayang.
sumber/foto : Ameer Firdaus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika sebelum ini bila lihat karpet atau toto kotor, biasanya kita hantar dobi untuk mencucinya.
Tapi tahukah anda, kita sendiri boleh mencucinya dengan mudah dan bersih dengan menggunakan mesin basuh yang sedia ada di rumah.
Pun begitu, ada teknik yang harus diikuti agar lebih mudah untuk dicuci. Pastikan juga karpen tersebut adalah jenis lembut dan boleh dilipat dan digulung sebagaimana yang dikongsikan oleh Azlida Harun. Jom semak perkongsiannya itu.
TIPS CUCI KARPET/TOTO TANPA PERLU KE DOBI
Tak payah stress bila beli karpet putih gini bertukar jadi kelabu asap.
Meh saya nak share cara cuci karpet atau toto tanpa perlu ke dobi dan cara ni tak rosakkan mesin basuh mahal korang dan tak rosakkan karpet mahal dan toto korang..
1. Karpet dilipat dua, kemudian lipat sekali lagi seperti di dalam gambar.
2. Kemudian gulung kemas.
3. Setelah itu masukkan ke dalam mesin basuh.
Ekstra tip :
# Jika guna sabun serbuk, larutkan dahulu dengan air panas agar sebati.
# Letakkan juga pewangi fabrik.
4. Setelah siap dicuci, jemur hingga kering. Jika cuaca panas terik, 2 jam boleh kering.
Keadaan karpet yang siap dicuci dan dikeringkan. Memang bersih.
kehilangan insan tersayang ibarat separuh nyawa di bawa pergi, apatah lagi insan tersebut sudah berada di sisi bertahun-tahun lamanya. Segala suka duka dan jerit perih dalam rumahtangga dilalui bersama. Namun kini semuanya tinggal kenangan.
Demikian lah situasi yang dialami seorang warga emas ini yang kehilangan isteri buat selama-lamanya akibat sakit tua.
Selepas 70 tahun melayari alam rumah tangga bersama, kini tinggal dia keseorang, sepi tanpa ada lagi kedengaran gelak tawa dan rajuk manja isteri tersayang.
Perkongsian video yang dimuat naik Inneke Santoso di tiktok menjentik emosi ramai bila mana melihat kesedihan pada wajah datuknya itu yang banyak menghabiskan masa dengan termenung.
Mungkin kerana mengenangkan arwah isterinya.Bahkan Inneke turut memberitahu, itulah pertama kali dia melihat datuknya menangis hiba.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang rata-rata melahirkan rasa sayu dan sedih dengan situasi yang berlaku pada warga emas tersebut. Apatah lagi, warga emas itu dilihat enggan meninggalkan pusara isteri kesayangannya itu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.