• Utama
  • Famili
  • Inspirasi
  • Lebih Menarik
    • Buletin
    • Cantik
    • Layan Selera
    • Makan-Makan
    • Medic Keluarga
    • Pilihan Keluarga
    • Sihat
  • Video
    • Serasi Challenge
    • Keluarga #Throwback
    • Masak-Masak Keluarga
    • Keluarga Gader
    • Projek Cuti Keluarga
  • Keluarga Gader
  • Kongsi Pengalaman
Search
Facebook
Instagram
Twitter
Tiktok
Youtube
Dailymotion
Login Icon Login  |  Register
  • Utama
  • Famili
  • Inspirasi
  • Lebih Menarik
    • Buletin
    • Cantik
    • Layan Selera
    • Makan-Makan
    • Medic Keluarga
    • Pilihan Keluarga
    • Sihat
  • Video
    • Serasi Challenge
    • Keluarga #Throwback
    • Masak-Masak Keluarga
    • Keluarga Gader
    • Projek Cuti Keluarga
  • Keluarga Gader
  • Kongsi Pengalaman
Hub Ideaktiv
nlf
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Logo
Logo
  • Utama
  • Famili
  • Inspirasi
  • Lebih Menarik
    • Buletin
    • Cantik
    • Layan Selera
    • Makan-Makan
    • Medic Keluarga
    • Pilihan Keluarga
    • Sihat
  • Video
    • Serasi Challenge
    • Keluarga #Throwback
    • Masak-Masak Keluarga
    • Keluarga Gader
    • Projek Cuti Keluarga
  • Keluarga Gader
  • Kongsi Pengalaman
Login Icon Login  |  Register
Facebook
Instagram
Twitter
Tiktok
Youtube
Dailymotion
Ads

Keluarga » Inspirasi

Neelofa Teman Suami Terima Ijazah, Luah Syukur Raikan Kejayaan!

By
Marliana
-
5 Dec 2022
Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram Share on X (Twitter)

Isteri mana yang tidak bangga bila melihat suami tercinta menyarungkan jubah konvo di majlis konvokesyen. Ia simbolik seseorang itu telah berjaya menamatkan pelajaran di universiti dan sekali gus bergelar graduan.

Mungkin itulah juga yang dirasai dan ingin dikongsikan oleh selebriti yang juga usahawan terkenal Neelofa apabila suaminya Haris Ismail menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) pada majlis konvokesyen yang berlangsung di International Islamic University Malaysia baru-baru ini.

Neelofa Teman Suami Terima Ijazah, Luah Syukur Raikan Kejayaan!

Menerusi siaran langsung di Youtube @OfficialIIUM, jelas  dapat dilihat Haris kelihatan tersenyum gembira sejurus nama disebut oleh pengacara majlis.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Ads

 

Teman suami

Manakala menerusi hantaran yang dimuat naik Neelofa dalam Instastory, pengacara program Next To Neelofa itu berkongsi saat manis ketika menemani dan meraikan kejayaan suami tercinta.

Neelofa Teman Suami Terima Ijazah, Luah Syukur Raikan Kejayaan!

Ads

Menerusi rakaman video tersebut, jelas kedengaran suara sorokan ketika Haris berada di atas pentas.

Dalam pada itu, di kapsyen Instagram Stories, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini turut meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diperolehi Haris selepas penat bertungkus lumus.

Neelofa Teman Suami Terima Ijazah, Luah Syukur Raikan Kejayaan!

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Anda mungkin berminat dengan

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF
Shopee MY

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

RM14.6 RM14.6
Buy Now
[500g – 1kg] Frozen Halal Dimsum / Dimsum Sejuk Beku
Shopee MY

[500g – 1kg] Frozen Halal Dimsum / Dimsum Sejuk B...

RM49 RM24
Buy Now
TERMURAH! Daging Salai – Daging Batang Pinang Original – Premium – 200grm
Shopee MY

TERMURAH! Daging Salai – Daging Batang Pinang Ori...

RM17.9 RM17.9
Buy Now
(1KG – 500G BABY ) KEROPOK IKAN ASLI KUALA BESUT (KEROPOK BABY) (SUPER EXTRA IKAN)
Shopee MY

(1KG – 500G BABY ) KEROPOK IKAN ASLI KUALA BESUT ...

RM26 RM9
Buy Now
Keropok Segera Baby Rangup Dari KILANG [500g]/ Keropok Ikan Segera Baby / Keropok Terengganu / Keropok / Keropok Ikan
Shopee MY

Keropok Segera Baby Rangup Dari KILANG [500g]/ Keropok ...

RM15 RM15
Buy Now
1 / 5
Ads

Sumber : Instgram @neelofa

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Neelofa Teman Suami Terima Ijazah, Luah Syukur Raikan Kejayaan!

 

nlf
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Marliana
∞

“Anak Ramai Satu Kurniaan, Hargai & Jangan Rasa Terbeban. Tak Mudah Tapi Menyeronokkan.”-Anne Ngasri

By
Zaiton Abdul Manaf
-
9 Jan 2020
"Anak Ramai Satu Kurniaan, Hargai & Jangan Rasa Terbeban. Tak Mudah Tapi Menyeronokkan."-Anne Ngasri

Lama tak mendengar khabar pelakon kecil molek ini. Dalam diam-diam rupanya Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri sudahpun memiliki lima anak. Baru-baru ini penulis bertemu dengan isteri kesayangan Datuk Mohd Sumali Reduan dalam satu majlis pelancaran produk penjagaan diri bayi, Mek Kembang Baby.

“Kehidupan saya mencabar kerana anak masih kecil dan masa cukup terhad. Saya uruskan anak-anak sendiri kerana tak punya pembantu rumah, saya uruskan semua nya sendiri, hantar dan ambil anak sekolah. Yang sulung tingkatan tiga, kedua tingkatan dua, ada juga yang bakal duduki UPSR tahun ini, ada darjah 4, darjah 1 dan juga yang bongsu setahun sebulan.


“Memang agak padat jadual dan masa saya singkat,. Sebab itu saya tak ambil tawaran berlakon dengan mana-mana penerbit. Tetapi ada juga lakonan saya di bawah terbitan sendiri drama Hero bomba. Akan ada lagi drama terbaru di bawah syarikat saya sendiri.

“Soal tak cukup masa saya tiada masalah kerana boleh uruskan sendiri. Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai dan muka akan letakkan sedikit solekan kerana kadang-kadang ada yang ajak untuk bergambar.


Ditanya soal menjaga anak ramai dalam usia yang masih mudah, akui Anne Ngasri ia bukan sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.

“Jujurnya cukup mencabar menjaga anak ramai sendiri. Memandangkan usia berbeza dan sekolah berbeza. Dengan anak kecil, mana nak kemas rumah, memasak dan sebagainya.

“Tetapi alhamdullah cabaran itu membuatkan saya sangat seronok dan masa yang penuh itu tak membuatkan saya sempat memikirkan benda negatif. Mudah-mudahan Allah sentiasa positifkan diri saya, kerana hari-hari terpaksa uruskan anak-anak. Jadi bila nak buat sesuatu yang negatif saya akan fikirkan anak-anak.

Tambahnya lagi, dalam kehidupan ini dia selalu fikir dan anggap apa yang dilakukan adalah ingin membuat yang terbaik.


“Selain berlakon, saya juga mempunyai bsines sendiri iaitu shawl selain memiliki produk kecantikan iaitu foundation dan juga serum. Nawaitu saya dalam bidang ini adalah untuk membantu ekonomi kawan-kawan serta orang lain.

“Dalam kehidupan kalau kita mempunyai anak ramai itu satu kurniaan dan ini cukup istimewa yang Allah berikan pada kita. Jadi patut hargai dan tidak akan rasa beban apabila sudah bersedia dari awal. Dari awal mengandung kita sudah bersedia untuk menerima tanggung jawab.

“Saya sendiri berkahwin dalam usia 21 tahun, saya sudah bersedia untuk jadi seorang ibu. Alhamdulillah, dalam usia 36 tahun, saya ada enam anak dan saya bersyukur kerana sejak dulu lagi saya sudah bersedia setiap kali mengandung dan memiliki anak ramai.
Sedari usia 4 tahun, Anne sudah bekerja dan akuinya masa lebih banyak bersama keluarga dibandingkan dengan orang luar.


“Saya rasa seronok sangat. Sebab itu saya tiada untuk kawan-kawan kerana sibuk dengan keluarga. Tetapi saya ada me time dengan bercuti dengan kawan-kawan seperti 2 hari satu malam. Tetapi sejak kecil lagi saya sudah bekerja sedari umur 4 tahun lagi.

“Jadi tak banyak masa dengan orang lain, sebaliknya banyak masa dengan keluarga. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu hari akan keluar minum bersama. Kawan baik saya adalah Darling itulah BFF saya. Saya okey je dan sekurang-kurangnya kawan atau kakak saya itu adalah the best,” ujar Anne lagi sebelum menutup perbualan.

Sumber: IG annengasri_official

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

Teruskan Membaca
∞

Lelaki Ni Kongsi Tip Guna ‘Mosquito Lamp’ Ganti Ubat Nyamuk. Mudah & Murah, Hanya RM10 Je. Serangga Lain Pun Mati!

By
Zaiton Abdul Manaf
-
26 Jul 2021
Lelaki Ni Kongsi Tip Guna ‘Mosquito Lamp’ Ganti Ubat Nyamuk. Mudah & Murah, Hanya RM10 Je. Serangga Lain Pun Mati!

Masalah nyamuk sering mengundang keresahan ibu bapa lebih-lebih lagi  melibatkan demam denggi akibat dari nyamuk aedes.

Justeru, ibu bapa kena alert bab ini dan elakkan anak-anak terdedah pada nyamuk. Anda mungkin boleh menggunakan ‘Mosquito Lamp’ seperti perkongsian ringkas di Twitter @iqblsyrifuddin yang membelinya di Shoppe dengan harga RM10 sahaja.


Serius berbaloi beli mosquito lamp ni kt shopee RM10 je Face with tears of joy takyah pasang ubat nyamuk ke ape lagi dah .

Lepas ni tak perlu pasang ubat nyamuk lagi sebab semua nyamuk dan serangga akan mati dan jatuh ke jaring di bawah lampu! Mudah kan!

srs berbaloi beli mosquito lamp ni kt shopee RM10 je 😂 takyah pasang ubat nyamuk ke ape lagi dah . pic.twitter.com/cakOjTL5l8

— ibal 🇲🇾 (@iqblsyrifuddin) July 21, 2020

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di pos

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

Teruskan Membaca
∞

Laksanakan Korban Di Negara Bergolak, Jadikan Aidiladha Buat Kita & Penerima Bermakna!

By
Marliana
-
20 Jun 2023
Laksanakan Korban Di Negara Bergolak, Jadikan Aidiladha Buat Kita & Penerima Bermakna!

Laksanakan Korban Di Negara Bergolak, Jadikan Aidiladha Buat Kita & Penerima Bermakna!

Sebut sahaja bulan Zulhijjah, tentu ada antara kita sudah dapat mengaitkannya dengan bulan yang begitu istimewa dalam kalendar Islam. Apa tidaknya pada bulan ini kita bukan sahaja meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta dalam suasana meriah malah ianya lebih bermakna dengan turut sama menunaikan ibadah korban bagi yang berkemampuan.

Hakikatnya dalam kita meraikan Hari Raya Aidladha atau juga dikenali dengan Hari Raya Korban, begitu banyak pengajaran dan hikmah untuk kita kongsikan bersama anak-anak. Lebih-lebih lagi bila kita ceritakan tentang pengorbanan besar Nabi Ibrahim A.S. dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.

Kesanggupan Nabi Ibrahim ‘menyembelih’ anak kesayangannya Nabi Ismail bukan semata-mata didorong oleh perasaan taat semata-mata. Tetapi sebaliknya  keyakinan bahawa perintah Allah itu suatu yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

Selain itu andai kata kita berkemampuan ada baiknya kita daftarkan anak-anak untuk turut serta dalam ibadah korban. Ini secara tidak langsung kita sebenarnya sedang mendidik anak-anak untuk lebih perihatin agar sentiasa ingin membantu golongan yang memerlukan dengan berkongsi rezeki yang ada dan sekali gus mengikis sifat tamak dan bakhil dalam diri.

Pun begitu dalam menanamkan semangat untuk melakukan ibadah ada juga segelintir antara kita yang masih tertanya-tanya berkaitan melaksanakan ibadah korban di luar negara. Adakah ianya boleh dilakukan dan apa hukumnya?

Sebenarnya tahukah anda pada 25 November 2004, merupakan persidangan kali ke-66 JawatanKuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, telah pun bersepakat menyatakan harus hukumnya untuk daging korban diagihkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira tempat termasuklah negara lain.

Jadi sepatutnya tidak timbul sebarang isu berkaitan melakukan ibadah korban di luar negara dan atas kesedaran itu jugalah maka dilihat penerimaan orang ramai tentang melaksanakan korban di luar negara kian menjadi trend dan mendapat sambutan ramai.

Kongsi Nikmat Adiladha

Bercerita tentang melaksanakan ibadah korban yang pada hukum asal ibadah korban itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu dan menjadi makruh hukumnya bagi orang yang mampu namun tidak melakukan korban.

Jadi sebaiknya buat sesiapa yang ada rezeki lebih, eloklah laksanakan ibadah korban. Jangan pula ada yang sengaja menangguhkannya dari tahun ke tahun, sedangkan masa dan rezeki itu tidak selamanya ada.

Jadi apa kata pada kali ini anda seisi keluarga tunaikan ibadah korban dengan sama-sama sertai Kempen Qurban4Ummah 2023 yang dibawakan oleh Pertubuhan Peduli Insan.

Kempen Qurban4Ummah 2023 merupakan pelaksanaan kali ke 12 bagi ibadah korban yang dijalankan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di Syria. Istimewa bagi tahun ini, Peduli Insan telah memperbanyakkan lokasi pelaksanaan ibadah korban ke Palestin dan Yaman.

Objektif kempen ini adalah untuk memastikan saudara kita yang terkesan daripada peperangan dan kini sedang terpalit dengan isu kemanusiaan yang berpanjangan seperti isu ketiadaan makanan terutamanya dapat merasakan nikmat merasai hidangan daging ketika Hari Raya Aidiladha.

Kenapa Syria dan Palestin?

Hidup di negara yang bergolak saban tahun menjadikan kehidupan saudara kita di negara Syria dan Palestin penuh dengan likunya. Hendak makan pun susah bahkan sudah bertahun-tahun tidak merasai keenakan daging kambing mahupun lembu? Kerana, setiap hari mereka cuma makan roti bersama kekacang, tanpa lauk seperti ikan, ayam apatah lagi daging.

Jadi kini tiba masanya, kita tunjukkan ketaatan kita kepada Allah dengan memberi bungkusan daging kepada mereka yang memerlukan bersempena melaksanakan ibadah korban. Setidak-tidaknya dapat juga kita berkongsi kebahagiaan buat mereka di sana.

Jadi ayuh, jadikan Aidiladha  tahun ini bermakna buat kita dan mereka yang menerima daging hasil ibadah korban yang kita lakukan. Kerana kita dan mereka adalah bersaudara.

Buat anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kempen Qurban4Ummah 2023 bolehlah terus layari ke www.peduliinsan.org

Di samping itu, Peduli Insan juga membuka peluang untuk orang ramai bersedekah serendah RM30 melalui Sedekah Adha bagi meraikan mereka yang ingin bersama-sama Peduli Insan, peduli tentang saudara kita di negara bergolak. Klik di sini untuk menderma.

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

Teruskan Membaca
∞
∞
Ads
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Orang Kata Saya Buta Grammar…”, Ustazah Asma’ Harun Belajar Seminggu, Berjaya...

Nana - 16 Sep 2026
Ustazah Asma’ Harun berjaya meraih Band 4.5 UEPT selepas hanya seminggu membuat persediaan intensif dan menggunakan ChatGPT sebagai ‘guru peribadi’.

Kerja Tukang Cuci, Jual Kuih Demi Sara Hidup, Kini Nur Zahirah Bergelar Peguam Di...

Nana - 15 Sep 2026

Black Hanifah Rai 14 Tahun Perkahwinan, “Kita Dua Yang Hadap Macam-Macam Sama-Sama”

Nana - 15 Sep 2026

Sambut Hari Malaysia Bersama Anak-Anak! Keretapi Sarong 2026 Kembali Di 10 Bandar

Yuna Nazwa - 15 Sep 2026
Ads
Logo
Logo

Ikuti kami di:

Facebook
Instagram
Twitter
Tiktok
Youtube
Dailymotion
  • Ideaktiv
  • Nona
  • Mingguan Wanita
  • Libur
  • Media Hiburan
  • Pesona Pengantin
  • Roda Panas
  • Pa&Ma
  • Maskulin
  • Remaja
  • Meremang
  • Impiana
  • Rasa
  • Hijabista
  • Kashoorga
  • Vanilla Kismis
  • Bintang Kecil
  • Umpan
  • Rapi
  • Pengiklanan
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Notis Privasi
  • Polisi Privasi
  • Terma Penggunaan

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨‍👩‍👦 Dikendali Oleh Astro Group