Nasi minyak merupakan menu yang tidak asing lagi dan sering menjadi hidangan istimewa untuk merai tetamu di majlis kenduri kahwin.

Pun begitu, jika ada yang teringin untuk menikmatinya bolehlah  sediakan sendiri tanpa perlu menunggu jemputan  undangan daripada seseorang.

 

 

Cukup ada kerajinan pasti menu istimewa ini siap terhidang dengan lengkap bersama ayam masak merah dan acar timun. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh  Ida Hanaa.

Rindu Nak Makan Nasi Minyak, Buat Sendiri Je Dekat Rumah. Ni Resipinya Yang Mudah & Sedap!

 

 

Resepi Nasi Minyak

Rindu Nak Makan Nasi Minyak, Buat Sendiri Je Dekat Rumah. Ni Resipinya Yang Mudah & Sedap!

3 cawan beras basmathi

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga

2 sudu besar mentega/ minyak masak

1 kiub pati ayam

1/2 cawan susu cair

2 helai daun pandan

Bawang goreng hiasan

 

Cara-caranya:

Langkah 1 : Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya

Langklah 2 : Panaskan mentega, tumis bawang dan halia yang telah diblend

Langkah 3 : Masukkan 3 sekawan dan daun pandan

Langkah 4 : Bila bawang sudah garing masukkn susu cair, air, kiub pati ayam dan garam

Langkah 5 :Tuangkan dalam periuk nasi

Langkah 6 : Biarkan nasi masak seperti biasa

Langkah 7 : Biarkan 5 minit baru gembur-gemburkan nasi guna garfu supaya nasi tak patah

Langkah 8 : Taburkan bawang goreng, siap.

 

IKLAN

Ayam Masak Merah

Rindu Nak Makan Nasi Minyak, Buat Sendiri Je Dekat Rumah. Ni Resipinya Yang Mudah & Sedap!

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

2 cawan cili kisar

1 biji bawang besar*

4 ulas bawang putih*

1 inci halia*

4 ulas bawang merah (dihiris halus)

Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga , bunga lawang)

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos tomato

1 cawan air

Garam dan gula secukupnya

Hiasan- daun bawang/daun ketumbar

*bahan kisar

 

Cara -caranya :

Langkah 1 : Ayam digaul dgn serbuk kunyit+garam dan goreng hingga msk

Langkah 2 : Guna minyak goreng ayam tadi untuk goreng bawang merah yang sudah dihiris dan angkat ketepikan

Langkah 3 : Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan

IKLAN

Langkah 4 : Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga cili garing

Langkah 5 : Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram

Langkah 6 : Masukkan air, perasakan dengan garam dan gula

Langkah 7 : Bila sudah mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika

Langkah 8 : Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api

Hiaskan dengan daun ketumbar/ daun bawang

 

Kurma Ayam + kentang

Rindu Nak Makan Nasi Minyak, Buat Sendiri Je Dekat Rumah. Ni Resipinya Yang Mudah & Sedap!

Beberapa ketul ayam dipotong kecil

2 biji kentang

1 biji lobak merah

1 biji tomato

1/2 kotak santan

1 peket rempah kurma

Minyak untuk menumis

Gula dan garam

Air secukupnya

Bahan tumis –

1 biji bunga lawang, sedikit kulit kayu manis

5 biji bawang merah *

3 ulas bawang putih*

IKLAN

1/2 inci halia *

*dihiris halus

 

Cara-caranya:

Langkah 1: Tumis bahan2 hiris dan biarkan hingga naik bau

Langkah 2 : Masukkn rempah kurma an air sedikit

Langkah 3 : Masak hingga naik minyak

Langkah 4 : Masukkan ayam, ubi kentang, karot

Langkah 5 : Masukkan santan + sedikit air

Langkah 6 : Biarkan mendidih. Masukkn garam secukup rasa

Langkah 7 : Biarkan kuah masak hingga pekat sedikit dan sudah siap. Masukkn cili merah/ cili hijau jika suka

 

Acar Mentah (Jelatah)

Rindu Nak Makan Nasi Minyak, Buat Sendiri Je Dekat Rumah. Ni Resipinya Yang Mudah & Sedap!

1 biji timun

1 biji karot

1 -2 biji cili merah

2 biji bawang merah

Sedikit cuka makan

Garam dan gula

Gaulkan semua bahan dan hidangkan

Da siap selamat mencuba

 

Kredit: Ida Hanaa

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Rindu Nak Makan Nasi Minyak, Buat Sendiri Je Dekat Rumah. Ni Resipinya Yang Mudah & Sedap!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI