Anda pernah mencuba untuk menyediakan menu daging dendeng untuk keluarga?

Jika belum pernah, apa kata anda sediakan menu yang digemari ramai ini dengan resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris ini.

Mungkin sebelum ini ada yang beranggapan menyediakan menu daging dendeng ini rumit, namun rupanya tidaklah begitu bahkan ramuannya juga tidaklah banyak. Memang boleh sangat untuk anda sediakan untuk keluarga merasa air tangan anda dalam penyediaan daging dendeng.

Jadi usah tunggu lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu istimewa pada hari ini.

Daging Dendeng Padu 

Langkah 1 : Anggaran 1/2 kilo daging dibasuh bersih. Potong ikut suka hati. Kemudian rebus daging sampai empuk. Angkat dan toskan.

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!
Langkah 2 : Tumbuk daging guna lesung batu. Tumbuk sampai penyet je.

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!

Langkah 3: Masuk dalam mangkuk, perap dengan kicap biar rata gitu. Perap lebih kurang 20minit.

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!
Langkah 4 : Panaskan minyak, goreng daging anggaran 5 minit. Angkat dan ketepikan dulu. Begini kejadiannya.

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat! Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!
Langkah 5 : Sementara tu jom kita kisar bahan tumis.

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!

IKLAN

2 inci halia
2 biji bawang besar
2 batang serai
3 ulas bawang putih

 

Langkah 6 : Guna minyak yang sama, jika banyak buang sedikit. Tumis serai dulu kasi naik bau. Kemudian tumis pula bahan kisar. Kacau biar bahan kisar kekuningan.

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!
Langkah 7 : Masuk 2 senduk cili kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!
Langkah 8 : Dalam masa yang sama, masuk 10 helai daun limau purut. Banyak lagi sedap aromanya. Masuk setengah cawan air asam jawa. Kacau biar mesra.

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!

Langkah 9 : Letak 2 sudu gula. Kacau dan kacau lagi. Masuk sedikit air rebusan daging. Biar pecah minyak lagi.

Langkah 10 : Letak kicap anggaran 10 sudu. Kacau sebati. Masuk daging tadi.

IKLAN

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!

Langkah 11 : Biarkan daging itu bergaul mesra bersama kuah sehingga sedikit kering dan pekat.

Langkah 12 : Masuk pula 1 sudu secukup rasa. Tak letak pun tak berdosa.

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!

Siap

Sumber : Liza Idris 

ARTIKEL MENARIK:

ARTIKEL MENARIK :“Kami Syak Kematian Bukan Sebab Kemalangan…”-Keluarga Arwah Faziani Mahu Siasat Semula!

IKLAN

Baca Ini Juga : Jadikan ‘Air Teh’ Daripada Bahan Ni, Dr Kata Mujarab Hilangkan Batuk Berkahak!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Resipi Daging Dendeng Padu Rasanya, Sempoi Je Nak Buat!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI