Cuba renung seorang demi seorang anak-anak kita yang kini berada di depan mata dan imbas kembali apa yang telah kita lakukan untuk mereka sepanjang masa ini.
Adakah itu yang terbaik mampu kita lakukan sebagai ibu dan ayah. Allahu Akbar!
Tanpa sedar kita sebenarnya telah banyak berhutang dengan mereka walau di hati kata sayang namun apa yang kita buat untuk mereka sebaliknya pula.
Contoh paling mudah dan kerap terjadi, umpamanya cuba bayangkan satu keadaan di mana bila kita terasa penat bekerja, pantang anak buat bising habis kita marahkan mereka.
Itu belum lagi bila anak hendak bercerita dengan kita, seringkali kita acuh tak acuh sahaja dengan apa yang ingin disampaikan.
Hingga ada waktunya kita sendiri tidak tahu hujung pangkal perbualan dengan anak-anak dek kerana tidak memberi tumpuan kepada mereka.
Kita sentiasa mengatakan apa yang kita kerjakan atau lakukan untuk memberi kebahagiaan pada anak-anak hingga menyebabkan tanpa sedar kita telah banyak berhutang masa dengan anak-anak.
Malah ini dijelaskan dengan detail lagi melalui perkongsian daripada Ustaz Ahmad Nasir, semoga perkongsian ini dapat menginsafkan kita untuk menghargai setiap detik waktu yang dikurniaan, perlu disyukuri dan diisi dengan penuh makna bersama insan yang kita sayangi.
Ads
Tanpa Sedar, Kita Banyak Berhutang Dengan Anak-Anak Kita
Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak-anak. Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah. Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan. Kita membuat mereka menangis kerana kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan.
Photo by Kat J on Unsplash
Tetapi seburuk apa pun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya.
Seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya…
Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan secukupnya. Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk anak-anak kita. Kita kata kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang justeru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita.
Kita merasa bahawa kita boleh menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.
Kita selalu berhutang banyak waktu tentang anak-anak kita…
Ads
Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendakap dan bermain dengan mereka? Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu lebih dewasa dan bijaksana daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya. Seburuk apapun kita sebagai orangtua, mereka selalu siap bila saja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Memang kita selalu berhutang kepada anak-anak kita…
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi. Anak-anak yang menanggung akibat dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak bisa merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencuba membuat kita bahagia. Maka dakaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka,
Ads
“Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan. Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Allah tak berkenan. Maafkan kerana hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang bisa membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya.”
Sheila Rusly masak makanan berpantang untuk Elisya Sandha, mak mentua dari syurga. Perkongsian video pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly yang menyediakan hidangan berpantang buat menantunya, Elisya Sandha, mencuri perhatian ramai di platform Instagram milknya.
Sheila Rusly Masak Makanan Berpantang Untuk Elisya Sandha, Mak Mentua Dari Syurga
Dalam video tersebut, Sheila, 53, meluahkan rasa teruja apabila Elisya memilih untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya sendiri. Katanya, sebaik sahaja dimaklumkan tentang perkara itu, dia terus merancang menu berpantang khas untuk menantu tersayang.
Elisya pula kelihatan menikmati sajian tersebut dengan penuh berselera, dan turut memeluk ibu mentuanya sebagai tanda penghargaan atas layanan yang cukup istimewa itu.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dan menyifatkan Elisya sebagai seorang menantu yang sangat bertuah. Malah, ramai yang memuji keperibadian Sheila, dan menggelarnya sebagai “ibu mentua dari syurga”.
Terdahulu, pada Jumaat lalu, Elisya memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan anak keduanya yang dinamakan Bahtera ElHaq.
Untuk makluman, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy, anak sulung Sheila Rusly, pada Ogos 2017. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan sulung bernama Bunga ElHaq yang kini hampir mencecah usia tiga tahun.
Khabar gembira buat pencaruman KWSP yang setelah sekian lama menuntut permohonan untuk pengeluaran di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Terbaru, menerusi persidangan Dewan Rakyat semalam (1 Mac 2022), Ahli Parlimen, Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan “i-Ceria” Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.
Beliau berkata hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.
Tidak nafikan fakta tapi cakna kesusahan rakyat.
Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol)
Malah dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua dan bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.
“Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik Covid-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini.” -Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol).
Kerajaaan harus kaji semula tuntutan rakyat
Justeru, Mohd Salim berkata sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di