Lama menantikan kehadiran anak perempuan kedua, akhirnya impian penyanyi dan komposer, Harry Khalifah tercapai apabila isterinya iaitu Noormala selamat melahirkan cahaya mata kelapan baru-baru ini.
Mesra disapa Apak, 41, dia melahirkan rasa gembira dan bersyukur proses kelahiran anaknya dipermudahkan.
Malah, Harry juga berkata, ini merupakan pengalaman pertama dia menemani isterinya di bilik bersalin.
Noormala melahirkan bayi seberat 3.13 kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kira-kira pukul 9 pagi.
“Alhamdulillah syukur! Selepas lama menanti akhirnya saya dapat anak perempuan kedua. Proses kelahiran dipermudahkan, isteri masuk bilik bersalin kira-kira pukul 6 pagi dan melahirkan anak kami tiga jam kemudiannya.
“Biasalah orang dah berpengalaman cumanya selama ni tujuh orang anak yang lain saya tak ada di sisi dia, tapi hari ini saya dapat teman isteri duduk tepi tengok anak keluar.
“Satu pengalaman baharu untuk saya, tak tahu nak cakap macam mana… rasa sedih, terharu dan gembira semua ada. Memang best dapat tengok kelahiran secara live tapi takut-takut tu ada la juga.
Ads
“Walaupun tak tidur sehari kerana sibuk di studio,kemudian pagi terus ke hospital tapi rasa sangat seronok. Alhamdulillah,” katanya menerusi temubual bersama mStar.
Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin nyata memberikan impak kepada ramai orang. Ia termasuk sikapnya yang begitu menyantuni suaminya.
Tular cara arwah pernah pakaikan suami stokin dan kasut sebelum Shuib pergi kerja beberapa tahun lalu.
Cerminan yang baik itu menunjukkan arwah mendapat layanan yang baik daripada suaminyaa jua.
Namun semua itu adalah simbolik betapa arwah Siti Sarah begitu menghormati suaminya atas kebaikkan yang diberikan kepadanya.
Namun mungkin ada suami terlepas pandang, adakah mereka sendiri melayan isteri umpama bidadari.
Suami inginkan isteri menghormatinya, apakah suami menghormati perasaan isteri. Begitulah layanan dan sebagainya yang merangkumi perhubungan suami isteri. Dengan kata mudah, hubugan suami isteri ini saling melengkapi antara satu sama lain.
Sebagaimana dengan perkongsian ini yang begitu mendalam mengenai hubungan suami isteri.
Dari balik kerja sampailah masa waktu makan malam, saya dengan orang rumah asyik bersembang sembang tentang pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang menggemparkan seluruh negara. Sedih dan pilu mengenangkan anak anaknya yang masih kecil.
Dalam kedukaaan, hati terubat mendengar banyaknya kebaikan yang dilakukan arwah sewaktu hidupnya. Bab hijrah, perlahan lahan beliau berubah dan menjaga aurat. Kalau perasan, arwah kerap memakai tudung labuh dan bertelekung sahaja sejak akhir akhir ini.
Bab bersedekah pula, inilah yang mahsyur. Korban seekor lembu yang bernilai belasan ribu di Palestin, sedekahnya yang banyak pada orang yang memerlukan, sedekah subuh dan malah banyak lagi kebaikan arwah yang diluahkan orang yang rapat dan jauh dengan arwah. Itu yang kita tahu, yang tak tahu kami percaya banyak lagi.
Tetapi, dalam banyaknya kebaikan arwah, kami paling kagum tentang arwah yang dikatakan banyak berkhidmat kepada keluarga. Ini diakui Shuaib sendiri dalam live nya semalam.
Istiqomah Dalam Amalan
Kau bayangkan, arwah ni dikatakan istiqomah bangun awal pagi. Solat tahajud hingga dapat solat qabliah Subuh.
Selesai Solat Subuh, bingkas pula masak, siapkan kelengkapan pakaian suami hantar sampai ke pintu, siap pakaikan stokin lagi. Allahu.
Sangat tingginya khidmat beliau, berkhidmat hingga akhir hayat dan menghadiahkan Shuaib, seorang anak lagi yang diberikan nama Ayyash Affan. Dan akhirnya arwah dijemput Allah SWT tepat jam 05.13 pagi. Waktu yang sama lebih kurang beliau bangun setiap pagi untuk solat dan berkhidmat untuk keluarga.
Allahu.
Ini bukan amalan yang biasa biasa kawan. Seorang isteri itu, jika menjaga solat dan puasa yang wajib, dan berkhidmat kepada suami, itulah asbab syurga buatnya. Khidmat yang baik itulah yang akan dikenang kenang dan menjadi asbab redha seorang suami.
Benarlah. Ramai yang berkata kematian Allahyarhamah merupakan kematian yang menghidupkan ramainya jiwa.
Kau tahu kawan,
Siti Sarah telah mengajarkan kita bahawa kehidupan ini amatlah singkat, dan sebaik baik perkara isilah ia dengan amal kebaikan terhadap ahli keluarga dan ummat. Demikian contoh yang telah ditunjukkan Nabi SAW dan para Sahabat baginda. Tinggal kita ikuti sahaja jalan itu sampailah destinasi syurga kelak. Insya-Allah.
Kawan kawan, sama sama kita teruskan berdoa semoga Allahyarhamah diampunkan Allah SWT, diterima amalnya dan ditempatkan bersama mereka yang yang beriman dan beramal soleh. Semoga kita juga diberikan kesudahan yang baik semasa maut tiba kelak.
Amin ya Allah.
Di sebalik kejayaan seorang suami, di sana berdirinya seorang wanita yang setia disisinya. Di sebalik kejayaan seorang isteri masuk ke syurga, disana asbab adanya redha seorang suami.
“Sukar Dibayangkan Bila Pasangan Menemui Allah Dulu, Yang Tinggal Pasti Kesunyian.”
Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya.
Selama 47 tahun bergelar suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.
Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.
Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negatif, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.
Bila pasangan kita naik suara, berang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati. Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.
Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.
Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.
Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lainlain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha……
Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula. Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang kerumah untuk makan bersama. Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.
Bercerita tentang pilihan juadah sekeluarga, selain lauk pauk yang enak akan dipastikan terhidang di atas meja. Begitu juga sama pentingnya menghidangkan menu pencuci mulut, andai dapat disediakan akan bertambah lengkap untuk dinikmati seisi keluarga.
Jadi apa kata kali ini kita masak agar-agar lumut gula melaka yang comel ini. Resipi penyediaannya telah dikongsikan oleh puan Roshima dan bolehlah dicuba.
Agar-Agar Lumut Cute.
Mari saya kongsi cara membuatnya….
Bahan-bahannya:
1 bungkus agar2 tali 25 mg
4 cawan air biasa
1 cawan santan pekat
1 cawan air gula melaka / gula merah
1/4 gula pasir
1 biji telur
2 helai daun pandan
Sedikit garam jika suka
Cara memasaknya…
1. Panaskan 4 cawan air ke dalam periuk.
2. Basuh agar2 dan masukan ke dlm air yang mendidih. Biarkan agar2 hancur.
3. Masukan gula pasir. Biarkan hingga mendidih. Masukan daun pandan.
4. Kemudian masukan air gula melaka ke dalam agar-agar, masak seketika.
5. Masukan santan ke dalam mangkuk dan masukan telur. Pukul seketika.
6. Tuangkan ke dalam periuk. Masak hingga hingga mendidih apabila bancuhan telur dan santan dimasukan. Masukan sedikit garam jika suka. Kena kacau selalu.
7. Tutup api dan boleh dituang ke dalam acuan kuih lompang. Kalau tak ada acuan lompang boleh tuang dalam loyang atau bekas plastik. Bila sejuk boleh dihidangkan.
# Selamat mencuba. Saya sangat-sangat suka makan agar-agar Lumut ni. Nak-nak lagi kalau sejuk-sejuk. Dulu-dulu pun saya tak pandai buat. Nak makan harapkan jiran je bagi. Sekarang…. kita beri kepada jiran pula ya.