Usahawan kosmetik terkenal, Eryica Baiduri atau popular dengan panggilan Madammu teruja dengan hadiah sebuah kereta mewah dari suaminya, Muhammad Azri Che Noh.
Menurut Madammu, suaminya yang lebih mesra dikenali sebagai Tuan Penasihat (TP), memberikan hadiah tersebut bersempena dengan kelahiran bayi sulung mereka baru – baru ini.
“Hadiah bersalin dan berpantang katanya!” tulis beliau di keterangan postingnya di Instagram baru – baru ini.
“TP tahu Madammu tak drive jadi dia beli ini untuk siapa sebenarnya?
“Video penuh di next episode Diari Madammu pada Sabtu ini iaitu 24 Jun, jam 10 malam,” kongsinya juga.
Madammu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya berserta foto kereta mewah yang berwarna putih.
Ads
Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat perhatian pengikutnya yang merasakan dia wanita bertuah dan meminta untuk menimang cahaya mata lagi.
“Ini kalau pregnant lagi boleh dapat rumah lagi sebuah ni Madam,” komen seorang warganet.
“Madam beranak lah lagi sorang,” usul netizen lain.
Bagaimapun, Madammu tidak berdiam diri dan membalas rata – rata komen pengikutnya itu.
Ads
“Cukup, cukup sudah… cukup sampai sini sahaja. Cukuplah 4 orang (termasuk anak tiri). Alhamdulillah dah,” jawab beliau.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Tuan Penasihat duda anak tiga di usia 25 tahun selepas menamatkan pengajian universiti. Tiga orang anak tirinya, Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berkongsi pesanan penuh makna buat anak-anaknya mengenai erti kehidupan, usaha dan pengorbanan ibu bapa.
Menerusi perkongsian di TikTok, beliau menasihati anak-anak agar tidak terlalu leka dengan kemewahan yang dinikmati hari ini. Baginya, kehidupan selesa yang dimiliki bukan datang dengan mudah, sebaliknya hasil daripada penat lelah yang panjang serta pengorbanan yang tidak ramai ketahui.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai kerana mesej yang disampaikan sangat dekat dengan realiti kehidupan. Dalam dunia yang semakin mencabar, ramai ibu bapa berusaha keras untuk memastikan anak-anak mendapat kehidupan yang lebih baik berbanding apa yang pernah mereka lalui.
Aliff Syukri turut mengimbas kembali perjalanan hidupnya sebelum bergelar usahawan berjaya. Katanya, anak-anak perlu sentiasa mengingati asal usul keluarga mereka yang bermula daripada berniaga kecil-kecilan, menjaja di kaki lima dan mengetuk pintu rumah orang untuk menawarkan produk.
“Ingat dan fahamlah asal usul awak semua daripada Aliff Syukri yang berniaga, menjaja di kaki lima, ketuk-ketuk pintu rumah orang… itulah bermulanya.”
Menurutnya, kejayaan yang dikecapi hari ini bukan sesuatu yang datang dalam sekelip mata. Ia dibina melalui pengalaman, kegagalan, cabaran dan kesungguhan yang berterusan sepanjang bertahun-tahun.
Beliau menjelaskan bahawa orang yang benar-benar hebat bukanlah individu yang tidak pernah melalui kesusahan. Sebaliknya, mereka ialah golongan yang tetap kuat apabila diuji dan tidak mudah berputus asa ketika berdepan cabaran.
Baginya, seseorang yang mempunyai kemahiran, rajin berusaha dan sentiasa mahu belajar mampu bangkit semula walaupun pernah jatuh atau kehilangan segala-galanya. Nilai inilah yang mahu diterapkan kepada anak-anak sejak awal lagi.
Pesanan tersebut turut menjadi peringatan bahawa kejayaan bukan sekadar tentang wang ringgit, tetapi juga kemampuan untuk bertahan ketika keadaan menjadi sukar.
Dalam masa sama, Aliff Syukri mengingatkan bahawa dunia luar tidak semudah yang disangka. Apabila seseorang terlalu biasa hidup dalam keselesaan, tidak pernah bekerja dan tidak pernah merasai kesusahan, mereka mungkin sukar menyesuaikan diri apabila berdepan realiti sebenar kehidupan.
“Tapi bila kita duduk di rumah yang mewah, tak pernah bekerja, bangun tidur lambat, dah terbiasa tak pernah rasa susah. Kalau keluar sahaja dari rumah ini, hidup akan merana sebab dekat luar sana terlalu keras.”
Beliau turut memberi contoh bagaimana ramai individu di luar sana perlu berhempas pulas setiap hari demi mencari rezeki. Ada yang bekerja sejak awal pagi hingga lewat malam semata-mata untuk memperoleh pendapatan harian yang sederhana.
Menurutnya, terdapat pekerja yang membungkus barang, menyapu sampah, menghantar barangan dan melakukan pelbagai pekerjaan lain demi menyara keluarga. Malah ada yang sanggup mengorbankan masa bersama anak-anak kerana tuntutan kerja.
“Ada yang sampai cacat, jatuh motosikal, tak jumpa anak sebab kerja siang malam.”
Sebagai seorang bapa, Aliff Syukri mahu anak-anaknya menghargai setiap kemudahan yang dinikmati. Baginya, perkara yang kelihatan biasa seperti rumah yang selesa, makanan yang mencukupi dan pendingin hawa sebenarnya hasil titik peluh ibu bapa yang bekerja keras.
“Bangun tidur ada aircond, rasa tak aircond yang mengalir itu penat jerih abah dan juga mama.”
Pesanan tersebut mengajar bahawa rasa syukur perlu sentiasa dipupuk dalam diri anak-anak agar mereka memahami nilai sebenar sebuah pengorbanan.
Di ruangan kapsyen, Aliff Syukri turut menitipkan harapan agar anak-anaknya tidak terlalu bergantung kepada kemewahan. Katanya, dunia tidak selalu memihak kepada sesiapa dan setiap individu perlu bersedia menghadapi ujian yang datang tanpa diduga.
Beliau percaya akan tiba masanya anak-anak perlu berjuang sendiri, merasai penat bekerja, menghadapi kekecewaan dan belajar bangkit selepas kegagalan. Semua pengalaman itu penting untuk membentuk individu yang lebih matang serta bertanggungjawab.
Dalam pesanan yang menyentuh hati, beliau berharap anak-anak sentiasa berpegang kepada prinsip tidak mudah menyerah walaupun berdepan pelbagai cabaran pada masa hadapan.
“Jika suatu hari nanti abah dan mama sudah tiada, abah harap anak-anak abah pegang satu pesan ini sampai bila-bila, jangan mudah menyerah.
Orang yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah jatuh, tetapi mereka yang tetap bangun walaupun berkali-kali terjatuh.”
Perkongsian Aliff Syukri nyata memberi inspirasi kepada ramai ibu bapa. Dalam membesarkan anak-anak, kasih sayang bukan hanya diukur melalui kemampuan menyediakan kemewahan, tetapi juga keberanian mendidik, menegur dan mengajar mereka tentang realiti kehidupan.
Abby Abadi baru-baru ini berkongsi perkembangan terbaru mengenai anaknya, Muhammad Danial Firman yang masih menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya, Abby memaklumkan Danial masih bernafas menggunakan bantuan mesin.
Tambah Abby lagi, walaupun berat anak kesayangannya itu sudah bertambah namun terdapat beberapa perkara yang membimbangkan.
Abby juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan Danial. Muhammad Danial Firman Faizal . Tepat 12 tengah malam (28November2019) dah 63hari usia Baby D kita. Syukur Alhamdullillah . Terima Kasih ALLAH . Maaf sebab tak kerap sangat update pasal Baby Danial ni.. takut tersalah info huhu . Malam ni ada sedikit yg Sy buleh kongsikan tentang Baby D. Ada berita gembira & ada berita sayu . Yg gembiranya ialah beratnya dah 1kg
. Dan yg sayunya Baby D masih bergantung pada bantuan mesin utk bernafas. 83% Sy lama tak tengok yg tu.. sbb sibuk nak tahu pasal berat badan dgn susu yg diperlukan je. Suami @jaiezzany yg perasan peratusan tu tadi . Banyak lagi isu lain yg memilukan sebenarnya… cuma.. Sy berserah segalanya kepada ALLAH SWT yg Maha Berkuasa atas segala. Sudah pasti DIA Maha Tahu apa yg terbaik utk hambaNYA . Mohon DOA berterusan ye Sahabat disini utk Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami. Doakan Baby D terus kuat dan bertahan hingga berada dalam pelukan Mama Abahnya… Amin,” tulisnya.
Sekarang ni semua ingi main ‘google’ je. Namun hati-hati, ada info yang diberikan tidak sahih dan menyebabkan kekeliruan fakta. Jadi hati-hati mencari info termasuk hal kesihatan anak-anak.
Apa yang pasti setiap ibu bapa kena alert dan dapatkan info yang betul dengan berjumpa doktor. Doktor Ezairy M.Sallih kongsikan panduan buat ibu ayah. Jangan pandang mudah!
Ramai ibu bapa yang begitu risau jika anak mereka mengalami demam panas. Ada yang cepat saja nak ambil ubat antibiotik. Rasa kalau tak makan ubat, penyakit anak tidak akan sembuh. Kalau doktor tak beri, siap pesan kepada doktor supaya beri antibiotik. Betul?
Tuan-tuan dan puan-puan… Hakikatnya ubat-ubatan yang diberi kepada pesakit khususnya kepada kanak-kanak perlu ada rasionalnya. Kena ada sebab. Ia perlu ada indikasi.
Doktor tidak akan dengan mudah memberi ubat kepada pesakit tanpa justifikasi klinikal yang sepatutnya.
Anak-anak kita mengalami demam pasti ada sebab. Peningkatan suhu yang tinggi juga berlaku hasil daripada tindak balas di dalam sistem tubuh kita. Demam boleh berlaku oleh banyak sebab! Tidak semestinya setiap jangkitan yang berlaku perlukan antibiotik.
❗️Beberapa keadaan yang lazimnya tidak perlukan ubat antibiotik:
1. Hanya mengalami sakit tekak sahaja
2. Rasa tidak sedap badan, lenguh-lenguh sendi sahaja.
3. Ujian darah menunjukkan tiada bacaan signifikan menunjukkan adanya jangkitan bakteria.
4. Jangkitan virus tidak perlukan antibiotik.
Oleh sebab itulah, ubat antibiotik tidak boleh dibeli melalui kaunter di klinik dan hospital. Ia perlu kepada pemeriksaan doktor. Bawa dulu anak-anak ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.
❗️Beberapa tanda anak anda mungkin perlu kepada antibiotik
1. Demam melebihi tiga hari beserta sakit tekak, batuk dan selsema. Ini disokong selepas hasil pemeriksaan klinikal kepada pesakit.
2. Sakit telinga beserta demam panas dan cairan kuning daripada telinga. Perlu kepada pemeriksaan klinikal.
3. Masalah sinusitis atau resdung dialami dengan simptom berat kepala, sakit pada kawasan sinus, demam dan lendir serta hingus kuning atau kehijauan.
4. Banyak lagi simptom-simptom lain yang perlukan ujian klinikal, ujian darah dan sampel kahak untuk mengesahkan jangkitan kuman.
Jumpalah doktor. Anda akan dibantu. Diagnosis tepat akan diberi.
Jika anda rasa artikel ini suatu yang bernilai, #kongsi kepada mereka yang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.
Dr Ezairy M.Sallih
Jumpalah doktor jika anda ada sebarang masalah kesihatan. Jangan jadi doktor ‘google’.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.