Pastinya setiap bulan kita akan memperuntukkan sejumlah wang untuk melunaskan pembiayaan loan rumah, mungkin jika ingin dikira-kira ada antaranya sudah puluhan tahun membuat pembiayaan tersebut.

Kita sebagai peminjam, pastinya setelah setiap bulan membuat bayaran di bank beranggapan pasti baki pinjaman semakin berkurangan. Namun menurut Encik Mohd Faizal Rahmat tidak mustahil meskipun sudah 10 tahun membuat bayaran, apabila disemak baki pembiayaan seakan tidak berganjak.

Melihat jumlah tersebut pastinya mengundang rasa geram di hati, baki hutang tidak berkurang dan seakan tidak masuk akal pula untuk segera dilangsaikan hutang tersebut.

Namun tiada apa yang mustahil, hakikatnya sesiapa pun boleh melangsaikan loan rumah dalam tempuh singkat dan tips ini dikongsikan untuk manfaat bersama. Apa yang lebih mengujakan, En Mohd Faizal berjaya melunaskan hutang rumah miliknya dalam masa 12 tahun sahaja.

Ini perkongsiannya.

Korang perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah kat bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Geram je kan bila tengok bank statementnya.

Aku kongsikan macamana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun. Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun).

Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali. Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try jerlah. Tak dapat setel 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa.

IKLAN
  1. BAYAR LEBIH BULANAN – Setiap bulan aku akan bayar extra RM100-150 ke bank. Tapi jika takda lebihan, aku bayar ikut kata bank jerlah. Jangan stress!

 

  1. BAYAR LEBIH TAHUNAN – Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13-14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!

 

  1. BAYAR GUNA KWSP – Tips ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!

 

Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli. Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Jika tak mau, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insyaallah 30-35 tahun setel hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insyaallah boleh cover.

Settle Hutang Loan Rumah Tak Lama, 12 Tahun Je. Rupanya Begini Lelaki Ni Buat!

Gambar ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020. Rumah dah habis bayar, duit sewa nilah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu RUMAH IMPIAN kami sekeluarga. Hutang dah takda, dapat sedebuk, baru syok.

IKLAN

 

Sumber : Abang Ngah

Bebas Hutang, Hati Tenang!

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Settle Hutang Loan Rumah Tak Lama, 12 Tahun Je. Rupanya Begini Lelaki Ni Buat!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI