Setiap kita yang bekerja tentu akan merasa seronok dan bangga bila syarikat tempat kita mencari rezeki mengharhargai segala usaha yang telah kita lakukan untuk memajukan syarikat.
Manakala di pihak majikan, tidak dinafikan ada pelbagai cara boleh dilakukan untuk menzahirkan penghargaan di atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh pekerja-pekerjaanya.
Bukan semata-mata memberikan gaji yang setimpal dengan usaha, malah pemberian bonus, membawa melancong dan sebagainya akan membuatkan pekerja menjadi lebih termotivasi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bahkan ada juga majikan yang menghadiahkan pakej umrah kepada pekerjanya. Ini sebagaimana menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @sitinur di laman TikToknya.
Dia berkongsi khabar gembira itu dimana seorang pekerja yang dikenali sebagai Yusuf menerima tajaan pakej umrah sebagai tanda penghargaan telah bekerja selama 27 tahun.
“Pakej umrah untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Ads
Dalam video itu juga, selain Yusuf, terdapat beberapa orang pekerja yang turut menerima sumbangan daripada majikan mereka atas usaha dan pencapaian yang ditunjukkan selama ini.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap majikan itu yang menghargai jasa pekerjanya itu selepas 27 tahun berkhidmat untuk dirinya.
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar rezeki majikan Petronas Pendang dimurahkan selalu dan mengakui tidak mudah untuk menemui majikan yang begitu pemurah hati pada ketika ini.
betul la org kata pegi mekah ni bukan bila kaya tapi kalau Allah dah buka kan rezki dia utk ke sana walau cara apa pun Allah akan mudah kan. tq puan-netizen
“Terbaik la majikan mcm ni semoga di murah kan rezeki berlipat kali ganda”
“susah nk cari tokey MCM ni … semoga stesen Petronas Pendang bertambah maju”
“Ya Allah. Aku tak kenal siapa majikan pakcik ni. Tp aku doakan, kalau dia ditimpa musibah, hati dia sentiasa kuat dan tabah menharungi ujian mu ya Allah. Senang jalan hidup dia. 🥰”
Sebut sahaja mengenai Piala Dunia, pasti yang berada difikiran adalah mengenai perlawanan bola sepak yang paling ulung berlangsung 4 tahun sekali ini. Peminat-peminat bola sepak sememangnya ternanti-nanti akan acara ini dan seluruh dunia meraikannya.
Walaupun pasukan Malaysia tidak tersenarai dalam acara ini, namun ramai yang tidak tahu bahawa seorang pemuda bernama Jeshurun Vincent telah membawa nama Malaysia di pentas Piala Dunia Qatar yang berlangsung pada tahun 2022.
Siapakah Jeshuran Vincent? Pasti nama ini agak asing di halwa telinga. Tetapi inilah pemuda yang telah memperkenalkan Malaysia di Piala Dunia Qatar.
Beliau telah bermain muzik instrumental di tempat yang dipanggil Corniche dan di luar stadium, selama lapan hari.
Menurut Jeshurun Vincent atau lebih mesra dengan panggilan Jesh, dia telah mengambil bahagian dalam program pengaktifan budaya yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tertinggi untuk Penyampaian Dan Warisan.
“Saya sangat gembira kerana saya dapat membawa Malaysia ke Piala Dunia melalui muzik saya. Ia satu rahmat yang besar.”
Bercerita mengenai penglibatannya dalam muzik, menurut pemuda berusia 35 tahun ini,
“Sebenarnya ini bukan karier saya, music adalah “passion” saya. Setelah kehilangan deria pendengaran sebelah kiri pada usia 19 tahun, saya mengalami kemurungan dan pada waktu itu saya telah mengunakan muzik sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut.
“Pada waktu itu juga, saya merasakan mungkin terdapat lebih ramai orang seperti saya yang mungkin mengalami masalah yang sama dan mungkin memerlukan kata-kata semangat.
“Bermula dari itu, saya memulakan perjalanan muzik saya ke satu negara ke negara yang lain.
Pada awal penglibatannya, dia akan ke luar negara selepas waktu kerja setiap hujung minggu. Kadang kala Jesh akan berada di luar negara selama 4 hari dengan 4 negara yang berlainan.
Namun apabila perkara ini diketahui oleh majikannya, mereka telah memberi kelonggaran untuknya memasuki pejabat dengan syarat-syarat tertentu.
Bercerita mengenai pembabitannya dalam Piala Dunia Qatar, Jesh berkata;
“Bulan September lepas , saya dalam proses perancangan ke Africa Barat dan disebabkan itu saya mempunyai transit 3 hari di Doha, Qatar.
“Kebetulan sewaktu di sana, Malaysia Qatar Association mengadakan Majlis Gala Dinner dan saya juga turut diundang untuk bersama dan membuat persembahan.
“Selepas itu, saya telah mendapat DM di Instagram daripada seorang yang bernama Mr Jerry yang amat tersentuh setelah mengetahui cerita saya. Beliau memberitahu saya tentang “FIFA World Cup Cultural Activation” dimana ada pertunjukkan budaya, muzik dan banyak lagi berdekatan stadium dan sekitar kawasan-kawasan fanzone dan meminta saya menghantar kertas cadangan.
“Pada mulanya, mereka mengatakan peluang agak tipis memandangkan terlalu banyak permohonan dari seluruh dunia untuk mengikuti acara ini.
Selepas itu, saya mengambil inisitif untuk menghubungi pihak penganjur bagi mengetahui status permohonan saya dan dimaklumkan bahawa kertas cadangan saya telah ke peringkat rundingan terakhir dan keputusan akan diketahui.
Beberapa minggu selepas itu, saya mendapat email rasmi yang mengatakan permohonan saya berjaya untuk ke Qatar bermain muzik di FIFA Cultural Activation. Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk uniti melalui muzik dan pelbagai aktiviti seni, dalam masa yang sama membawa Malaysia ke pentas Piala Dunia.
Bercerita mengenai persiapannya untuk menghadapi acara ini, pada awalnya dia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tiket ke Qatar akibat harga tiket yang melambung naik.
“Mujurlah isteri saya membantu sedikit. Penerbangan saya ke sana 2 hari sebelum persembahan saya dijadualkan.
“Sampai disana saya amat kagum dengan Qatar dan berkenalan dengan ramai artis dari seluruh dunia.
“Pada hari pertama saya excited sangat sampai nervous tetapi penganjur memberi sokongan dan saya berjaya bermain 5 lagu instrumental di sana.
Mengenai sambutan dari para pengunjung, Jesh berkata;
“Mereka sangat tertarik dengan persembahan ini kerana salah satu lagu instrumental yang dimainkan adalah lagu Hayya- Hayya iaitu lagu Tema Piala Dunia Qatar. Mereka juga tertarik dengan style persembahan yang disampaikan. Walaupun berbeza bahasa, muzik saya menjadi jambatan perhubungan saya dengan mereka .
“Saya benar-benar tidak sangka apa yang saya persembahkan sejak tahun 2014 ini dapat membawa saya bermain di acara antarabangsa kerana ramai yang mengatakan peluang ini memang agak mustahil untuk didapati.
“Sejak hari pertama membuat persembahan di sana, saya merasakan ianya seperti satu mukjizat besar dalam hidup saya. Cuma ibu saya yang banyak mendorong saya dari kecil tidak ada di sisi saya untuk melihat pencapaian ini.” ujar Jesh, ibunya telah meninggal dunia pada tahun 2020.
“Saya rasa amat bertuah kerana secara langsung dan tidak langsung telah membawa Malaysia ke Piala Dunia melalui muzik. Ia sesuatu yang bermakna bagi saya.
“Sepanjang membuat persembahan di sana, saya sentiasa mengikat bendera Malaysia bersama. Orang Malaysia yang menetap di sana mahupun yang datang berkunjung telah berhenti untuk menonton persembahan saya dan memberi kata-kata sokongan.
“Apa yang saya tidak dapat lupakan apabila mereka berkata , ‘Dari Malaysia pun ada juga wakil kita.’ Rasa bangga apabila bahasa Melayu digunakan di negara orang.
“Saya mengambil peluang untuk berkongsikan tentang Malaysia kepada para pengunjung dan ramai rakyat asing yang datang bergambar dengan saya bersama bendera Malaysia serta Guitar case saya yang mengandungi bendera-bendera negara yang pernah saya kunjungi. Qatar adalah negara yang ke 123 saya kunjungi untuk mempersembahkan muzik.
Mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Jesh berkata;
“Salah satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila sedang membuat persembahan, ada sekumpulan pelajar dari Kaherah yang datang menonton. Mereka berkata, ‘Bukan hanya muzik sahaja tetapi cerita saya juga menyentuh mereka.’
Mengakhiri perkongsiannya, Jesh berkata dia amat bersyukur melalui pengalaman 8 hari di Qatar lebih-lebih lagi dapat membawa nama Malaysia ke Piala Dunia.
Siapa sahaja yang tidak mahu mengubah hidup menjadi lebih baik daripada pelbagai aspek? Namun untuk berubah bukanlah mudah, meskipun semuanya terletak pada diri kita sendiri.
Menyentuh tentang perubahan diri, mungkin ada antara kita tercari-cari formula yang boleh dipraktikan dalam merialisasikan impian untuk menjadi orang yang lebih baik bukan sahaja di dunia malah setiap kebaikan tersebut akan membawa diri kita ke syurga firdausi.
Jadi apa kata kita fahami perkongsian daripada ustazah Asma Harun ini, menurutnya ada 5M yang perlu dilakukan. Apakah 5M yang dimaksudjan olehnya itu?
5M YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK PERBAIKI DIRI
SubhanAllah Allahu Akbar,
Sahabat, sebelum pejamkan mata, pejamkanlah juga segala kesedihan, kedukaan, keperitan, dan semua yang membebankan diri. Tetaplah menjadi seseorang yang berani untuk menghadapi hari esok dengan satu harapan dan perubahan.
Bagi yang sedang dalam proses berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya, teruslah berusaha, kuatkanlah semangat. Sentiasalah perbaiki niat agar perjalanan hijrah tidak tercemar dengan perkara dunia yang sifatnya fana.
Malam ini, suka untuk saya kongsikan rahsia disebalik 5M yang perlu dilakukan untuk perbaiki diri.
1) M – Muhasabah
Dalam tak sedar, terkadang kita pasti melakukan beberapa kesilapan sehingga membuatkan diri tersedar bahawa bukanlah Allah yang menjauh daripada kita akan tetapi kita sendiri sebenarnya yang menjauhkan diri daripada Allah. Sahabat, muhasabahlah, perhatikanlah semula segala amalan-amalan kita, adakah ia cukup untuk dibawa dengan baik di akhirat kelak?
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hasyr: 18)
2) M – Mujahadah
Sahabat, berusahalah untuk lawan segala hawa nafsu yang membelit diri, jika tidak kita sendiri yang akan memakan diri. Allahu Akbar.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawanya (kemahuan atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.”
(Disebut Oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya hadis 40 Imam Nawawi bahawa hadis ini sahih)
3) M – Mu’aqabah
Makna Mu’aqabah adalah memberikan hukuman kepada diri sendiri. Apabila kita melakukan sesuatu dosa atau kesalahan maka hendaklah kita segera menghapuskannya dengan melakukan amal kebaikan walaupun terasa susah atau berat. Sebagai contoh, istighfar 100 kali, memberikan sedekah, mendirikan solat dan sebagainya.
Dengan cara ini, insyaAllah kita akan dapat mengajarkan diri kita untuk sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang Allah larang.
4) M – Muraqabah
Makna muraqabah adalah mendekatkan diri. Saat ingin perbaiki diri, usahalah untuk sentiasa merasai bahawa diri sentiasa diawasi oleh Allah SWT sehingga mendatangkan kesedaran untuk sentiasa melakukan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Kecuali yang telah ditakdirkan Allah padamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering (maksudnya takdir telah ditetapkan).”
(HR Tirmizi, hadis sahih)
5) M – Mulazamah
Mulazamah bererti melazimi. Saat seseorang ingin mendekatkan diri kepada Allah, saat itulah perlunya untuk melazimi ilmu-ilmu agama agar dekat kepada-Nya bukan sebarang dekat, tetapi dekat kerana berpengetahuan. Dekat kerana sedar bahawa Allah-lah tuhan yang patut dan layak disembah, ditaati dan diletakkan segala pengharapan yang tinggi. Bukankah untuk memiliki sesuatu itu perlukan ilmu?
Tiada siapa yang suka atau rela jika diri diperlekehkan apatah lagi andai difitnah. Pasti sahaja diri ini akan sedih, namun itulah ragam dunia kerana dunia ini pentas ujian.
Malah baru-baru ini, pendakwah bebas Ustazah Asma Harun seperti kelazimannya melakukan sesi live di TikTok untuk menyampaikan dakwah dan ceramahnya. Dalam pada itu, Ustazah Asma sempat juga menyelitkan ceritanya baru-baru ini apabila dikecam hebat gara-gara sekeping foto bersama anak orang kenamaan. Sedangkan waktu itu, sesi bergambar tersebut adalah sekadar merakam kenang-kenangan.
Disebabkan kecaman yang diterimanya secara bertubi-tubi, ustazah Asma jelas tidak dapat menahan tangisnya. Malah berkali-kali dilihat mengesar air mata yang mengalir di pipi dengan menggunakan tisu untuk meneruskan perkongsiannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh hati dan bersimpati dengan ujian dan fitnah yang menimpa diri ustazah Asma. Bukan itu sahaja ramai juga tampil memberi komen yang positif agar menyuntik semangat buat ustazah terus bangkit menghadapi ujian kali ini.
“Kenapa Ustazah nangis 😭 sebak sangat ya Allah. Semoga Allah sentiasa bantu usaha dakwah Ustazah selalu, moga Allah mudahkan semuanya 😭💕💕,” tulis salah seorang pemilik akaun TikTok di ruangan komen.
“MasyaaAllahhhhh Subhanallahhhhh Jgn menangis ustazah ujian yg Allah SWT beri ini kerana Allah SAYANG ustazah Air mata ustazah yg jadi SAKSI🥰🥰🥰,” tambah yang lainnya.
Turut mendoakan ustazah agar terus kuat dan tabah ,”Semuga tabah ustàxah insan terpilih untuk meneruskan perjuangan Rasullullah.s a w….”
“Subhanallah🥺 asbab saya dengar banyak ceramah ustazah Asma harun ni lah saya terus berubah…🥺baik nya ALLAH hadirkan beliau🤲🏻,” tulis yang lain.
“Bersyukurlah dgn kecaman Dan hinaan makhluk kerana Allah sedang mengangkat darjat ustazah di sisiNya..bersyukurlah ustazah dipilih oleh Allah,” komen yang lain lagi.