Selalu kita tengok di social media, dalam akhbar kehidupan selebriti, terdetik di hati rasa seronok jika berada di tempat mereka. Mana tidaknya, terkenal, banyak duit, diminati ramai dan macam-macam lagi lah!
Tetapi… Mereka pun sama seperti insan lain. Ada kisah perjalanan dalam hidup mereka yang kita tidak tahu sebelum ini jatuh bangun yang mereka hadapi. Misalnya bagi pelakon dan usahawan berjaya Wawa Zainal, yang juga mempunyai kisah perjalanan hidupnya yang membuatkan dia kuat untuk berusaha mengubah nasib hidup diri dan keluarga.
Meskipun sentiasa tersenyum pada umum, siapa menyangka dia juga mempunyai kisah perjalanan yang sukar dan perkongsian daripada dirinya ini bagaimanapun viral menjadi tumpuan ramai.
Seperti yang diceritakan dalam satu rakaman yang dimuat naik oleh peminatnya di Tiktok, Wawa Zainal berkata dirinya bukan datang daripada keluarga yang senang dan mempunyai 23 orang adik beradik malah pernah berkongsi sebiji telur dengan adik beradiknya dan dalam pada masa sama, ujarnya dia juga ingin mengubah nasib diri dan keluarga.
Ads
” Saya bukan daripa golongan keluarga yang berada, bukan pula dari golongan yang sederhana, tapi keluarga saya ni sangat susah.
” Saya adik beradik 23 orang. Ye ramai orang tak tahu, dan hidup saya memang sangat susah, kalau dapat makan lauk ayam tu dah memang sangat special bagi kitorang
Ads
” Telur sebiji pun kadang-kadang 2 3 orang kongsi & saya pernah berada di tempat korang terdesak untuk nak ubah hidup. Meronta-ronta nak keluar dari kesusahan.” kongsinya dalam rakaman tersebut.
Disebabkan itu, tambahnya dia cuba untuk hantar gambar pada produksi selepas SPM untuk ubah hidup.
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji kesungguhan Wawa yang telah berjaya kini sehingga mampu membantu nasib keluarganya. Malah, sifat rendah diri dan tidak lupa diri menjadi bualan ramai.
Semalam keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan. Rata-rata memuat naik status dan berkongsi kegembiraan atas pencapaian anak-anak. Ada yang gembira, ada yang berduka.
Namun, di sebalik kegembiraan anak-anak diraikan oleh ibu bapa, ada insan yang kesedihan kerana tidak berpeluang berbuat demikian. Lebih memilukan apabila insan yang disayangi sudah pun meninggal dunia.
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Aishah Mat Akat, dia telah memuat naik gambar-gambar cucunya yang singgah ke tanah perkuburan bagi menziarahi pusara ibunya sambil membawa slip keputusan UPSR.
Raut wajah kesedihan jelas terpancar pada si kecil ini kerana kejayaan yang diperoleh tidak dapat dikongsi bersama.
Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang disisi opah. Perjalanan mu masih jauh. Jika mama ada disisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga dengan mu.
Teruskan perjuangan mu… Engkau anak yg baik dan tabah menerima dugaan… Opah yakin ila akan berjaya satu hari nanti..
#takterungkapkata2#
#Rindusgt#
@ Tanah Perkuburan Islam
Perkongsian tersebut mendapat lebih daripada 5,000 perkongsian dan benar-benar mengundang sebak di hati warganet. Rata-rata mendoakan semoga anak ini tabah dan cekal.
Sita Nur RahmanYa Allah…Sesunguhnya Allah yang Maha merancang…Perancangan Allah itu yang terbaik…Semoga Allah gantikan dgn yg lebih baik…teruskan perjuangan adik ku syg dan kuatkan semangat mu untuk mengharungi perjalanan kehidupan ini…Moga adik terus maju jaya didunia&akhirat In Syaa Allah…Aamiin Ya Rabbal Aalamiin💚💚💚
Muhammad Faiz HamdanInnanilahhhiwarojiun Al fatihah utk arwah.. Tahniah utk anaknda..kuatkan semangat mu dik… perjalanan kamu masih jauh.. insha’Allah kamu akan berjaya satu Hari nti…ameenn
Sheila Yumikisedih nya aku tengok adik nie. semoga berjaya dik mesti mak adik bngga😔
Tok Janggut KelateAl Fatihah buat Arwah…
Semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah SWT Dik… Sabar dan tabahkan hatimu…
Ekya Siti ZulaikhaTahniah.. Semoga menjadi anak yg kuat dan tabah..semoga Allah merahmati mu selalu
Dhia Dianatengok gamba nie je pun sis da nangis…😭semoga menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat ye dik…aamiin…
Khalida KamaludinMoga adik trus berjaya dunia akhirat n opah diberikan kekuatan n kesihatan utk menjaga amanat ini..amin
Ma’ya RouzieSemoga adik terus berjaya dunia akhirat, ini 1 permulaan adik, teruskan & kepada opah semoga terus sehat d panjangkan umur semoga dpt menjaga adik sampai dewasa, al fatihah buat ibu
Ira MohammadSedih tul pgi ni tgk post ni ..betul2 meruntun jiwa..sebaya ank sye ni..mogaberjaya dik dunia akhirat..slm manis untuk adik dan opah jugak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Esok Ramadhan sudah bermula. Tentu ibu ayah teruja juga untuk meraikan bersama anak-anak. Untuk menjadikan bulan ini menarik, berikut adalah beberapa idea untuk membantu menjadikan ia Ramadhan yang istimewa pada tahun ini.
1. Adakan mesyuarat keluarga tentang Ramadan
Seminggu sebelum Ramadan, digalakkan untuk mengadakan mesyuarat keluarga untuk menjelaskan tentang Ramadan. Jelaskan kepada si cilik apabila kita melihat anak bulan ia menandakan permulaan bulan Ramadhan seperti mana yang umat Islam lakukan dan bagaimana jadual keluarga akan turut berubah. Dapatkan persetujuan bersama dan cadangan daripada semua ahli keluarga akan apa yang akan dilakukan sepanjang bulan ini. Buat perancangan untuk satu bulan berkat ini. Sebagai contoh, waktu pilihan untuk bersahur, makanan pilihan untuk bersahur, tempat untuk berbuka puasa atau pilihan surau/masjid untuk bertarawih dan lain-lain.
2. Raikan kedatangan bulan Ramadhan dengan hiasan rumah yang menarik Raikan kemeriahan “Ramadan Mubarak” dengan hiasan-hiasan yang menarik dan meriah seperti belon, sepanduk dan jadual semak amalan yang besar. Libatkan anak-anak untuk membantu menghiasi rumah supaya mereka merasai kegembiraan dan tertunggu-tunggu dengan kehadiran Ramadhan.
3. Beritahu cerita Ramadan sebelum tidur setiap malam Jangan hanya bergantung kepada buku-buku kanak-kanak berkaitan Ramadan untuk bercerita tentang bulan istimewa ini dengan si pintar cilik. Kongsikan kepada anak-anak kita bagaimana pengalaman kita berpuasa semasa kita masih kecil. Ibubapa juga boleh mereka beberapa cerita berserta perancangan dengan anak anda sebagai watak utama dalam pengembaraan di bulan Ramadan nanti!
4. Membuat dan menghantar kad Ramadan buatan sendiri Oh, tentu menarik jika sebelum bulan Ramadhan bermula, kita duduk bersama anak-anak untuk membuat kad Ramadhan Mubarak. Sediakan kad itu untuk adik-beradik, datuk nenek, ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan kawan-kawan. Hantar kad tersebut walaupun masa yang suntuk. Ia pasti sesuatu yang mengujakan !
5. Membuat “goody bag” Ramadan untuk rakan-rakan mereka Sekiranya anak anda masih di tadika atau sekolah rendah, dapatkan kebenaran guru mereka untuk membuat ‘goody bag’ Ramadan Mubarak. Isi dengan gula-gula, kurma, kismis, mainan kecil dan kad kecil menjelaskan dalam dua atau tiga ayat yang pendek tentang Ramadan. Dan biarkan anak-anak untuk mengedarkan kepada rakan-rakan mereka di tadika/sekolah mereka supaya mereka sama-sama merasai kehangatan Ramadhan.
6. Membuat perkongsian mengenai Ramadan dalam kelas mereka Beri juga galakan kepada anak-anak untuk selalu berkongsi cerita dengan rakan-rakan mereka tentang perkara-perkara menarik tentang Ramadhan. Ia sekali gus akan menyebarkan kemanisan sambutan Ramadhan sesama anak-anak cilik.
7. Membuat kraf sempena Ramadhan di rumah Kraf adalah cara yang bagus untuk menerangkan dengan lebih mudah tentang Ramadan. Ajak anak-anak membuat bentuk bulan yang berbeza-beza. Tunjukkan bagaimana bentuk permulaan bulan, yang mana satu tengah dan mana yang akhir. Boleh juga buat kolaj atau dekorasi beberapa makanan kegemaran mereka untuk berbuka puasa. Oh lebih menarik lagi jika ibubapa boleh menyediakan buku aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Ia akan memudahkan pemantauan perkembangan anak-anak sepanjang bulan mulia ini.
8. Rancang satu perjalanan keluarga untuk melihat anak bulan Mahu pengalaman yang lebih istimewa? Apabila kanak-kanak memakai baju tidur mereka, bawa mereka ke dalam kereta dan ajak mereka untuk menyaksikan anak bulan Ramadan. Lakukan perkara yang sama pada akhir bulan ini. Lebih menarik jika membawa teleskop atau binokular.
9. Jemput rakan-rakan anak-anak untuk Iftar bersama-sama Biarkan anak-anak anda menyenaraikan senarai tetamu dan menu pilihan mereka. Juga, minta mereka menyediakan beberapa makanan istimewa. Kita boleh memilih beberapa resipi mesra kanak-kanak atau mereka boleh membantu dengan menyediakan juadah berbuka puasa yang tidak memerlukan mereka untuk menggunakan dapur atau memotong dengan pisau. Tentu ia satu aktiviti kekeluargaan yang menghiburkan!
10. Jemput datuk nenek atau ahli komuniti lebih tua untuk Iftar bersama Setelah semua orang selesai berbuka puasa, menarik jika ada sesi bercerita di mana tetamu boleh berkongsi pengalaman bagaimana mereka melalui Ramadan semasa di zaman kanak-kanak. Ceritalah pengalaman berbeza-beza pada zaman dahulu, di negara lain juga bagaimana pula mereka menyambut Ramadhan, apakah jenis makanan yang mereka makan untuk berbuka? Bagaimana mereka berbuka puasa? Apa aktiviti menarik sepanjang Ramadhan dan lain-lain lagi. Kanak-kanak memang suka mendengar cerita dan bertanya soalandi luar kotak.
11. Membuat buku skrap untuk Ramadan ini Mengambil banyak gambar ketika semua orang sedang bersahur tentu sangat menghiburkan. Tidak ketinggalan gambar-gambar kemeriahan ketika berbuka puasa, ketika letih berpuasa, bertadarus, bertarawih dan macam-macam lagi. Jadikan satu buku skrap untuk Ramadhan kali ini. Letakkan pelekat dan hiasan yang menarik sebagai satu kenangan seumur hidup untuk anak-anak kita.
12. Ingat golongan miskin Rancang bersama anak-anak untuk menjadi sukarelawan di dapur beberapa jam pada hari Sabtu atau Ahad. Sediakan makanan untuk berbuka puasa khusus untuk golongan kurang berkemampuan. Bawalah si comel untuk menghantar makanan dan menyantuni golongan miskin. Berikan banyak dorongan untuk anak-anak suka bersedekah dan membantu mereka yang kurang berkemampuan di bulan Ramadhan.
13. Beri dorongan meskipun mereka berpuasa separuh hari
Kanak-kanak teruja untuk berpuasa apabila mereka melihat ibubapa dan adik-beradik yang lebih tua melakukannya. Tahun ini, beri galakan untuk mereka berpuasa selama beberapa jam semampu yang mereka boleh. Jangan lupa sediakan juga “Iftar” khas untuk mereka dengan beberapa makanan kegemaran mereka sebagai satu penghargaan dan sokongan.
14. Pasangkan lagu-lagu Ramadhan Apabila kanak-kanak bermain atau terlibat dalam beberapa aktiviti riadah santai, mainkan beberapa lagu Ramadan yang indah yang boleh menyemarakkan lagi semangat Ramadhan dalam diri anak-anak. Mungkin kita boleh meminta anak-anak untuk menghafal satu dua lagu Ramadhan untuk penghayatan bersama-sama.
15. Membawa mereka untuk iftar dan solat Tarawih
Tiada ada cara paling mudah untuk mengajar semangat komuniti kepada si cilik selain solat berjemaah di surau atau masjid. Biasakan anak-anak kita untuk berbuka puasa di surau atau masjid, juga bawa mereka untuk solat fardhu berjemaah dan solat Tarawih supaya mereka merasakan mereka adalah sebahagian daripada entiti masyarakat. Selain itu, bekalkan sedikit duit untuk merek biasakan diri bersedekah ketika berada di masjid mahupun surau.
Anak-anak yang belum baligh tidak diperintahkan untuk berpuasa. Namun demikian ibubapa sangat digalakkan untuk mendorong anak-anak untuk mula berpuasa sedari kecil agar mereka terbiasa melakukannya apabila menginjak dewasa. Dan supaya mereka mengetahui bahwa ibadah puasa Ramadhan merupakan salah satu kewajiban yang diperintahkan Allah SWT. Ibadah puasa sebenarnya memberi pengaruh positif terhadap emosi anak-anak. Terutamanya mengajar mereka untuk bersabar dan prihatin dengan kesusahan orang lain.
Demikian beberapa tips untuk menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan bulan Ramadhan yang penuh dengan segala macam keberkatan. Selamat mencuba, semoga bermanfaat. Dan, jika anda mempunyai tips lain yang menarik, silalah kongsikan lain-lain tips yang menarik untuk manafaat bersama. Ramadhan Mubarak!
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam sukan Para Asean Games Solo 2022 peroleh hadiah paling bermakna dalam hidupnya apabila dikurniakan cahaya mata ketiganya sejurus pulang ke tanah air.
Berita gembira ini dikongsikan olehnya sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya dalam satu perkongsian baru iaitu beberapa keping gambar selepas selesai isterinya, Zafirah Nasir melahirkan anak mereka itu.
Dalam hantaran tersebut, Ziyad menyatakan rasa syukur dan dalam pada masa yang sama akui rasa gemuruh sewaktu diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya dengan bantuan doktor.
“Alhamdulillah, pengalaman ini yang paling berharga dalam seumur hidup. Dapat menyambut anak sendiri kalau nak diceritakan memang sangat gemuruh.
“Tapi di sisi saya ada seorang doktor professional yang selalu nenjaga saya. Terima kasih memberikan pengalaman yang tak dapat di tukar ganti,” tulisnya.
Menerusi hantaran lain, Ziyad juga turut berkongsi momen manis dengan memuat naik beberapa foto wajah anak ketiganya.
“Anak tunggu ayah pulang dari para asean Solo, Indonesia tetap tunggu ayah balik juga baru keluar. Diberikan kesempatan untuk berada di sini yang tersayang @zafra_nasir dan terima kasih doktor Khamsiah memberikan pegalaman yang berharga,” coretnya.
Terdahulu, Ziyad dan Zafira mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Zuhayra Zafra,5 dan Thariq Zavier, 3.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.