Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam sukan Para Asean Games Solo 2022 peroleh hadiah paling bermakna dalam hidupnya apabila dikurniakan cahaya mata ketiganya sejurus pulang ke tanah air.
Berita gembira ini dikongsikan olehnya sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya dalam satu perkongsian baru iaitu beberapa keping gambar selepas selesai isterinya, Zafirah Nasir melahirkan anak mereka itu.
Dalam hantaran tersebut, Ziyad menyatakan rasa syukur dan dalam pada masa yang sama akui rasa gemuruh sewaktu diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya dengan bantuan doktor.
Ads
“Alhamdulillah, pengalaman ini yang paling berharga dalam seumur hidup. Dapat menyambut anak sendiri kalau nak diceritakan memang sangat gemuruh.
“Tapi di sisi saya ada seorang doktor professional yang selalu nenjaga saya. Terima kasih memberikan pengalaman yang tak dapat di tukar ganti,” tulisnya.
Menerusi hantaran lain, Ziyad juga turut berkongsi momen manis dengan memuat naik beberapa foto wajah anak ketiganya.
Ads
“Anak tunggu ayah pulang dari para asean Solo, Indonesia tetap tunggu ayah balik juga baru keluar. Diberikan kesempatan untuk berada di sini yang tersayang @zafra_nasir dan terima kasih doktor Khamsiah memberikan pegalaman yang berharga,” coretnya.
Terdahulu, Ziyad dan Zafira mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Zuhayra Zafra,5 dan Thariq Zavier, 3.
Mendidik anak pada zaman serba moden ini memang mencabar minda. Hati kena sentiasa kuat untuk bertegas dengan anak-anak dan tidak terlalu memanjakan mereka.
Degil, nakal dan tidak mahu dengar kata antara perkara yang selalunya memeningkan kepala mak ayah. Tak kurang juga yang terlalu manja sehingga susah mak ayah hendak menjalankan tugas mendidik dengan baik.
Bagi anak-anak yang terlalu manja boleh, mak ayah boleh praktikkan cara ini.
1. Elakkan terlalu kerap mendukungbayi atau anak kecil. Bukan tak bagi dukung, cuma jangan terlalu kerap. Elak melekat je ngan dia. Bagi dia explore dunia dia sendiri dengan pemantauan kita dari jauh sahaja. Percayalah, masa dia kecil memang kita seronok belai dan gomol dia, rasa tak nak lepas. Tapi kalau dah ‘over’ nanti mommy yang akan stress.
2. Elak terlalu cepat datang bila dia menangis. Jangan menerpa anak dalam keadaan panik. Biar dulu sekejap, jenguk dulu kenapa dia menangis. Latih anak untuk tenang sendiri. Cuba bersuara dari jauh. Contohhnya “mommy kat sini”, “mommy ada ni”, “jap..jap mommy datang”. Biar dia rasa ‘secure’ dan tahu kita ada berdekatan.
3. Banyakkan komunikasi dengan anak walaupun dia tak faham. Sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh, bercakap ngan dia. Waktu dalam rumah pun bercakap. Latih anak kecil kita untuk tahu yang kita bercakap dengan dia. Latih dia perlahan-lahan untuk si kecil terima arahan dari kita. Anak yang faham arahan akan lebih behave.
Contohnya, “Sekarang waktu mandi. Mommy letak air dalam tab dulu ye” (sambil dukung atau biar dia tengok kita isikan air dalam bekas mandian) atau “Sekarang waktu tidur, jom pakai bedak dan losyen okay” (sambil ambil barang-barang makeup dia)
4. Elak untuk ‘over protective’. Biar anak meneroka dunia perkembangan dia dan elakkan terlalu menyekat dengan itu tak boleh, ini tak boleh. Cuma yang perlu dijaga, jangan bagi anak jatuh luka je. Anak manja kebanyakannya kuat merajuk dan suka memberontak.
Mommy cuma campur tangan bila perlu. Latih anak untuk bergaul dengan rakan sebaya, anak-anak saudara dan saudara-mara. Tapi jangan lupa ajar dia untuk elakkan orang yang tak dikenali juga.
5. Latih anak untuk tidur awal. Jam 8.00pm -8.30pm adalah waktu untuk tidur. 9.00pm paling lewat. Latih dari kecil, dia akan biasa. Bila anak terjaga waktu malam, lepas menyusu suruh atau tidurkan dia semula. Jangan sesekali ajar bermain atau buka lampu terang. Dia perlu tahu beza malam dan siang dan dia perlu dilatih.
6. Buat senarai setiap kali pergi shopping barang dapur. Masa anak kecil, bacakan untuk dia setiap barang yang ambil dari rak sambil tandakan pada kertas. Biar anak nampak perbuatan kita. Dia akan set dalam kepala, apa yang dibeli hanya dari apa yang disenarikan.
Elakkan pembelian yang tak dijangka. Bila anak dah besar sikit, boleh bincang dengan dia apa yang dia nak waktu kita buat senarai pembelian. Biasa dia akan minta mainan, coklat dan sebagainya. Jadi, masukkan dalam senarai barangan dia sekali.
7. Latih anak untuk bargain, nego, alternative. Contoh, waktu dia pilih mainan, cuba guide atau ajar untuk other option. Kalau yang mahal, cuba bandingkan dengan yang lebih murah. Kalau coklat, cuba cadangkan untuk biskut dan sebagainya. Tapi, jangan terus tolak permintaan dia.
8. Selalu pesan utuk berhati-hati dekat tempat awam. Pesan dari rumah, dalam kereta ulang lagi, sampai mall ulang lagi. Puji dia kalau dia ‘baik’. Bagi ganjaran sikit, contohnya cium dia.
9. Marah atau hukum jika anak buat salah. Contoh;
Bayi – Boleh gunakan nada suara atau gerak tubuh. Biar dia tahu perbezaan nada atau gerakan yang kita gunakan.
Anak 1-3 tahun – Nada suara atau pukul lembut di tapak tangan. Terangkan kenapa dia perlu dihukum.
Anak 3-6 tahun – Pukul ditapak tangan guna bare hand atau objek macam hanger kecil. Pukul perlahan je, ambil syarat. Terangkan kenapa dihukum, apa yang sepatutnya dan sebagainya.
6 tahun keatas – Waktu ni dah boleh gantung rotan pada dinding. Jangan lupa terangkan kegunaan rotan tu.
10. Selalu set yang kita adalah ibu bapa. Kita yang kawal dan bentuk anak, bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi kita cuba disiplinkan anak-anak. Setiap ibubapa ada caranya tersendiri.
Sumber: Khalifahmedia.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Azrul Nizam Azali, 27, dari Kampung Tengah Kuala Sungai, sebelum ini bekerja di syarikat cari gali minyak di Terengganu sanggup melepaskan jawatan demi menjaga ibu yang sakit di kampung.
Melihat pengorbanan seorang anak muda ini sememangnya wajar dipuji dan dijadikan inspirasi dalam mendidik diri melunaskan tanggungjawab kepada orang tua.
Mendekati anak muda ini, kami kongsikan temubual yang dilakukan. Jom ikuti kisahnya.
Pada mulanya saya ambil cuti selama 2 bulan. Lepas pada tu.. Saya terus ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab keadaan mak saya masa tu agak kritikal. Pada hujung tahun 2016.
Sejak itu saya belajar cara membuat kek dan biskut melalui Internet selain mengikuti kelas masakan bagi menjana pendapatan.
Apabila mahir, saya mempromosikan perniagaan kek secara dalam talian walaupun pada mulanya malu kerana bimbang tiada pelanggan.
Berniaga kek ni anggaran pendapatan tak tetap. Bergantung kepada tempahan kek. Selalunya dalam RM1000 macam tu.Tapi bila musim cuti, hasil jualan meningkat sikit.
Bergilir Adik Beradik
Semasa di hospital saya yang menjaga mak di wad sebab adik beradik lain dah berkahwin …tetapi kadang-kadang adik beradik lain pun gilir-gilir jaga mak jika saya ada tempahan kek.
Lakukan dialysis 4 kali sehari
Untuk rutin, mak saya yang bernama Fatimah Ariffin, 64 tahun mengalami penyakit buah pinggang dan menggunakan rawatan dialysis CAPD.
Rawatan ini hanya dilakukan di rumah dan perlu dialysis 4 kali sehari ( pagi, tengah hari, petang, malam) dan makan masa 30-40 minit setiap sesi. Selalunya saya akan hantar kek lepas selesai dialysis pagi dan lepas dialysis tengah hari saya akan mula membakar kek.
Sesi malam pula adalah waktu saya mendeco kek sehinggalah siap. Selalunya saya akan mula dari jam 4 petang sehingga lewat malam dalam lingkungan 2-3 pagi. Kalau oder banyk kadang-kadang sampai ke jam 6 pagi.
Kena Sabar & Kuat
Untuk hadapi dugaan ibu yang sakit dan dalam masa yang sama berkerja bukanlah mudah, jujur saya katakan kita perlu banyakkan bersabar dan kuatkan semangat. Sebab saya nak bagi mak saya semangat untuk kembali sihat.
Selain itu banyak berdoa kepada Tuhan semoga permudahkan segala urusan kita.
Manakala andai ditanya apa perasan saya diberi peluang menjaga ibu, allhamdulillah! Saya sangat puas hati apabila diberi peluang untuk saya jaga mak saya sepenuhnya. Perasaan hati dan jiwa sangat tenang bila ibu ada di sisi saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perit rasanya bila mengalami alahan ketika awal mengandung atau morning sickness. Jika wanita sanggup berkorban demi anak yang dikandung dalam perut, macam mana pula halnya dengan suami atau bakal bapa. Mampukah?
Melalui perkongsian oleh satu akaun Tik Tok, Shah Nazri berkongsi pengalamannya yang terkena pembawaan ketika isteri hamil.
Apa yang menarik katanya, dia terpaksa menanggung alahan itu malah kerap merasa loya dan pening kepala. Bahkan di tempat kerja sekali pun, dia terpaksa bergantung kepada plaster koyok untuk bertahan.
“Kerja dengan alahan bukan senang,” tulisnya dikapsyen.
Tambahnya berkongsi, ketika bekerja dia menghadapi kesukaran bila mana asyik merasa loya dan pening bahkan kerap mengambil cuti sakit kerana merasa tidak selesa ketika berada di pejabat.
Bukan itu sahaja, melalui perkongsian beberapa videonya, bakal bapa ini juga turut mengalami hal yang sama di rumah namun dia beruntung kerana sepohon pokok limau di hadapan rumahnya menjadi pengubat.
Melalui perkongsian videonya, dia dilihat kerap kali ke pohon limau itu bagi menghidu kesegaran daun limau yang sememangnya boleh meredakan alahan yang dialaminya.
Makin bertambah lucu bila bakal bapa ini turut sering mengambil kerusi dan duduk melepak di hadapan pokok ini bagi meredakan masalahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat gelagat bakal bapa ini yang bermacam ragam gayanya ketika menahan alahan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.