Selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemukan 9 mangsa yang dipercayai hilang di kawasan tanah runtuh Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali pada berlaku pada Jumaat lalu, kini rakyat Malaysia dan ahli keluarga khususnya boleh menarik nafas lega.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh berjaya menemui dua mayat iaitu seorang kanak kanak perempuan dipercayai berusia lingkungan sekitar 6 hingga 10 tahun dan seorang mayat mangsa dipercayai lelaki dewasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), mayat mangsa lelaki dewasa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi.
Kemas kini setakat jam 11.16 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali – Genting Highlands telah berjaya menemui seorang lagi mangsa iaitu lelaki dewasa di sektor B.
“Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.
“Operasi SAR pada hari keenam diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang,” jelas kenyataan itu.
Ads
Terdahulu mayat mangsa ke-25 yang juga kanak-kanak perempuan yang ditemui pada kedalaman 17 meter di lokasi runtuhan tanah di sektor C.
Sehingga kini, operasi giat dijalankan untuk mencari 7 mangsa yang masih hilang.
Operasi turut dibantu 11 jengkaut tanah pelbagai agensi serta sembilan ekor unit anjing pengesan K-9.
Jangan buat main dengan makanan seimbang terutama bagi kanak-kanak yang memerlukan pemakanan yang berkhasiat untuk pertumbesarannya.
Tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa tidak kisah apabila anak hanya minum susu sahaja tanpa makan makanan lain. Pada mereka kandungan susu formula itu sudah mencukupinya.
Hakikatnya tiada. Anak-anak perlu juga makan makanan lain secara natural untuk kesihatan tubuh badannya.
Begitulah pengalaman yang dilalui seorang ibu apabila anaknya tidak menjamah hidangan lain, sebaliknya kerap minum susu formula. Akibatnya kesihatan anak merosot.
Mujur segera berjumpa pegawai kesihatan untuk mendapatkan nasihat. Rupanya ia berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak seimbang.
Ikuti cara bagaimana ibu ini mendidik anaknya makan sayur, siap buat jus sayur lagi.
Kesihatan anak merosot
Beberapa tahun lepas, Aqlan, anak saya masuk hospital. Muntah tak berhenti sampai badan jadi lemah. Selama 2 malam, saya menemani beliau di PPUM.
Sorang demi sorang doktor datang. Tapi, doktor yang last ni, dia detail sikit. Habis history sakit anak yang lain dia selidik. Masalah kulit sampai masalah asthma dia korek. Yang paling berdebar, bila dia tanya pasal diet anak. Sebab bila dia cek darah, dalam darah anak ada kekurangan zat besi. Atau iron.
Waktu tu saya kesallah juga. Kalau ikutkan, saya ni, menjaga jugaklah makan anak. Tiap 4 jam, mesti kena makan. Nak makan candy pun, sehari sebiji dua je. Itupun lepas makan nasi. Lauk dan sayur pun, mesti cukup banyak bila makan nasi. Portion yang disediakan, wajib dihabiskan.
Cuma mungkinlah Allah nak uji. Anak sakit lepas musim cuti raya. Waktu raya pulak, saya be easy on myself. Malas nak tunjuk fussy sangat, jadi makan apa aje juadah yang ada. Sayur, memang susah nak cari waktu raya. Mungkin sebab tulah jugak, kandungan zat kat badan anak turun. Wallahualam…
Rupanya ini sebabnya, badan susah serap iron
“Anak minum susu banyak tak?” Tanya doktor. Rupanya, kalau anak banyak minum susu lembu, badan susah nak serap iron. Langsung saya teringat kawan-kawan yang mengadu anak dia jarang makan. Asyik minum susu je. Bahaya rupanya kesan dia.
Kenapa bahaya kalau badan anak tak cukup iron? 1.Masalah tingkah laku 2. Ganggu perkembangan otak 3. Kurang selera makan 4. Kerap penat 5. Muka pucat 6.Craving kat benda-benda pelik termasuk 7.Tumbesaran terganggu
Dan, terlalu banyak minum susu lembu bukan the only penyebabnya. Tapi punca yang utamanya, sebab diet yang tak seimbang. Rupanya sangat-sangat penting rajin pelbagaikan makan untuk anak. Terutama sekali buah-buahan dan sayur.
Buat jus sayur
Balik dari hospital, terus saya semangat. Buat brokoli goreng tepung la, ajar makan daging, bagi ratah ikan bilis dan sebagainya. Sebab Dr kata, vitamin C jugak akan tingkatkan penyerapan Iron, balik kampung, kitorang beli jambu batu banyak-banyak. Tak jadi Iron Man, tak tau lah!
Dan JUS BABY BAYAM ni adalah saranan dari sahabat saya Noraini Abd Samad yang memang superb ilmu bab makan seimbang. Aini kata, baby bayam ni dia tasteless. Jadi, bila diblend dengan buah lain, tak ada rasa bayam langsung. Kalau blend dengan mangga, jadi rasa mangga je. Kalau blend dengan epal, rasa epal je.
Kalau blend dengan beri, rasa beri lah juga. Dan memang nampak superb kesan dia bila anak saya start minum jus ni. Lagi senang makan sayur, lagi bertenaga dan tak selalu mengadu letih.
Ni lah baby bayam. Selalu ada kat rak syuran yang ada jual sekali sayuran imported
Sumber: Wawa Shauqi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak yang membesar perlukan didikan yang tepat bagi membolehkan mereka menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dan lebih prihatin apabila membesar.
Anak-anak kita sebenarnya boleh mengikut karektor dan sikap mereka sendiri jika tidak dibendung.
Salah satu cara didikan yang mudah adalah dengan mengajarkan kemahiran berumah tangga kepada mereka sebagai persediaan kepada tanggungjawab pada diri
sendiri. Jika mereka punya rasa tanggungjawab pada diri, seterusnya pastilah pada keluarga mereka sendiri kelak.
Bukan hanya pada anak perempuan, anak bujang kita juga wajib buat perkara ini supaya lebih rasa tanggungjawab. Jom ikut tip mudah ini.
1. Periksa Barang Dapur
Minta anak perempuan jadi pemeriksa kita setiap kali barang dapur habis bekalannya. Ajar dia untuk periksa peti ais dan stok bekalan basah seperti ikan dan sebagainya setiap minggu atau setiap hari. Biar dia tahu peranannya besar dalam rumah kita. Lama kelamaan dia akan rasa lebih bertanggungjawab pada amalan yang satu ini.
2. Periksa Stok Beras
Ini merupakan amalan yang dilakukan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki kepada anak lelakinya. Setiap kali beras habis, dia akan minta ibu dan ayah belikan dengan segera tanpa menunggu hari esok. Cara ini bagi membiasakan diri anak lelaki dengan selok belok dapur. Nampak remeh tapi sebenarnya ia mengajar anak lelaki kita lebih bertanggungjawab.
3. Kunci Pintu
Sebelum hendak masuk tidur, amanahkan seorang anak-anak kita untuk periksa pintu rumah, samada sudah dikunci ataupun tidak. Selain rasa tanggungjawab pada
keluarga yang lain, ia juga mendorang anak kita jadi lebih berani.
4. Bayar Di Kaunter
Latih anak kita bayar makanan yang dia beli di kaunter sendiri. Cara ini bukan hanya latih anak lebih berani tetapi mesti bertanggungjawab pada barangan yang diambilnya. Amanah pada diri sendiri, itu penting.
5. Susun Kasut
Bagi tugas mudah ini pada si bongsu anda yang masih kecil. Latih dia untuk susun kasut setiap ahli rumah sebelum melangkah masuk ke rumah. Persoalkan dia jika kasut tidak disusun dalam keadaan baik. Cara ini bukan hanya buat anak lebih menjaga kebersihan tetapi disiplin diri yang tinggi.
6. Kemas Katil
Ajar kesemua anak kita baik lelaki mahupun perempuan untuk kemaskan katil sendiri apabila bangun tidur. Ini penting bagi mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan selebihnya pada keluarga. Kalau kita biasakan mereka, lama-lama pasti jadi tabiat terpuji.
7. Ajar Anak Sedekah
Kalau ke surau atau juga ada peminta sedekah yang datang ke meja kita ketika makan, ajar anak-anak bersedekah sendiri dengan tangan mereka. Selain mengajar rasa simpati kepada golongan susah, kita juga mendidik anak untuk bersedekah. Setiap kali dapat duit kecil, minta dia asingkan untuk bersedekah.
8. Tolong Angkat Barang
Nampak macam mendera anak tapi sebenarnya ia satu proses mendidik. Minta anak-anak angkatkan kesemua barang yang kita beli ke dalam kereta seterusnya ke dalam rumah. Nampak remeh tapi ia mengajar anak bertanggungjawab dan rasa hormat.
9. Pilih Ikan Di Pasar
Ini aktiviti yang menyeronokkan. Minta anak pilih sendiri ikan yang mereka suka di pasar. Selain berkongsi ilmu, ia juga bagi membiasakan mereka dengan ilmu rumah tangga.
10. Ajar Masak
Tak kira samada anak lelaki atau perempuan, ajar mereka untuk tolong memasak di dapur. Seawal usia 5 tahun lagi mintalah mereka turut serta. Anak lelaki terutamanya, ajar mereka memasak dengan cara yang betul supaya ilmu ini boleh dibawa mereka ke mana-mana terutama selepas berkahwin. Penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memperkenalkan sifir pada anak-anak bukan sesuatu yang mudah, apalagi untuk dihafal. Bab ini memang susah sampai naik pening dibuatnya. Nak memudahkan anak-anak faham adakalanya mengambil masa. tetapi andai tahu cara dan teknik pasti tak akan menjadi masalah.
Seperti yang dikongsikan oleh puan Nor Syaqiera Adni yang juga seorang guru mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dalam membantu anak-anak belajar sifir tanpa hafal.
Sifir Tanpa Hafal – Kaedah Gigi
Ramai anak-anak akan suka guna kaedah ini. Tak perlu hafal, hanya lukis dan kira gigi yang comel.
Perkara terpenting dalam sifir ialah faham. Bila kita dah mula beri cara mudah, lama kelamaan, sifir itu akan hidup dalam otak anak kita.
Melalui kaedah gigi ini, anak akan lebih senang nampak dengan jelas konsep sifir. Apa konsep sifir tu? Penambahan berulang-ulang jawapannya.
Bila anak jelas dengan konsep, maka akan keluarlah sifir secara spontan dari mulut mereka.
Jemput share, biar anak-anak kita sedar yang sifir ni senang je..
Syaqiera Adni, Fahamkan sifir, semuanya akan jadi mudah.
**Cuba try test buat pada anak-anak. Have fun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Didik anak solat sejak kecil menjadi keutamaan Adam Corrie dalam membentuk disiplin dan tanggungjawab agama anaknya. Ketegasan yang disertai kasih sayang menjadi inspirasi buat ibu bapa.