Dah menjadi kebiasaan bila hadirnya insan berpangkat cucu dalam hidup nenek atuk, semestinya akan menjadi manusia yang paling disayangi ketika itu. Bukan sahaja ditatang bagai minyak yang penuh, malah boleh jadi bila cucu di marah ibu bapanya, silap hari bulan ibu ayah itu pula dimarahi oleh nenek atuk!
Sebagai contoh, boleh kita lihat pelakon dan juga pengarah drama terkenal, Shiela Rusly (Nanna) dan Jinggo (Dadda) yang tidak lepas dari memuat naik berkenaan cucu mereka, Bunga Elhaq dengan pelbagai jenis content.
Terbaru, Shiela yang lebih mesra digelar ‘sis’ telah memuat naik gelagat cucu mereka ketika bermain bersama. Dalam video tersebut, Bunga bukan main lagi ketawa tidak berhenti ketika bermain dengan Nanna.
Ads
Namun sebaliknya berlaku apabila bersama Dadda di mana anak kepada Uzair Haqimy dan pelakon Elisha Sandha hanya terdiam kaku walaupun Jinggo membuat reaksi yang sama.
Shiela sempat menyakat suaminya di ruangan kapsyen ‘Kalau sayang Nanna lebih jangan tunjuk sangat Bunga.. Kesian Dadda”.
Meninjau di ruangan komen, Daddanya sempat membalas komen ‘Ok that’s it… esok suruh Nanna jer tolak Stroller Bunga , Dadda esok editing masuk pagi, jangan suruh Nanna call minta u turn yeee’.
Ramai terhibur dengan cara mereka melayani cucu sulung mereka itu. Malah, ada juga yang bersimpati pada Jinggo segala usahanya tidak mendatangkan hasil demi membuat cucu ketawa.
Apabila kita nak tinggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama contohnya balik kampung atau bercuti, bab keselamatan memang kena take note kan.
Sebelum keluar kena pastikan sudah tutup semua lampu dan plug untuk keselamatan selain mengelak pembaziran.
Tetapi kita tidak akan menutup suis peti sejuk dan dibiarkan terpasang kerana mahu memastikan makanan yang ada dalam peti sejuk tidak rosak. Namun apa yang akan terjadi jika dalam masa 5 hari kita tinggalkan rumah rupa-rupanya 3 hari pertama itu rumah kita ‘blackout’ tapi masa kita dah balik rumah suis dah ok.
Apa yang terjadi pada peti ais kita sepanjang takde elektrik tu? Jom kita baca dan hayati perkongsian dari Rizzal Abdullah ini:
Bro,
Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.
Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar..
Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.
Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?.
Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.
Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?
Kalau terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?
Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.
Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.
Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..
Tapi apa kaitan syiling tu?
Ini tip untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;
Syiling
Gelas plastik yang lut sinar
Air
APA NAK KENA BUAT:
*Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
*Lepas tu letak syiling atas ais tu.
*Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.
Kalau syiling tu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
*Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
*Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
Apabila berlaku sesebuah kemalangan, pasti kita akan diserang panik nak-nak lagi bagi kaum wanita yang pertama kali mengalami situasi begini. Apakah yang harus dilakukan dan siapa yang patut dihubungi. mungkin waktu ini ada akan blur seketika.
Yang penting tenangkan hati dan jangan panik. Jom ikut tip atau nasihat ini dikongsikan oleh Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor . Cukup bermanfaat terutama kepada kaum wanita yang memandu keseorangan atau hanya ditemani anak kecil. Kena berhati-hati supya tidak ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain.
1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti
11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut
Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang. Patuhilah undang-undang.
Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan Dato Aznil Haji nawawi, figura seni yang boleh dianggap sebagai pengacara nombor satu negara dek kredibilitinya sehingga kini.
Beliau antara selebriti yang mempunyai pengaruh dan aura yang cukup mengagumkan terutama dalam bidang pengacaraan. Baik dewasa mahupun kanak-kanak kenal dengan susuk tubuh ini.
Begitupun Aznil atau mesra dengan panggilan Paknil sangat menjaga privasi dan jarang nak berkongsi cerita mengenai keluarganya.
Sejak dahulu lagi, memang sukar untuk melihat wajah anak-anaknya menghiasi dada akhbar mahupun majalah. Malah dengan penggunaan media sosial yang kian meluas ini, beliau masih lagi bersikap seperti dulu.
Empunya diri awal-awal lagi tiada masalah untuk mengambil gambar namun anak-anak yang keberatan dan sering menolak untuk berbuat demikian menyebabkan si ayah akur dengan permintaan anak-anaknya.
Namun dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Paknil memuatnaik satu gambar lukisan yang mana dilukis oleh anak perempuannya, Fildza Haifa atau dipanggil dengan nama manjanya Fifi.
Menurut pengacara ini lagi, lukisan tersebut dilukis ketika Fifi berusia 5 tahun ini. Terdapat tulisan tertulis ‘ Happy Fathers Day ‘ dan dihiasi dengan gambar buah-buahan dan beberapa objek lain. Kata Paknil, puterinya ini kini sudahpun berusia 32 tahun dan ucapan happy birthday turut diucapkan untuk Fifi di ruangan kapsyen ini.
Melihat wajah manis Fifi yang murah dengan senyuman, pasti mengikut jejak si ayah sememangnya seorang yang pemurah dengan senyuman.
“Ini lukisan Fifi masa dia 5 tahun. Hari ni Dia dah 32 tahun!!
Happy Birthday Anak!!! Luv u till Jannah.”