Selepas tiga minggu berada dalam keadaan koma, anak kepada penyanyi era-80an Azian Mazwan Sapuwan, menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.
Mohamad Aqil Zulkarnain meninggal dunia jam 11.30 pagi tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospitala Selayang.
Berita pilu tersebut dikongsi Azian yang juga bekas bintang Gegar Vaganza musim kedua, menerusi laman instagramnya. Assalamualaikum semua.. Innalillahiwainna ilaihirojiu’n.. Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yg beriman. Ya Allah..kuatkan aku.
Allahyarham Mohamad Aqil sebelum ini dimasukkan ke hospital tersebut kerana terlibat dalam kemalangan pada 22 November lalu.
Dalam kemalangan tersebut Mohamad Aqil mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan. Disebabkan keadaan tersebut, Mohamad Aqil dibius dan diletakkan dalam keadaan koma untuk rawatan. Sebelum ini suami Azian, Mohammad Ahrar Zulkarnain menulis di Facebooknya memaklumkan anaknya dalam keadaan koma bagi memulihkan hati dan limpanya selepas dibius sejak dimasukkan ke hospital.Beliau turut meminta sahabat handai dan orang ramai supaya mendoakan Mohammad Aqil Zulkarnain dan memohon maaf seandainya anak mereka pernah melakukan kesalahan terhadap sesiapa.
Ads
Ads
Lebih menghibakan, Aqil Zulkarnain baru sahaja menimang cahaya mata lelaki sebelum mengalami kemalangan jalan raya itu. Selain Aqil, pasangan ini memiliki enam lagi anak pasangan itu ialah Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Amil, Mohammad Adib dan Anastasia Ayra.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penat. Itulah satu perkataan paling sesuai menggambarkan kehidupan wanita bergelar ibu. Jika anak seorang pun sudah terlalu penat, bagaimana ibu beranak lima menghadapi situasi ini.
Sama sahaja, samada isteri bekerja atau menjadi surirumah sepenuh masa, kepenatan ini tidak dapat lari daripada kehidupan wanita bergelar ibu.
Bagi yang bekerja, siangnya terpaksa melunaskan tuntutan dan tanggungjawab dengan syarikat, begitu juga dengan surirumah yang bekerja tanpa henti, dari pagi ke malam lagi. Semakin bertambah penat.
Jadi tak hairanlah ada wanita yang secara tiba-tiba terlanggar benteng ketika memandu, tertidur ketika memandu malah ada juga yang terlelap sebaik melabuhkan punggung di kerusi.
Tulisan ringkas tapi penuh motivasi daripada suami yang menggelarkan dirinya Encik Matt ini, suami-suami patut baca. Malah wajib bantu isteri uruskan kerja di rumah. Sambil menyusu, suami wajib tunggu!
“Wife saya banyak kali dapat microsleep. Atas katil sedang menyusu anak tiba-tiba dub! Tumbang. Terjaga cari anak balik. Allahu.. sebab itulah suami ni ada ruang jadilah ‘co-pilot’ ketika isteri menyusu agar mereka rasa lebih tenang dan bahagia.
Microsleep ketika menyusu ni bukan sahaja disebabkan penat, boleh jadi ibu-ibu juga kekurangan iron(HB low) atau kekurangan nutrients.
Sebab itu sesetengah doktor menggalakkan ibu-ibu tidak berpuasa jika letih. Selain itu hormon prolaktin juga sangat mempengaruhi ibu mengantuk.
Saya rasa mak-mak diluar sana ramai juga yang dapat microsleep ni. So kepada para suami. Berilah peluang kat isteri kita deep sleep dan hadiah yang istimewa buat mereka setelah berjaya menyusukan anak selama 2 tahun.
Apa isteri patut buat ketika anak sudah terlelap? Ambil peluang untuk tidur bersama ketika anak tidur. Bukan pergi kemas rumah atau buat perkara lain sehingga bertambah penat. Buat isteri, tolong dapatkan ‘deep sleep’,1 jam paling kurang!
Buat suami pula, pada masa ini, suami perlu faham untuk siapkan perkara lain terutama masak dan kemas rumah!
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Menurut Pakar psikologi dan kaunseling, micro sleep bukan penyakit. Ia seperti tidur dan menyebabkan seseorang tidak boleh kawal fikiran dan deria dalam masa singkat. Individu yang tidak cukup tidur akibat tekanan dan bebanan tugas mudah terdedah kepada gejala ini.
Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana atau ketika lakukan sesuatu kerja, namun micro sleep lebih bahaya kepada yang memandu atau tunggang motosikal.
Walaupun minuman berkafein seperti kopi dapat membantu, namun tidur tetap penting untuk memastikan diri kekal cergas dan bertenaga.
Kredit: Muhammad Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah seorang lelaki India mengambil upah mencuci kereta menjadi viral baru-baru ini. Semuanya disebabkan perkongsian seorang lelaki Melayu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Hajat Adi W. Kamal ke kawasan berkenaan adalah untuk membeli buah kepada ibunya. Kebetulan, dirinya didatangi budak perempuan berketurunan India yang menawarkan khidmat mencuci kereta.
“Dia tanya kalau saya nak basuh kereta. Pada mulanya saya kata tidak tetapi sebab dia pakai baju seragam sekolah dan saya ingat ada seorang lelaki berjalan bersama sebuah baldi dan kain lap di bahunya. Lantas, saya fikir lelaki itu mungkin ayahnya.”
Saya tanya budak tu, berapa? Dia kata ikut abang (terpulang untuk bayar berapa). Saya kemudian tanya dia, siapa basuh kereta? Dia jawab ayah. Saya kata OK dan cepat-cepat keluar dari kereta,” Ujar Adi yang memuat naik kisah berkenaan di laman facebooknya.
Menurut Adi lagi, budak perempuan yang masih menggalas beg sekolah di bahu itu kemudian berlari ke arah bapanya di hujung simpang, sebelum bapanya berpaling ke arahnya lalu berjalan sepantas mungkin sambil membawa baldi yang dipenuhi air.
“Saya kemudian berjalan ke arah dia dan berikannya duit dan beritahu ambil wang. Tak perlu cuci kereta saya OK,” katanya.
Rupa-rupanya, lelaki tersebut, Sukumaran Sanmugam sedang mengumpul wang untuk membeli buku sekolah untuk anak perempuannya.
Sukumaran yang berusia 40 tahun mengambil upah mencuci kereta di jalanan sejak lebih dua tahun lalu, dan pendapatannya bergantung kepada sumbangan ihsan orang ramai dengan kadar yang tidak menentu.
“Saya tak pernah menetapkan berapa harga untuk cuci kereta. Bukan senang nak dapat pelanggan sebab sekarang ni sudah ada banyak kedai mencuci kereta.”
“Berapa yang mereka nak bayar saya terima. Sebab bukan senang, kalau hujan tak dapat cuci kereta. Ada masa saya dapat RM20 sehari, paling tinggi RM70 sudah cukup bersyukur,” katanya yang tinggal bersama isteri dan anak-anak di Padang Jawa, Shah Alam dengan kadar sewa RM350 sebulan.
Disebabkan tidak mengenakan caj yang tetap, bapa kepada dua orang anak ini tetap sedia untuk mencuci kereta walaupun ada pelanggan yang hanya mahu membayar RM1.
“Ada pelanggan kata kalau RM1 saja dia OK untuk keretanya dicuci. Saya terima dan saya cuci keretanya. Lepas cuci, dia hidupkan enjin dan saya ingatkan bayar saya tapi dia pergi macam tu saja. Tak sempat nak merasa RM1 tu, nasib saya kena tipu.”
Rentetan daripada itu, dia bersyukur dipertemukan dengan Adi yang memberikan sumbangan untuk beli buku sekolah buat anaknya. Bukan itu sahaja, Sukumaran turut menerima bantuan daripada orang ramai yang digunakan untuk perbelanjaan keluarganya.
Anak perempuannya, Shariminy yang berusia 12 tahun, pula memberitahu, dia sering membantu bapanya mencuci kereta di sekitar Shah Alam selepas tamat waktu persekolahan.
“Ayah pernah terlibat dalam kemalangan. Jadi tangannya pernah patah dan dimasukkan besi. Dia tak boleh buat kerja-kerja berat sebab kadang-kadang tangannya sakit dan perlu dirawat.”
“Sebagai anak sulung daripada dua beradik, saya cuba tolong ayah. Dia cuci kereta, saya tolong lapkan. Saya buat pun lepas waktu sekolah sampai petang, di rumah saya boleh belajar,” katanya sambil menambah, bapa menghantarnya ke sekolah setiap hari dengan menaiki motosikal sebelum memulakan kerja sebagai tukang cuci kereta.
Kekayaan Yang Diwarisi, Aeril & Wawa Kerja Keras Demi Anak-Anak
Setiap ibu bapa pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Sudah tentu pelbagai keperluan untuk anak-anak disediakan untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan cemerlang dalam hidupnya.
Namun, ada juga ibu bapa bekerja keras dengan membina empayar dalam perniagaan untuk diwarisi anak
Nyata ibu ayah mahu kekayaan dan kejayaan yang mereka cipta itu akan diwarisi oleh anak tersayan agar masa depan lebih terjamin.
Sebagaimana yang diakui oleh Aktor dan usahawan popular, Aeril Zafrel serta isterinya Wawa Zainal merancang perkara tersebut demi memastikan masa depan anak mereka terjamin.
Memetik Utusan Online, Aeril Zafrel memberitahu bawa anak keduanya Hayla bakal bergelar CEO untuk syarikat yang diusahakan bersama isterinya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
ANAK MINAT BERLAKON NAMUN UTAMAKAN DIDIKAN AGAMA
Bercerita mengenai Hayla, Aeril mengakui anaknya itu mempunyai bakat lakonan yang diwarisi daripada dia dan isteri kerana mampu membawa watak dengan baik sekali.
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2013 dan dikurniakan Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang kini berusia setahun.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.