Memang tidak dinafikan apabila mempunyai anak ramai tentu kehidupan akan menjadi sibuk. Maklumlah anak-anak yang sedang membesar mempunyai pelbagai kerenah yang membuatkan anda boleh pening kepala. Namun itulah pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.
Melalui perkongsian oleh salah seorang blogger terkenal Irine Nadia di instagramnya. Jom sama-sama kita baca perkongsian menarik ini!
Bila duduk santai-santai sambil luang masa tengok 4-4 anak main,⠀mesti ada satu perasaan macam sebak ada, pilu pun ada. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Sebab apa? ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Wanita ni complicated sungguh la, sikit-sikit nak emosi macam-macam. Sebab tu laki suka complain perempuan ni banyak drama. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Sebab dok terbayang, tak sangka anak-anak sorang-sorang membesar. Si baby kecik tu pulak dalam fasa dah nak boleh berjalan tak lama lagi. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Si kakak sulung pulak tahun depan masuk sekolah rendah darjah 1 pulak. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Si no 2 dengan no 3 masuk tadika sama-sama serentak. Hasya dengan Umar tu dah macam sebaya, tinggi lagi si adik dia Umar dari kakaknya Hasya beza setahun tak nampak apa sangat. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Sungguh la yer orang cakap, ⠀⠀⠀
Ads
⠀Pengorbanan tu ada kemanisan dia di penghujungnya ⠀
⠀Pengorbanan laa ni membesarkan anak kecik2 sekaligus Tapi credit to si ayahnya jugak la sama-sama berkorban. Hehe. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Apa-apa pun syukur Alhamdulillah, ni lah yang diimpikan daripada dulu nak ada sebuah family yang ramai meriah. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Ibu tak kisah pun tak jadi supermom, supermak ke or so whatever. Tak perlu kejar title “duniawi” tu hanya nak nampak hebat depan mata orang lain. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Tak semua perkara dalam dunia parenting kita akan jadi SEMPURNA. Pasti ada cacat cela. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Sunggupun kita rasa hebattt, tu pun sebab Allah yang hebattt, dia yang jentikkan hati dan perbuatan kita ke arah tu. Pinjaman. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Ibu-ibu, tak perlu kejar “kesempurnaan” yer. Takut nanti kita yang rasa “stuck”. Buat sekadar yang mampu dan enjoy your parenting❤️ Jangan dibandingkan kita dengan orang lain. Setiap jalan cerita takkan pernah sama. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Janji hari-hari ada niat dan usaha ke arah untuk jadi parents yang boleh didik anak betul-betul. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Sekian, coretan ibu muda. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Pembelian rumah adalah suatu pelaburan yang cukup menguntungkan dan tidak hairanlah ramai juga anak gadis membeli rumah sebelum berkahwin untuk dijadikan aset untuk jangka masa panjang.
Pun begitu, timbul juga kekeliruan status harta yang dimiliki oleh seorang perempuan sebelum berkahwin andai meninggal dunia, adakah harta tersebut akan menjadi hak milik sepenuhnya kepada suami atau perlu juga dibahagikan kepada waris yang lainnya.
Memahami situasi ini, jom kita baca penjelasan daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, semoga dapat memberi pencerahan sepenuhnya tentang perkara tersebut.
Soalan
Assalamualaikum Dato’ Mufti. Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin, adakah selepas kematian isteri, suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan-bulan, bahkan tak tahu pun kewujudan rumah tersebut?
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT atas segala nikmat diberikan serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Apabila seseorang meninggal dunia, segala hartanya akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka. Harta pusaka atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya. Berdasarkan penetapan daripada pihak Baitulmal MAIWP[1], harta-harta itu termasuklah:
-Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
-Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
-Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
-Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
-Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
Berdasarkan pembahagian kategori harta di atas, rumah yang dibeli isteri sebelum berkahwin dan berterusan menjadi hak milik isteri selepas berkahwin merupakan harta yang dikategorikan sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada ahli waris yang mempunyai perkaitan atau disebut sebab perwarisan.
Antara ahli waris utama yang mempunyai bahagian harta pusaka ialah suami, anak-anak (lelaki dan perempuan) dan ibu bapa. Jika kesemua ahli waris ini ada dan masih hidup, maka harta si mati akan dibahagikan keseluruhannya kepada mereka selepas ditolak kos pengurusan jenazah si mati, hutang-piutang dan wasiat yang ditinggalkan.
(Lihat: al-Mughni al-Muḥtaj, 4/7)
Sementelahan itu, rumah yang dibeli isteri di atas tidaklah menjadi hak milik penuh si suami. Sebaliknya akan dibahagikan berdasarkan ketetapan Syarak. Sebagai contoh, jika kita mengandaikan kesemua ahli waris seperti suami, seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan dan ibu bapa si mati masih ada.
Suami, ibu dan bapa si mati akan dapat bahagian masing-masing terlebih dahulu. Kemudian, keseluruhan baki harta (BH) akan diberikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah anak lelaki dua kali ganda anak perempuan.
Pembahagiannya seperti berikut:
Jika si mati hanya mempunyai aset sebuah rumah sahaja dan nilai harga semasa rumah tersebut ialah RM700,000 contohnya. Maka, suami hanya dapat 9/36 bahagian rumah sahaja, berjumlah kira-kira RM175,000. Selebihnya diberikan kepada ahli waris seperti yang tertera pada jadual di atas.
Situasi akan berbeza jika sebelum isteri meninggal dunia, isteri sudah menjual atau menukar hak pemilikan rumah kepada orang lain. Kesannya, rumah tersebut tidak tergolong di bawah harta pusaka lagi dan ahli waris tidak layak menuntut harta tersebut.
Kesimpulannya, suami mempunyai hak terhadap aset rumah si mati sebanyak 1/4 bahagian sahaja. Pembelian rumah sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin tidak memberi kesan terhadap kelayakan suami mendapat bahagian harta pusaka rumah tersebut melainkan rumah tersebut sudah dipindah milik kepada orang lain.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sebelum ini dilaporkan kesihatan adik Ainul Mardhiah yang tidak berapa baik apabila diserang jangkitan kuman, tetapi sudah kembali sihat apabila sudah sedar dan mesin ventilator juga telah dimatikan.
Namun, pagi tadi, ayahnya Ahmad Safiuddin telah berkongsi khabar kurang baik apabila memaklumkan keadaan Ainul agak ‘teruk’ selepas diserang sawan berkali-kali sejak malam semalam.
Menurut perkongsian yang dimuatnaik di Facebook, dia memaklumkan yang keadaan anak sulungnya itu seperti sedang ditidurkan walaupun tiada sebarang ubat diberi dan agak berbeza berbanding sebelum ini.
Ahmad Safiuddin juga menulis yang dia reda dengan dengan apa yang akan berlaku dan meletakkan semua kemungkinan kepada Allah S.W.T.
Manakala, menjengah ke Instagram ibunya, Nurul Erwani juga memuat naik satu potongan ayat al-Quran dengan merujuk kepada rasa berserah kepada Allah S.W.T andai ada apa-apa yang berlaku.
Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sama-sama kita berdoa agar urusan adik Ainul Mardhiah dipermudahkan.
Semenjak anak-anak kita tidak boleh ke sekolah akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan 18 Mac lalu oleh kerajaan, nyata itu bukanlah alasan untuk anak-anak kita tidak mengulangkaji buku pelajaran.
Apatah lagi usaha dan iniasiatif guru-guru telah menggunakan aplikasi whatapps untuk berkongsi nota dan memberikan latihan kepada anak murid, usaha ini harus dipuji.
Apa yang pasti tujuan murni ini bagi memastikan anak-anak kita terus dapat belajar walau tidak dapat pergi ke sekolah seperi biasa akibat Covid-19 ini.
Pun begitu, kita juga sedia maklum tidak semua pelajar tersebut terdiri daripada keluarga berkemampuan, ada sebahagiannya tidak mempunyai telefon pintar.
Pun begitu, memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, pastinya ramai berlapang dada bila mana YAYASAN YTL dengan kerjasama YTL Communications telah menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.
Inisiatif belajar dari rumah itu sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit.
Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.
Guru beri nama pelajar yang layak
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Yayasan YTL memohon kerjasama guru sekolah terbabit tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan telefon pintar itu dapat diserahkan kepada keluarga memerlukan.
Bekas guru dan isteri kepada Pemegang Amanah Yayasan YTL Tan Sri Aris Othman, Puan Sri Sherina Aris berkata, guru adalah yang terbaik untuk menilai keperluan pelajar di dalam kelas mereka.
Kemukakan pendaftaran
Guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar di www.ytlfoundation.org/learn manakala pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan menerima telefon pintar dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.