Memang setiap pasangan inginkan hubungan suami isteri yang bahagia bagaikan dilamun cinta setiap hari. Biarpun usia perkahwinan sudah lama tetapi aura perkahwinan bagaikan baru semalam bergelar raja sehari. Malah, kasih sayang juga segar bagaikan meraikan bulan madu, sungguhpun sudah mempunyai anak ramai.

Namun, kerana fakta usia perkahwinan yang lama, pasangan sudah lupa akan kemanisan bergelar suami isteri. Isteri yang dulunya manja di sisi suami, tidak lagi mendapat kasih sayang sepenuhnya. Tanpa sedar rumahtangga jadi pincang menanti apabila tiada aura kemanisan rumahtangga.

Tetapi setiap masalah ada jalan penyelesian. Ada caranya untuk bahagia. Lelaki ini Khairul Abdullah  berkongsi tentang 10 fakta yang isteri nak selepas berumahtangga yang suami kena tahu. Moga jadi panduan bersama untuk kebahagian suami isteri.

10 Fakta Tentang Isteri Yang Suami Kena Tahu. Barulah Cinta Setiap Hari.  

1. Rasa dicintai – Memang kita ni insan lemah bab-bab melafaz cinta ni. Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan menunjukkan dengan cara lain seperti pegang tangan ketika berjalan atau balik rumah tu kau peluklah dia sekejap. Cukup. Tapi kalau kau boleh sering melafaz cinta tanpa rasa bosan, maka kau memang champion. Bini kau pulak naik seram nanti.

2. Kepercayaan – Penting ni bhai. Dia nak kau beri sepenuh kepercayaan pada dia. Kau jangan selalu syak wasangka sangat. Isteri kau menyampah bila kau kuat cemburu dan tanya soalan pelik-pelik kat dia.

3. Memahami dan memaafkan – Kita manusia, isteri pun manusia. Kau bukan kahwin dengan kucing (gorilla mungkin). Sesekali isteri buat silap. Mungkin terlupa letak belacan dalam asam pedas kau contohnya, jangan kau mengamuk sampai 5 hari 4 malam pulak.

Isteri ni dia setiap bulan hormon dia kucar kacir sikit. Sama macam kau jugak menggelupur bila tak dapat makan asam pedas. Padahal benda simple jer pun. Jadi fahami dia dan maafkanlah dia. Jadilah suami yang mudah memaafkan, dia suka.

Ads

10 Fakta Tentang Isteri Yang Suami Kena Tahu. Barulah Cinta Setiap Hari.  

4. Berbual – orang perempuan ni mulut banyak, kau kena faham tu. Kalau dia tanya “abang sayang saya?” kau jangan jawab sepatah jer “sayang”. Kau kena jawab gini “Abang sayang awak dari hari pertama abang terpandang wajah awak di FB. You had me at hello, you had me at hello.”

Kau ambiklah dialog dari filem-filem romantik yang kau pernah tengok tu. Jadi, kau usahakanlah panjangkan sedikit setiap ayat dan jawapan kau tu. Cair dia wehh.

5. Masa berkualiti – Kualiti ni benda yang paling payah nak jaga. Setakat pergi bercuti bersama lepas tu kau layan tv dan dia layan anak-anak pun tak jadi juga bhai. Kena selalu ada bersama, bergurau dan bergelak tawa bersama. Benda paling mudah nak praktik adalah makan bersama. Sentiasa cari masa untuk duduk dan makan bersama-sama.

6. Yes mem – Ini kunci utama di dalam rumahtangga. Isteri suka dengar perkataan “ya” berbanding “tidak”.

Ini bukan bermakna kita menurut membuta tuli tetapi setiap apa permintaan, selagi boleh tunaikan atau berikan maka usaha untuk berikan.

Ads

Isteri baru jer ajak makan kat luar kau dah cepat-cepat menolak sebab kau malas. Jangan begitu, kalau kau malas sangat jawab juga yer, tapi bukan malam ni, malam esok yer. haa gitu, jawapan tetap ya dan kau tetap selamat di situ.

7. Pendengar yang bagus – isteri nak mengadu masalah atau penat lelah dia dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau kan? Takkan nak mengadu dekat kawan-kawan dia, nanti kang tercerita buruk-buruk pasal kau pula. Jadi kau layanlah setiap kali dia nak mengadu apa-apa. Jawapan kau mesti ikut skema point nombor 4 yer. Dengar dulu dan kemudian jawab panjang-panjang.

8. Ucapan – Berapa lama dah kau tak cakap terima kasih bila kau sedap melantak asam pedas yang bini kau buat? Aduhh, tiap kali sebelum makan kau cakaplah terima kasih darling sebab masakkan lauk feveret I ni. Dah lepas makan cakap terima kasih sekali lagi. Sama lah bila nak suruh dia buat apa-apa, sebutlah perkataan “tolong” tu. Baru sejuk hati dia. Lepas tu kau nak mintak apa-apa pun bolehhhhhh.

10 Fakta Tentang Isteri Yang Suami Kena Tahu. Barulah Cinta Setiap Hari.  

Ads

9. Berkongsi tanggungjawab – Ini paling penting ni. Tolonglah sama-sama buat kerja rumah dan besarkan anak-anak. Kau jangan lepas bulat-bulat kat bini kau semuanya. Kalaupun tak setiap hari, sesekali kau tolong mandikan dan suapkan makan anak-anak. Seminggu sekali tolong vakum, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Benda kecik jer tu bhai. Isteri kau suka dan kau pun boleh dapat sikpek lepas tu.

10. Off day – sesekali isteri nak berehat. “Yang, esok awak cutilah yer? Tak payah nak mengemas dan masak bagai. Nah duit ni, awak pergilah spa dan tengok wayang. Kalau tak cukup awak tambah sendiri yer? Biar abang uruskan anak-anak”. Haaa gitu.

Lepas tu kau boleh layan Playstation atau Xbox dengan anak-anak. Sedap tu wehh.

Begitulah.

Tak susah pun sebenarnya nak bahagia dalam berumahtangga ni. Yang penting tolak ansur, saling memahami dan bekerjasama. Isteri kita tu manusia, ada perasaan, ada penat dan lelah dia. Lagipun waktu bercinta hari tu kemain kau berjanji macam-macam dengan dia.

Jadi, kau tunaikanlah. Sayangi dan hargai mereka sementara mereka masih ada.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI