Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi kisah sedih di Instagram pada Selasa, memaklumkan beliau mengalami keguguran.
Dalam hantaran tersebut, Nurul Izzah turut berkongsi gambarnya memeluk ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ads
Menerusi catatan panjang di laman sosialnya itu, anak sulung Perdana Menteri itu berkata selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mungkin itu kali pertama mereka berpelukan.
“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. “The little boot is gone …
SEDIH DENGAN KEHILANGAN NAMUN MEMANJATKAN KESYUKURAN
Hati ibu mana yang tidak sebak kehilangan bayi yang dikandung. Meskipun sedih dengan khabar duka itu, beliau tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah.
“Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.
Ads
“Ungkapan mensyukuri nikmat – kata-kata indah untuk Yang Maha Esa – yang kita ucap an walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil.
“Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman,” tulisnya lagi. Nurul Izzah dalam hantaran sama mendoakan semua yang berada di luar sana, yang pernah merasa kehilangan supaya kekal tabah dan kuat.
“Jadi kepada anda, hampir semua kita yang telah merasai kehilangan, kita boleh menawarkan doa kita, pelukan secara maya, dan peringatan – bahawa kehidupan tetap akan diteruskan.”
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, perkongsian beliau itu meraih perhatian ramai termasuk artis. Ramai menitipkan doa dan berharap tabah dengan dugaan itu.
Tak tahu nak buat apa menu petang hari ini, asyik masak goreng-goreng aje apa kata masak kek.
Walaupun orang kata masak kek ni, banyak bahan tapi ada juga kek yang hanya menggunakan bahan yang simple. Paling penting nak buat mudah dan gerenti jadi.
Masak dan makan panas-panas memang licin makan satu keluarga!
Salah satu resipi yang mendapat perhatian ramai adalah perkongsian puan Zul HaniMasak Apa Hari Ni.. (MAHN) yang menggunakan bahan yang mudah.
Jom ikuti resipi mudah ini.
Memandangkan post semlm ramai yg minta resepi..ok hari ni sis nak kongsi resepinya. Jangan tak buat pula..senang je,nanti boleh kongsi kat sini bila dah buat..ok •Sis tulis ikut urutan yg mn masuk dulu ya.
Masukan bahan-bahan mengikut urutan. Gula halus dan butter dipukul sehingga kembang menjadi putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul sehingga sebati. Masukan cheese, esen vanilla, tepung, susu pekat manis dan akhir sekali coklat rice. Tepung dimasukan sedikit demi sedikit.
*Bakar pd suhu 170°c
*40 – 45 minit(bergantung pd oven)
*Saiz loyang bergantung pada adunan. Jangan terlalu besar,nanti kek tak tinggi dan kering.
Bercuti bersama keluarga tentunya menjadi momen indah seisi keluarga. Atas sebab ini juga, sebaiknya aktiviti bercuti bersama keluarga perlu dicari masa yang sesuai untuk laksanakannya.
Jangan hanya menunggu hujung tahun semata-mata malah percutian dihujung minggu juga tidak mustahil untuk dilakukan, contohnya dengan mengunjungi Cameron Highlands.
Sebelum itu, ketahui tip penting untuk bercuti di sana.
Tips – tips penting kalau nak ke CAMERON HIGHLANDS yang ramai tak tahu!
Raya ketiga hari tu kami jalan-jalan ke Cameron Highland lagi. Malah sempat juga kami borak panjang dengan rakan-rakan kerja di sini. Maka dapat saya simpulkan 7 tips ini untuk memudahkan anda holiday dengan happynya di sini.
Pertama sekali yang mana dari KL boleh ikut Tapah, dari Penang ikut Simpang Pulai. Pastikan bertolak awal okey! Sesudah subuh harap dah start enjin. Lambat confem jem oiii. Jangan lupa merancang itu penting.
Kena tahu info tempat-tempat menarik CH
-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
-Taman Abang steamboat & grill
Harga Dewasa RM39 Kanak-kanak RM29
-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari Jumaat, Sabtu & hari-hari dibuka untuk cuti sekolah)
-Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)
Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.
Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ.
Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands. Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10. Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat. Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma. Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.
Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron.Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
Sumber : Eddy Rusdi via viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tular di laman sosial apabila seorang wanita dilaporkan telah meninggal dunia di depan Kaabah sewaktu sedang menunaikan umrah.
Wanita yang bernama Heba Mustafa adalah jemaah dari Mesir yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di samping suaminya, Abdelmoniem Elkhateeb.
Menurut suaminya, Elkhateeb yang merupakan seorang profesor di Fakulti Perubatan Universiti Assiut Mesir mengenai kematian isterinya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Arab Saudi dan juga Mesir.
“Allah berhak mengambil apa yang Dia miliki dan semua apa yang Dia berikan.
“Dengan hati yang penuh kesabaran sambil mengharapkan pahala-Nya dan dengan air mata yang berlinang, saya meratapi pemergian isteri, ibu kepada anak-anak, jodoh, peneman, buah hatiku, kebaikanku di dunia, senyumanku, rakanku, dan sahabatku.
“Saya bersaksi kepada Allah, dia adalah isteri yang solehah dan patuh, setia kepada keluarganya dan keluarga suaminya. Dia lurus dan menjalankan peranan sebagai ibu dengan sangat baik.”
Sewaktu menceritakan mengenai saat-saat terakhir pertemuan mereka di depan Kaabah, Masjidil Haram pada Khamis, seakan sudah tahu bakal pergi buat selamanya, wanita itu sempat tersenyum dan mengucapkan selamat tinggal kepada Elkhateeb.
“Saat rohnya diangkat naik bertemu Allah dari Masjidil Haram di Makkah, dia sedang berpuasa dan melakukan umrah ketika bulan suci Ramadan. Innalillahiwainna ilaihi roji’un.”
Tambahnya, isterinya itu pernah berkata dia ingin dimakamkan di Makkah dan kini apa yang diingini menjadi kenyataan.
“Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, dan berikan dia syurga tertinggi, serta berikan kami kesabaran dan kemampuan untuk menahan rasa pedih kerana perpisahan ini,” demikian coretan Elkhateeb.
Melalui posting tersebut, ramai yang mendoakan mendoakan agar isteri Elkhateeb meninggal dalam husnul khotimah serta mendapat limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT.
Mak ayah mana yang tidak risaukan anak. Sebolehnya setiap masa mak ayah mahu perhatikan apa anak buat tapi jangan pula berlebih-lebihan. Beri anak kebebasan.