Berikutan berita kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu yang berpunca daripada penggunaan telur tamat tempoh, ramai warganet melahirkan rasakan kebimbangan. Malah semalam dilaporkan seorang mangsa puding buih pertama telah meninggal dunia akibat keracunan makan tersebut. Benar, ajal dan maut itu semua ketentuan Ilahi, namun tidak salah kita terutama ibu-ibu bersikap teliti dalam penyediaan makanan.

Ekoran itu, ramai yang melontarkan pelbagai persoalan mengenai jangka hayat telur yang dalam keadaan baik. Malah ada juga berkongsi pengalaman, telur dalam keadaan busuk walaupun tarikh lumut masih lambat, telur kuning cair dan sebagainya.

Cakna mengenai hal ini, kerana telur bahan asas dalam membuat hidangan utama kita terutama kek, puding dan biskut. Jika telur tidak dimasak dengan sempurna atau telur yang rosak boleh menjejaskan kesihatan.

Menerusi facebook Khairil Izham, ikuti lanjut panduan bagaimana untuk kita pastikan telur dalam keadaan baik.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Kenali Telur Rosak Atau Tidak. Alert 6 Tip Ini Supaya Selamat Untuk Dimakan.

Telur ayam mesti jadi kewajipan setiap rumahkan? Yela, kalau contoh tak ada lauk lain, masa singkat, kecemasan nak makan segera, mesti telur menjadi pilihan utama untuk disediakan selain sardin.

Tapi, adakalanya membeli stok telur yang banyak akan menyebabkan telur rosak jika tidak habis digunakan.

Cara paling senang nak tahu telur masih elok atau tidak adalah dengan cara memecahkannya. Tapi, cara ini agak menyusahkan jika yang dipecahkan adalah telur busuk/telur tembelang.

  1. UJI TELUR GUNA RENDAMAN 

Cara bagaimana untuk menentukan telur masih elok tanpa memecahkannya.

1. Sediakan sebuah mangkuk berisi air bersih. (air suhu bilik/air paip)

2. Masukkan telur yang hendak diuji ke dalam mangkuk berisi air tadi.

3. Lihat kedudukan telur berkenaan:

– Telur tenggelam ke bawah menandakan ia masih elok.

– Telur tenggelam ke bawah tetapi berdiri tegak menandakan ianya masih elok tetapi perlu dimasak dengan segera.

– Telur terapung ke atas menandakan ianya sudah tidak elok.

Kenali Telur Rosak Atau Tidak. Alert 6 Tip Ini Supaya Selamat Untuk Dimakan.
Masih segar, baru beli tadi.
Kenali Telur Rosak Atau Tidak. Alert 6 Tip Ini Supaya Selamat Untuk Dimakan.
Telur yang berdiri adalah dalam 2 ke 3 minggu

4. Sekiranya berasa ragu-ragu, cuba ambil telur yang terapung dan goncangkan. Jika terdengar bunyi kocakan bermakna telur sudah tidak elok.

IKLAN

Boleh juga rujuk gambar lukisan untuk tahu usia telur.

Kenali Telur Rosak Atau Tidak. Alert 6 Tip Ini Supaya Selamat Untuk Dimakan.

  1. Telur dalam keadaan baik terendam. Ini bermakna telur ini segar dan selamat digunakan.
  2. Telur tenggelam tetapi sedikit senget sudah seminggu disimpan.
  3. Telur tenggelam tapi posisi tegak sudah tersimpan lebih 2 hingga 3 minggu. (Penanda rongga udara di dalam telur semakin banyak)
  4. Telur sudah timbul ke permukaan air,  bermakna sudah rosak dan tidak boleh digunakan.

Seterusnya ikuti info tambahan daripada laman food-hacks.wonderhowto.com

*ALERT CARTA MUDAH NI.

Kenali Telur Rosak Atau Tidak. Alert 6 Tip Ini Supaya Selamat Untuk Dimakan.

3.UJI KUNING TELUR

Ada antara kita sudah terbiasa pecahkan telur terus ke kuali. Apa kata selepas ini, jadikan habit, pecahkan telur di mangkuk kecil dahulu sebelum menggoreng. Dengan cara ini kita dapat kesan telur yang tidak elok.

Kuning telur yang masih elok akan berwarna kuning terang dan bila dipecahkan akan terbentuk sempurna. Sebaliknya jika telur yang tidak elok, kuningya akan berwarna sedikit pucat dan cenderung ‘terlerai’ ketika kita pecahkan telur. Malah putih telur pun tidak selikat seperti biasa. Malah, ada juga telur yang mengeluarkan bau yang busuk atau orang dulu-dulu gelarkan ‘telur tembelang’.

Kenali Telur Rosak Atau Tidak. Alert 6 Tip Ini Supaya Selamat Untuk Dimakan.

4.GONCANG TELUR

Ada juga mempraktikan cara mengoncang telur ke telinga untuk menguji kesegaran. Sekiranya anda dapat mendengar bunyi pemendapan cecair di dalam telur, ia mungkin sudah rosak tetapi jika anda tidak mendengar apa-apa, telur itu dalam keadaan baik. Ini kerana telur yang baru biasanya ketika digoncangkan, tidak akan berbunyi kerana antara putih dan kuning telur masih “mengikat” antara satu sama lain.

IKLAN

5.TARIKH LUPUT

Kenali Telur Rosak Atau Tidak. Alert 6 Tip Ini Supaya Selamat Untuk Dimakan.

Alert juga mengenai tarikh luput pada bahagian bekas telur. Lazimnya tarikh luput ini ada dipasaraya tetapi agak sukar ditemui di kedai runcit biasa atau pasar borong. Jadi anda perlu bertanya bilakah tarikh telur itu diambil oleh jurujual tersebut.

6. KULIT TELUR 

Pegang dan perhatikan sekeliling kulit telur, jika ia mempunyai butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar, ia masih segar. Pastikan juga kulit telur tidak mempunyai sebarang keretakan untuk menjamin telur elok dan tidak tercemar.

Semoga panduan ini menjadi rujukan untuk ibu ayah ketika membeli dan sebelum memasak sebarang hidangan yang menggunakan telur.


IKUTI PERINGATAN DOKTOR INI.

Dalam pada itu, seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari turut melahirkan rasa kebimbangan menerusi facebooknya. Beliau juga turut berkongsi tip mudah untuk kita semua cakna ketika mengunakan telur.

Kenali Telur Rosak Atau Tidak. Alert 6 Tip Ini Supaya Selamat Untuk Dimakan.

Sejak dapat tahu ada ramai mangsa yang mengalami keracunan makanan berpunca dari penggunaan telur tamat tempoh dekat Terengganu baru ni sampaikan ada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), saya dah mula rasa tak sedap hati.

Setiap hari masa bertugas memang kami akan jumpa kes yang kritikal. Tapi kalau ada yang terpaksa dirawat kat ICU tu, kemungkinan besar pesakit tu sebenarnya sedang bertarung antara hidup dan mati.

IKLAN

Akhirnya semalam mangsa berusia 25 tahun tu disahkan dah pergi meninggalkan kita semua akibat kegagalan pelbagai organ dalam badan (multiorgan failure) disebabkan jangkitan kuman yang melampau (septic shock).

Saya yakin kita semua tak nak tragedi dasyat ni berulang balik pada sesiapapun, apatah lagi pada anak kecil kita atau ahli keluarga yang lain.

Sebab tu saya nak minta kita semua tolong periksa betul-betul telur yang ada kat rumah kita tu tiap kali sebelum masak:

👉 Tolong tengok dulu tarikh pada kotak telur tu kalau ada. Make sure belum expired.

👉 Pastikan tak ada tanda keretakan pada kulit telur tu.

👉 Tak ada kesan berlendir pada permukaaan kulit telur. Kalau ada, tu tanda bakteria dah mula rosakkan telur.

👉 Kalau dekat kulit telur tu ada lapisan berdebu, maksudnya dah mula berkulat.

👉 Cuba cium dulu. Kalau ada bau busuk dan hanyir, telur tu memang confirm dah rosak.

👉 Buang telur tu kalau perasan dah ada perubahan warna pada putih telur.

👉 Sebelum pecahkan telur tu, masukkan dulu dalam gelas atau bekas berisi air. Mana yang terapung je tak turun-turun, maknanya tu telur lama. Baik buang cepat cepat dan jangan ambil risiko gunakan telur tu.

Telur yang dah rosak berisiko tinggi untuk tercemar dengan macam-macam jenis kuman. Tapi antara yang paling kerap dan paling bahaya bila dah tercemar dengan kuman Salmonella.

Kalau terkena jangkitan kuman Salmonella tu, kita mungkin boleh demam, muntah, sakit perut dan paling dasyat sampai berlaku kematian seperti yang terjadi semalam.

Tolong #share info penting ni pada kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang lain jugak ye. Siapa tahu tindakan kecil yang kita buat ni dapat menyelamatkan banyak nyawa yang lain.

Sumber: Khairil Izham  food-hacks.wonderhowto.com dan Dr Ahmad Luqman Bukhari.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI