Trending kini ramai yang memilih untuk bercuti cara camping.  Setelah kerajaan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri tempoh hari ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti meneroka alam semula jadi.

Biasanya sungai atau pantai menjadi pilihan keluarga untuk camping. Namun yang menyedihkan sikap segelintir yang tidak prihatin menjaga alam sekitar.

Mereka sewenangnya membuang sampah dan sisa makana di sekitar kawasan camping. Malah ada yang tanpa bersalah membuang sampah ke sungai.

Kecewa sikap begitu kian tular dikalangan masyarakat Malaysia, lelaki ini  meluahkan rasa terkilan di facebook miliknya. Ikuti pesekongsian saudara Muhamad Azree Bin Abd Rahim ini.

Seronok Camping Bersama Keluarga Tapi Sampah Buang Bersepah. Luahan Lelaki Ini Bikin Netizen Terkejut!

Realiti kenapa ramai mula bergiat  dan  bercamping bukan sebab sekadar nak luangkan masa dengan keluarga, tapi sebab masing2 tahu poket tak berapa tebal nak sewa hotel mahal2 nak makan siakap sampai terkentut bayar riban2 ingatkan harga rm50 sepinggan anak bawak satu sampan.

sebab tu lah bomba dan JPAM busy sikit kali ni sebab limpahan pengunjung first timer ke lokasi2 piknik (air terjun, tasik, bukit, gunung, pantai even dalam kebun sekalipun) sampai cedera sana sini, lemas, sesak napas atas gunung.

apa yang mereka buat tu betul dah langkah bijak (berekreasi dan meluangkan masa dengan keluarga) tapi yg kurang bijak tu pulak bawak baby, lampin sekali ke pantai atau air terjun salin 3 4 kali. bawak barang berkati kati, tinggalkan sampah pun mengharapkan ada orang dah dibayar gaji jadi tukang kutip mcm balaci.

Hey, korang dah hebat sangat ke nak anggap tukang pembersih sampah tu selayaknya dipandang hujung2 mata je?

IKLAN

Mentaliti macam ni yang akan jadi domino effect kebanyakan lokasi sedia ada kotor akan terus kotor.

Saya tahu saya ni bukan sapa2 nak tegur. tapi xkan sampai dah takleh perbetulkan macam di Myanmar sana Kangkung pun tanam dalam Longkang air ungu kotor baru rasa nak menyesal?

Mereka negara miskin, boleh maafkan, kita negara semua ada Honda, ada MyVi n Kancil Turbo. Guna otak sikit.

Sampah bersepah 

Kalau pergi air terjun, sakit mata tengok dawai BBQ sandar pangkal pokok, lampin pakai buang anak cirit birit berbuntang celah akar pokok, puntung rokok jangan cerita, plastik air ceduk, bekas tupperware asam boi traffic light, jamban jangan cerita, habis kotor dibuatnya. tulang2 ayam bbq tu dah abis makan kalau tak dibakar ditanam lah dalam2. lalat!

please lah rakyat Malaysia, kita tahu kita takde duit tapi tak bermakna kita takde otak kan?
pantai di kuala selangor, pantai air papan, air terjun di belah hulu langat semua penuh dengan sampah. korang selera ke mandi and bawak anak kecik berlari tak pakai selipar terpijak sampah2 tu, kena kokak anjing, kena kembur monyet sampai luka sana sini, kencing tikus lagi.

IKLAN

proof that what im saying is wrong next time!
bawak balik sampah tu, jangan buang dekat tong sampah yang dah sedia ada melimpah tu. kalau jijik, jangan berangan nak piknik2 lagi.

Seronok Camping Bersama Keluarga Tapi Sampah Buang Bersepah. Luahan Lelaki Ini Bikin Netizen Terkejut!
foto ini diambil sepanjang kayuhan solo saya di pantai di Jeram Selangor.
nota kaki: saya dah kutip sampah tu semula dan masukkan ke dalam beg plastik n buang selepas ambil gambar ini.

Dalam pada itu netizen juga meluahkan rasa terkejut dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang bersikap begitu. Antara komen netizen.

“Teguran yg sgt bagus..mentaliti kebanyankan org di Malaysia…”org camping dia pun nak camping “..kesedaran sivik sgt rendah. Sampah sendiri xleh nk buang apa lagi nk tlg kutip sampah org..”
“Everything starts at home, children imitate their parents.” Mungkin kena belajar common sense, kita hidup bersama dalam masyarakat jadi kena fikir pasal orang lain bukan option tapi MESTI. Mengenali atau tidak bukan ukuran utk buat ikut suka hati. Agama pun tak ajar seseorang jadi KURANG AJAR DAN ADAB. Wallahu’alam.”
“Harap teguran ni dapatlah buka mata Kita semua.”

 

Moga jadi ikhtibar untuk kita menjaga alam sekitar. Camping-camping juga tapi sampah tu buanglah dalam tong yang disediakan.

IKLAN

Sumber: Muhamad Azree Bin Abd Rahim

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Seronok Camping Bersama Keluarga Tapi Sampah Buang Bersepah. Luahan Lelaki Ini Bikin Netizen Terkejut!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI