Selalunya kalau potong buah khususnya epal, nak elak dari buahnya berubah warna atau lebam kita akan rendam dengan air campur garam kan? Bukan hanya warna, kerangupannya juga kekal sama biarkan sudah lama potong.
Tapi tahu tak, sebenarnya selain dari petua guna air garam, ada cara lain lagi tau boleg guna untuk elak buah epal lebam. Nak tahu cara lain tu kena lah baca di bawah ni! Bukan 1, 2 tapi 4 petua kami bagi tau… Jom tengok caranya!
PETUA ELAK EPAL LEBAM BUKAN GUNA AIR GARAM JE, ADA CARA LAIN
1. AIR GARAM
Petua ini paling senang dan biasa orang buat. Caranya mudah sahaja iaitu sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap.
Rendam dalam 5 minit kemudian toskan. garam jangan terlalu banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak sahaja ya.
2. MADU
Kalau tak suka buah epal jadi masin, bolehlah gunakan madu sebagai pilihan. Caranya pun mudah iaitu campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa.
Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.
3. JUS LEMON
Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah. Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4. PISAU TAJAM & LIMAU NIPIS
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum itu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua di atas juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Suami isteri tentunya mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza di dalam mendidik hatta menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak. Umumnya ibu dilihat sebagai guru yang penuh dengan kasih sayang dan suami pula karektornya lebih tegas seperti seorang guru disiplin.
Walau wujud perbezaan cara dan tindakan, suami mahu pun isteri perlu sama-sama menjalankan tugas untuk membimbing anak-anak. Namun jika ada yang beranggapan tugas mendidik dan memberi teguran sesuai diserahkan bulat-bulat pada isteri, ia sesuatu yang sangat merugikan!
Menurut Parenting Influencer Encik Mohd Fhais Salim, bahawa peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak-anak bila anak ada buat silap. Ini kerana ada beberapa perkara yang cukup istimewa ada pada seorang ayah dan jika tidak digunakan amatlah rugi.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita
Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga (self-esteem)
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak.
Jangan alpa, tegur untuk melentur!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.