10 malam akhir dah hampir ke penghujungnya. Sepatutnya malam berbaki ini adalah puncak kesungguhan kita dalam beribadah.
Tak boleh nak bersenang lenang kerana perjuangan kita belum selesai.Inilah masanya untuk kita memperhebatkan lagi amal ibadah, memperbanyakkan lagi amal soleh, mendulang lautan pahala, menggugurkan dosa-dosa dan menjadi insan yang pemurah.
Ads
Tahajjud, tahajjudlah bersungguh-sungguh. Taubat, taubatlah sesungguh hati.
Doa, doa sungguh-sungguh penuh harapan. Baca al-qur’an, baca penuh penghayatan.
Zikir, zikirlah sepenuh hati yang tawadhuk. Sedekah, sedekahlah bersungguh-sungguh.
Tiada waktu untuk dibazirkan kerana saat perpisahan semakin dekat.
Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, “Bagaimana bisa seorang mukmin tidak menitis air mata ketika berpisah dengan Ramadhan.. Sedangkan dia tidak tahu apakah masih ada sisa umurnya untuk berjumpa lagi “.
Ramadhan yang mulia hampir berangkat pergi, Segeralah menambah amal agar tak merugi, Sempurnakanlah apa yang masih berkurangi, Biar diri menjadi hamba yang Allah sayangi, Bukan hamba yang Allah benci lagi dimurkai. Menangislah dalam taubat yang menginsafi. Moga Allah mengampuni dan meredhai…
Ads
DOA RASULULLAH SAW DI SAAT BERPISAH DENGAN RAMADHAN
Ads
Syahdunya doa Rasulullah SAW di saat akan berpisah dengan Ramadhan 😭😭
للَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
“ Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadhan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi dan jangan jadikan aku orang yang Engkau murkai “.
Hebatkan lagi amalan di malam-malam akhir ini dan rebutlah pahala SEDEKAH LUAR BIASA di penghujung Ramadhan.
Sebut sahaja pasal gathering, mesti tergambar dibayangan tentang majlis perjumpaan keluarga besar atau kawan-kawan lama yang disambut meriah dengan pelbagai acara dan aktiviti.
Bagaimana pula dengan gathering haiwan peliharaan? Tentu kita tidak menyangka, dan hakikatnya telah pun diadakan buat sekian kalinya oleh komuniti CGIG.
Dan penganjuran kali ini, Majalah Keluarga dengan membawa kempen #keluargacare telah berjaya membawa misi dalam melakukan aktiviti bermanfaat bersama-sama ahli keluarga dengan menjayakan program sepertinya ini.
Kempen #keluargacare juga berharap dengan adanya aktiviti seperti ini akan mampu mendidik masyarakat untuk lebih cinta, sayang, prihatin pada si bulus dan sekali gus menjadi medium untuk ahli keluarga meluahkan rasa kasih dan sayang pada haiwan peliharaan dengan sebaik mungkin.
Istimewa gathering ini ia berjaya menemukan lebih 50 Keluarga bersama kucing peliharaan mereka di satu majlis yang cukup santai. Kucing pelbagai spesis dilepas bebas, bermesra dengan semua yang ada dan senario ini mencuri tumpuan dan perhatian pengunjung tasik. Sekali gus mendekatkan pencinta kucing dengan masyarakat umum.
Merakam gambar kenangan bersama
AKSI SI BULUS
1..2..3…smile
Manja di bahu
Datang siap pakai baju lagi….cute sangat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Segalanya bermula dengan usik-mengusik di sekolah, akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin. Selamat disatukan sebagai suami isteri yang sah sabtu lalu, Muhammad Hazim Shahidan, 21, bertemu jodoh dengan bekas gurunya, Siti Aishah Pakechik.
Menurut Hazim, isterinya dahulu adalah guru bagi subjek Fizik di sekolah. Dia selalu mengusik dan bergurau kononnya mahu masuk meminang namun tidak diendahkan oleh Aishah.
“Hubungan kami mula rapat selepas saya tamat SPM. Saya selalu keluar dengan seorang akwan baik dan Aishah selalu bagi nasihat supaya kami melanjutkan pengajian. Dari situ saya mula menyayangi Aishah. Tetapi dia menolak dan buat tak tahu sahaja.
“Sehinggalah umur saya 21 tahun, saya minta Aishah beri masa sehingga 5 tahun dan saya akan masuk meminang. Tapi dia anggap itu sekadar gurauan dan cakap kalau tunggu, tualah saya.
“Sehinggalah saya sambung pengajian ke sebuah kolej swasta kira-kira tiga tahun lalu. Walaupun saya cuba dekati Aishah tetapi dia tidak terima. Mungkin kerana faktor usia jadi halangan waktu itu.
“Cuma Aishah cakap pada saya kalau betul-betul serius jumpalah keluarga dan selepas famili setuju baru dia terima,” demi membuktikan kesungguhan untuk memperisterikan bekas gurunya itu, Hazim mula membuat simpanan menggunakan duit syiling dan hasil simpanan tersebut sebanyak RM477 dia menggunakan sebagai modal untuk berniaga kecil-kecilan.
Untuk permulaan, Hazim menjadi dropsip untuk tudung dan beg selain menjual sarung tangan dapat sambutan. Selain keikhlasan yang ditunjukkan kepada famili serta Aishah sendiri, Hazim turut memohon petunjuk akan jodoh mereka ketika melakukan umrah Disember tahun lalu.
“Ketika di Tanah Suci, saya berdoa agar Allah mempermudahkan niat saya untuk menghalalkan hubungan kami. Pulang dari menunaikan umrah, saya suarakan hasrat sekali lagi untuk mengikat tali pertunangan dengan Aishah. Alhamdulillah perjalanan jodoh kami lancar dan dipermudahkan. Tarikh 11 Ogos lalu, kami sah bergelar suami isteri.
“Pertama kali saya lihat isteri di kantin sekolah, saya dapat rasakan sesuatu yang istimewa tentang dia. Senyuman dan sifat penyayang dia berjaya memikat hati saya. Masa tu saya abaikan perasaan itu memandangkan dia guru saya. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana dia kini milik saya,” kata Hazim sambil berkata jarak usia antara mereka bukan penentu kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Tambah Hazim, yang penting keikhlasan, sentiasa bersikap jujur dalam perhubungan dan buktikan perasaan sayang itu melalui usaha.
Sementara itu, Siti Aishah berkata dia terbuka hati untuk menerima Hazim sebagai teman hidup selepas melihat keikhlasan dan kesungguhannya.
“Lama juga saya mengambil masa untuk menerima lamaran suami. Hanya selepas awal tahun ni baru saya benar-benar nekad dan terima lamarannya. Sedangkan dia sudah pernah menyuarakan hasrat beberapa tahun yang lalu.
“Keikhlasan dan kesungguhan dia berusaha untuk menghalalkan hubungan kami itu yang menyebabkan saya menerima lamarannya. Lagipun banyak yang dia korbankan sedangkan sebelum ini dia masih belajar. Daripada situlah yang membuatkan saya terpaut hati dan berani untuk menerima dia sebagai suami saya,”ujar Aishah sambal memberitahu suaminya kini bekerja sambilan selain berniaga kecil-kecilan.
Mengakui tidak pernah terbayang atau terfikir langsung akan berkahwin dengan anak muridnya sendiri, namun kuasa Sang Pencipta tiada siapa yang mampu menduga.
“Awalnya ketika suami melamar, saya hanya anggap itu gurauan dan abaikan saja. Waktu itu kami masih berstatus guru-pelajar dan dia pernah mengusik supaya tunggu dia 5 tahun sahaja kemudian kononnya dia akan meminang saya.
‘Waktu itu saya hanya jawab dengan ringkas, kalau tuggu kamu.. tua lah saya kalau macam tu. Tidak sangka selepas 5 tahun suami benar-benar mengotakan janjinya dan masuk meminang saya. Alhamdulillah kami telah bergelar suami isteri kini,” ulas Aishah lagi.
Terdahulu, majlis pernikahan pasangan ini menjadi tular selepas beberapa keping gambar pre wedding dan video akad nikah mereka dikongsi salah seorang rakan Hazim, Izzat Herman di Twitter.
Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat media sosial selepas berkongsi foto dirinya bersama suami, Shaheizy Sam serta anak-anak di majlis perkahwinan adiknya, Syifa Melvin dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid.
“Semua Gambaq Family Dia Macam Tu..”
Menurut Syatilla, dia tidak sangka anak perempuannnya, Sarima Samheizy akan memberikan mimik muka sedemikian dalam semua foto keluarga yang dirakam sepanjang majlis tersebut.
Cetus Rasa Terhibur
Di ruangan komen, rata-rata peminat dilihat memberikan komen yang mencuit hati melihat gelagat Sarima yang dikatakan copy paste sikap ibunya, Syatilla.
Sekadar info, adik kepada Syatilla iaitu Syifa Melvin telah selamat bernikah dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta;zim (JDT), Safawi Rasid, malam tadi. Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa Syatilla dan Syifa sendiri iaitu Amirol Melvin Abdullah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.