Dibohongi memang susah untuk diterima dan sangat menyakitkan lebih-lebih lagi oleh orang yang paling kita percayai.
Jika anda merasakan bahawa suami anda sedang menyembunyikan sesuatu dari anda, baca tips berikut.
Mungkin boleh membantu anda mengetahui sama ada suami anda sedang berbohong atau tidak.
Gambar Sekadar hiasan
1. Berhenti seketika sebelum menjawab soalan
Ciri yang satu ini petanda kebohongan yang paling umum. Berhenti seketika biasa digunakan untuk mencari alasan yang sesuai. Bahkan jika suami sudah mempunyai alasan kukuh, namun otaknya tetap memerlukan waktu untuk mengingat kembali apa yang sudah sedia tersusun.
2. Menutupi wajah
Faktanya, beberapa ciri-ciri di wajah kita boleh memberi tindakan ketika kita gugup. Jika suami tiba-tiba menggosok-gosok mata, menggaru hidung atau meletakkan tangan di mulut saat menceritakan kisah yang seolah-olah direka, memang anda patut rasa curiga!
3. Tidak mahu melihat mata isteri
Ketika suami tidak mahu mengakui apa yang mungkin telah dilakukan, lihat air muka atau lebih tepat matanya. Jika dia mengelak untuk bertentangan mata semasa bercakap pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.
Ads
4. Berpeluh-peluh
Jika suami tiba-tiba berpeluh (padahal cuaca tidak panas), kemungkinan dia sedang berbohong. Berpeluh adalah salah satu tanda orang sedang gugup atau takutkan sesuatu. Mungkin juga gugup untuk bercakap yang benar dengan anda kan?
5. Cerita sering berubah
Setiap orang kadang-kadang boleh menjadi pelupa, namun jika cerita yang disampaikan suami sering berubah, jadi anda harus berwaspada.
6. Menjadi defensif
Ads
Saat ada yang ditutup-tutupi, suami akan mudah menjadi defensif, sehingga akan marah semula kepada isteri untuk menghindari pertanyaannya yang lebih lanjut.
7. Memberikan terlalu banyak maklumat
Kadang-kadang kerana berusaha keras untuk meyakinkan anda, suami akan memberikan terlalu banyak maklumat, bahkan menceritakan hal-hal yang tidak penting, seolah-olah mahu mengelak anda bertanyakan lebih lanjut.
8. Sering gelisah
Ketika takut rahsianya terungkap, suami nampak gelisah. Misalnya, menggoyang-goyangkan kakinya, mengambil dan memainkan sesuatu di tangan dan sebagainya bagi menutupi kesalahannya.
Ads
9. Tidak menjawab pertanyaan
Suami mungkin akan mencuba mengubah topik perbualan dengan hati-hati untuk menggelak pertanyaan anda yang lebih lanjut. Contohnya, buka cerita lain yang tiada kena-mengena dengan hal yang dibincangkan atau mengajukan pertanyaan kepada anda tentang hal lain yang tidak berkaitan.
10. Suara atau tingkah lakunya berubah
Anda tentu mengenal suami dengan baik. Jadi jika anda menanyakan sesuatu lalu tiba-tiba suara suami berubah nadanya, atau sikapnya tiba-tiba jadi aneh, maka boleh jadi suami sedang berbohong.
Jika 10 tanda di atas ada pada suami anda, sebaiknya jangan cepat melenting. Kena ingat, selesaikan dengan baik dan terus menuduh suami berbohong. Selidik terlebih dahulu sama ada betul atau tidak. Cari punca kenapa ia berlaku dan cari jalan supaya hubungan anda tidak keruh dek kerana masalah tersebut.
sumber: TheAsianParentsMalaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Azrinaz Mazhar Hakim tidak pernah lupa titip ucapan hari lahir buat Putera Abd. Wakeel. Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menitipkan ucapan istimewa buat anak lelakinya, Putera Abd. Wakeel yang menyambut ulang tahun ke-18.
Azrinaz Mazhar Hakim Titip Ucapan Hari Lahir Buat Putera Abd. Wakeel
Azrinaz, 44, turut memuat naik gambar bersama puteranya itu berserta ucapan dan doa.
“Selamat ulang tahun ke-18 kepada putera raja yang dikasihi. Semoga menjalani hari yang istimewa dan bahagia.
“Semoga dilimpahi dengan kasih sayang dan diberkati. Kehadiranmu sesuatu yang amat bermakna dalam hidup dan berasa bersyukur kerana memilikimu. Saya menyayangimu selamanya,” tulisnya di Instagram.
Perkongsian Azrinaz mencuri perhatian rakan artis dan juga warga maya. Ramai turut mengucapkan selamat ulang tahun buat anakanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu.
Untuk info Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005, sebagai isteri kedua. Bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.
Selain Putera Abd. Wakeel, Azrinaz turut memiliki seorang anak perempuan bersama Sultan Brunei iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Azrinaz mendirikan rumah tangga semula bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan, Azrinaz dan suaminya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 5 dan Atheera Medinah, 3.
Hubungan suami isteri adalah ikatan yang sungguh murni. Segala kehidupan yang dilalui bersama akan meninggalkan momen yang indah. Kenangan yang menjadikan hubungan suami isteri itu dipenuhi kasih sayang.
Namun, bukan mudah untuk memastikan hubungan itu kekal hingga till jannah. Ia memerlukan persefahaman dan saling lengkap melengkapi antara satu samal lain.
Perkongsian ini amat sweet untuk dijadikan sebagai pengikat kasih suami isteri. Sesuai dilakukan pada waktu pagi.
5 TIPS MENGIKAT KASIH SAYANG SUAMI ISTERI DI WAKTU PAGI
1. Bangun pagi sama-sama. Kejutlah antara satu sama lain kalau ada yang bangun lebih awal. Boleh #tahajjud & doa bersama.
Biarkan pasangan tidur sampai tak solat subuh bermakna anda mengundang dosa. Kata nak till Jannah kan?
2. #Solat Subuh bersama kalau tak sempat ke Surau/Masjid. Yang tak biasa cuba biasakan, InshaAllah akan jadi mudah & seronok. Rezeki pun mudah lebat tau.
3. Pandang & senyumlah pasangan anda. Dia punya aura #positif & semangat bekerja tu lain macam nanti. Yelah, senyumkan sedekah. Say cheese!
4. #Salam & Peluk. Cukup sekadar 10 saat pun tak apa. Nak lama-lama tunggu malamlah. Hehe.
Kata pakar, peluk isteri boleh panjangkan umur suami & boleh kurangkan berat badan isteri. Pelukan boleh hasilkan pelbagai hormon termasuk hormon endorfin yang baik untuk kesihatan.
Dan bermesra dengan isteri juga sunnah Rasulullah SAW.
5. Doakan yang baik-baik untuk pasangan. #Doa yang baik merangsang semangat & motivasi untuk bekerja.
Sumber: FB Farid Rashidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak mudah menerima takdir, anak yang ditatang bagai minyak penuh kini berdepan dengan penyakit yang cukup digeruni. Namun, siapa kita mampu menolak ketentuan takdir, berat mata memandang berat lagi bahu keluarga ini memikulnya.
Betapa tabah dan kuatnya si ayah dalam mengharungi dugaan apabila anak sendiri diduga dengan penyakit kronik. Namun apa yang cukup menyentuh hati adalah ayah ini sanggup membotakkan rambut demi anaknya yang telah disahkan menderita kanser tulang. Anaknya yang kini mengalami keguguran rambut dan botak kesan dari rawatan kimoterapi.
Kisah keluarga ini dimuat naik oleh saudara Mohd Fadhil, yang merupakan kawan kepada
Jeffri Senin. Menurut Mohd Fadhil, anak kawannya ini yang bernama Rayyana kini berumur 9 tahun.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mak ayah mana yang hendak lihat anak merana dalam kesakitan.
Hatta dahulu waktu kecil, seekor nyamuk tidak akan dizinkan untuk hinggap pada kulit anak. Itulah pengorbanan ibu dan ayah.
Itu yang berlaku kepada sahabat aku Jeffri Senin. Beliau di uji dengan anaknya Rayyana yang sedang menghidap kanser tulang. Rayyana sekarang berusia 9 tahun. Sahabat aku ni orang Kulai.
Kau orang bayangkan seorang kanak-kanak diberi rawatan kimoterapi. Dalam jadual, Rayyana akan di Kimo sebanyak 14 kali, 3 minggu sekali selama setahun. Kimoterapi ni orang kata panas.
Adik Rayyana telah menjalani Kimo yang kali pertama rambutnya telah mula gugur dan kepalanya botak. Paling aku sayu dan terkesan bapanya turut membotakkan kepala.
Aku yakin, Jeffri Senin bapa kepada Rayyana ini sedang meraikan dan menghiburkan anaknya supaya anaknya rasa ada geng botak bersama. Sungguh besar pengorbanan kau bang.
Hari ini, Rayyana ambil ujian sekolah agama. Ibu ayahnya beri full support kepada Rayyana. Lulus atau gagal itu nombor dua. Semangat Rayyana itu yang penting.
Aku doakan abang Jeffri Senin dan isteri dapat terus kuat dan tabah. Kepada adik Rayyana, percayalah seluruh rakyat Malaysia yang membaca ini sedang mendoakan adik abang comel ini.
Kepada rakan dan follower saya yang ingin menyumbang apa sahaja, boleh terus hubungi atau pm ayah Rayyana, abang Jeffri Senin.
Ayuh kita ringankan tulang membantu bersama. Paling kurang kita share tulisan ini agar ada insan yang pemurah dapat membaca dan menyumbang.
Di sini saya siapkan nombor akaun abang Jeffri Senin
7057107251 – CIMB – Jeffri senin
Hari ini hari mereka. Esok lusa hari kita. Tinggalkan kata kata semangat kepada abang Jeffri dan Rayyana di ruang komen.