Sebagai ibubapa, sebenarnya anda boleh menjadikan mainan sebagai alat bantuan untuk mengasah kemahira di samping meneroka bakat terpendam mereka. Permainan yang baik bukanlah sekadar menyeronokkan, malah ia juga memberi banyak manfaat untuk kanak-kanak.

Menurut kajian, dalam membenarkan kanak-kanak bermain dengan alatan permainan sangat penting untuk pembentukan fikiran dan pembangunan minda kanak-kanak.

Bacaan menarik: ‘Betul Ke Saya Hadapi Masalah Kewangan Yang Serius?’ Kenali 6 Simptom Ini Supaya Tahu Nak Rancangan Kewangan Dengan Betul.

Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim. . Nak tahu lanjut, jom ikuti panduan ini.

Mainan murah tapi mahal manfaatnya.
Hah, ingat mainan mahal-mahal semua bagus ke. Sebenarnya mainan yang murah-murah lagi banyak manfaat dari mainan mahal tau.
Apa sahaja mainan yang anak boleh buat pretend play, itu la mainan yang paling bagus untuk anak 6 tahun ke bawah.

5 sebab pretend play bagus untuk perkembangan anak-anak.

Buat Apa Malu Beli Mainan Murah, Yang Penting Anak Boleh Berimaginasi Sambil Beraktiviti.

1. Asah kemahiran sosial
Dia berlakon konon-konon memasak, jadi doktor, jadi cashier semua tu sebenarnya dia sedang asah kemahiran sosial dia.
Dari cara bercakap sampai la kepada cara nak menerima arahan dari orang lain. Itu semua kemahiran sosial.
Walaupun dia cakap sorang-sorang, tapi dia sedang berimaginasi bercakap dengan orang lain. Hah, masa tu perkembangan sosial dia akan meningkat.

IKLAN

2. Latihan bahasa
Masa anak buat pretend play cuba tengok dia bercakap. Selalunya lebih lancar, lebih petah dan lebih banyak cakap dari biasa.
Ini kerana ketika buat pretend play sebenarnya dia sedang sungguh-sungguh menjiwai watak tersebut.
Makin dia jiwai watak, makin banyak latihan bahasa dia dapat. Masa pretend play ni juga anak banyak buat eksperimen bahasa dia.

3. Belajar kawal emosi
Main sorang-sorang pun kadang macam main ramai orang. Nada suara, gaya tubuh, cara bercakap dia berubah-ubah..
Contoh kalau main pretend bawa kereta, dari kereta tu laju siap ada bunyi broom broom…..
Sampai la kereta tu nak terjatuh gaung, oh no. Jatuh dalam slow motion pulak tu.
Daripada emosi bawa kereta laju sampai nak terjatuh tu, anak belajar untuk kenal emosi teruja dan suspen. Kadang dia belajar emosi gembira, sedih, marah dan sebagainya.
Pretend play bagus untuk kematangan emosi anak-anak.

4. Jadi senaman fizikal dia
Pretend play ni bukan terhad pada alat mainan yang tak banyak bergerak je tau, ada juga pretend play yang gasak juga.
Contoh macam jadi askar, jadi bomba, jadi adiwira. Kalau dapat mainan ni, memang tak duduk diam punya anak-anak kita.
Segala panjang akal dia bermain itu la jadi senaman fizikal dia hari-hari. Makin kuat dan sihat la anak kita lepas tu.
Cuma kena sabar la kalau rumah sepah dan bising selalu. Huh!

5. Kemahiran berfikir berkembang
Ingat senang ke nak berimaginasi? Imaginasi ni perlukan kemahiran visual dan kreativiti otak yang tinggi. Anak yang boleh fokus dan kreatif sahaja boleh buat pretend play ni.
Main pretend play ni lebih banyak kembangkan kemahiran kreativiti otak anak kita berbanding lego, monopoli, puzzle, dan permainan canggih lain.
Tidak ada peraturan, tidak ada sekatan. Perkembangan anak kita tak terbatas, unlimited learning. Terbaik untuk otak anak kita ni.

IKLAN

Masa anak buat pretend play tu jangan kacau pula, melainkan kita di jemput.
Kalau di ajak main sekali pretend play dia hah, layankan sahaja la. Walaupun main masak-masak.
Ikut kajian anak yang bermain dengan orang dewasa perkembangan mereka jadi 2 kali ganda lebih cepat berbanding main sorang-sorang.
Mainan murah tak apa, janji banyak manfaat.
Wallahu A’lam

Sumber: Mohd Fhais Salim

 

IKLAN

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Buat Apa Malu Beli Mainan Murah, Yang Penting Anak Boleh Berimaginasi Sambil Beraktiviti.

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Buat Apa Malu Beli Mainan Murah, Yang Penting Anak Boleh Berimaginasi Sambil Beraktiviti.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI