Cepat betul masa berlalu, terasa baru semalam ada antara kita menghantar anak-anak ke sokolah tadika dan tidak sangka hanya berbaki beberapa minggu lagi anak-anak ini akan melangkah ke darjah satu pula.

Sebagai ibu bapa, sudah bersediakah anda untuk melepaskan anak jagaan anda untuk memasuki alam persekolahan? Begitu juga jika ditanya tentang persiapan kita untuk memastikan anak selesa dan biasa di minggu-minggu pertama persekolahan.

Anak Nak Masuk Darjah Satu Tahun Depan, Cikgu Ni Listkan Apa Persiapan Ibu Ayah Kena Buat Sekarang. Barulah Tak Kalut!

Jika masih ragu apa yang perlu dibuat, perkongsian posting fb daripada seorang cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Asmadi Samad ini boleh dijadikan panduan.

1. Tuliskan nama bagi setiap barangan peribadi anak-anak terutama barangan berikut:
– Kasut sekolah
– Alat tulis seperti pensil, pembaris, gam dan pensil warna
– Botol air dan bekas makanan.
– Dompet atau beg menyimpan wang saku.

IKLAN

Nama perlu ditulis untuk memastikan barang-barang ini dapat bertahan lama, tidak hilang atau tertukar dengan murid-murid lain. Ia juga membolehkan barangan ini ditemui semula jika hilang.

2. Latih anak-anak menggunakan dompet untuk menyimpan wang saku. Murid-murid sering tercicir wang saku di sekolah. Murid sekolah rendah adalah sangat jujur. Mereka akan menyerahkan dompet atau wang yang dijumpai kepada guru-guru. Lebih mudah untuk mengesan pemilik dompet yang ditemui berbanding wang yang ditemui begitu sahaja tanpa diisi di dalam dompet.

Anak Nak Masuk Darjah Satu Tahun Depan, Cikgu Ni Listkan Apa Persiapan Ibu Ayah Kena Buat Sekarang. Barulah Tak Kalut!

IKLAN

3. Latih anak-anak mmemberanikan diri meminta izin untuk ke ke tandas. Beri contoh ayat yang jelas dan ringkas kepada mereka contohnya,
“Cikgu, nak pergi tandas” atau “Cikgu, nak kencing”.

4. Latih anak-anak mengurus diri sewaktu ke tandas. Untuk anak lelaki pastikan mereka boleh membuka tali pinggang sendiri dan memasangnya semula. Berhati-hati bila memakaikan tali pinggang kepada mereka. Jangan terlalu ketat sehingga mereka tak mampu membukanya sendiri. Selalu juga berlaku anak lelaki terbuang air di dalam seluar kerana gagal membuka tali pinggang yang diikat terlalu kemas.

Yang ni agak ‘sensored’. Tapi sangat perlu dititikberatkan untuk mengelakkan kecederaan. Tapi lupa nak bagitahu semasa taklimat tadi. Anak-anak lelaki perlu dibiasakan memakai seluar dalam dan berhati-hati dengan zip seluar. Kerap kali kecederaan berlaku pada bahagian sulit mereka kerana tidak berhati-hati sewaktu menutup zip seluar. Kecederaan boleh diminimakan dengan memakai seluar dalam.

IKLAN

5. Pastikan anak anda menyimpan nombor telefon anda dan pasangan anda untuk dihubungi. Nombor telefon tersebut boleh di tulis pada beg sekolah atau disimpan dalam dompet anak-anak. Tulis nama penuh anak dan nombor telefon untuk dihubungi pada beg sekolah anak-anak. Ini kerana pada awal-awal musim persekolahan seringkali juga berlaku beg sekolah ditinggal di merata-rata tempat terutama di kawasan menunggu. Ia juga membantu para guru menghubungi ibubapa sekiranya berlaku kecemasan di luar waktu pejabat.

Anak Nak Masuk Darjah Satu Tahun Depan, Cikgu Ni Listkan Apa Persiapan Ibu Ayah Kena Buat Sekarang. Barulah Tak Kalut!

Semoga perkara di atas dapat membantu rakan-rakan sekalian mempersiapkan anak-anak untuk menempuh alam baru dalam siri perkembangan kehidupan mereka. Dan kita jadikan alam persekolahan sebagai fasa yang paling bermakna dalam kehidupan mereka.

Sumber : Asmadi Abdul Samad
XPDC Darjah 1.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI