Secara umumnya, cecair antiseptik pembersih mulut digunakan untuk berkumur demi memastikan kebersihan bahagian ini lebih sempurna.
Namun begitu, melalui perkongsian Shairy Hanapiah beliau mendedahkan ada banyak lagi kegunaan cecair ini selain mencuci mulut. Memang awesome!
1. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah
Jika rasa malas hendak basuh tong sampah di rumah dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit cecair pencuci mulut. Kemudian, tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Cecair tadi akan menyerap bau tersebut.
2.Membasmi kuman pada mangkuk tandas
Cecair antiseptik ini bukan hanya boleh membasmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Caranya, tuangkan sedikit dan sental mangkuk tandas dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
3.Bersihkan skrin tv atau monitor komputer
Caranya semburkan sedikit cecair pembersih mulut ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
4. Membasmi kuman pada berus gigi
Berus gigi sering digunakan untuk menghilangkan kekotoran dan kuman pada gigi, tapi bagaimana pula jika berus gigi yang digunakan itu pula berkuman? Tuangkan sedikit cecair antiseptik ini ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi tadi selama 2-3 jam ia membantu mematikan segala kuman dan bakteria yang ada.Kaedah ini juga boleh anda gunakan untuk membersihkan berus solekan mahupun sikat rambut.
Ads
5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan cecair pembersih mulut ini dengan air dan semburkan ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
6. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Bagi anak-anak kecil yang sering digigit nyamuk atau semut. Boleh sapukan sedikit cecair ini di bahagian yang terkena gigitan serangga tersebut. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
7. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika telah mencuba pelbagai produk pencuci muka namun tidak berkesan, boleh cuba gunakan cecair antiseptik pula.Caranya, sapukan sedikit cecair ini ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Hasilnya, jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang.
Ads
8. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Ia akan menghilangkan bau busuk dan memberikan bau yang lebih segar.
Kemudian bolehlah disabun dengan sabun seperti biasa. Bilas bersih dan hasilnya ketiak anda akan bebas bau peluh biarpun anda tidak memakai deodoran.
9. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan cecair antiseptik ini secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya.
Ads
Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Apa yang penting ia lebih menjimatkan daripada membayar rawatan bagi kulit kepala di salun.
Kesan sejuk (menthol) yang ada dalam ubat kumur akan memberi kelegaan pada kulit kepala dan memudahkan kuping kelemumur tanggal ketika anda bersyampu.
10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan cecair ini ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Atau, rendamkan kaki di dalam air hangat yang dicampurkan dengan sedikit ubat kumur. Amalan ini bukan saja melegakan urat saraf kaki bahkan berkesan untuk menghilangkan masalah kaki berbau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lapang dan lega rasanya bila kita dapat tahu sekiranya bulan ini adalah bulan terakhir pembiayaan kereta atau motosikal yang perlu dilunaskan. Memang tidak tergambar betapa kita bahagia kerana lepas satu beban setelah bertahun-tahun membayar loan kereta kepada bank. Jadi selepas ini, adalah lebihan duit untuk disimpan atau dibelanjakan untuk kegunaan lain.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu ada satu perkara penting yang perlu dilakukan apabila sudah langsai segala pembayaran pinjaman untuk pastikan kenderaan tersebut menjadi milik sepenuhnya. Ini sebagaimana info yang dikongsikan oleh Nadia Izzati.
Perkara Kita Perlu Buat Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta atau Motosikal
Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?
Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.
Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.
Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?
Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.
Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.
Prosedur E Batal
Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.
Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?
Kesimpulannya,
Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik.
Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.
P/S : Boleh call JPJ untuk double confirm. Lain tempat lain caranya. COVID-COVID ni stay at home.
Perkongsian seorang ayah melatih anak perempuannya dalam aktiviti air atau surfing meraih perhatian ramai. Walaupun masih kecil, namun anak ini sudah menampakkan minat dalam bidang tersebut. Sebagai ibu bapa pasti memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
Perkongsian video viral di Tiktok ini menunjukkan kanak-kanak bernama Ulya mahir dalam aktiviti air iaitu surfing sejak usia muda. Memang hebat dan mendapat pujian ramai.
Sementelah kanak-kanak tersebut baru sahaja berusia 5 tahun namun sudah mahir dan nampak tidak kekok beraksi.
Dalam masa yang sama, ada yang tersentuh hati dengan cara si ayah yang begitu prihatin dan memberikan kata-kata semangat supaya si anak tidak takut dan teruskan dengan aktiviti air tersebut.
Selain Ulya, seorang lagi anaknya bersama Aula juga mempunyai kemahiran yang sama dalam aktiviti air ini.Perkongsian video memaparkan Aulia begitu cekap berdiri di atas papan surfing mengawal keseimbangan di atas ombak begitu membanggakan sekali!
Perkenalan singkat pasangan ini akhiirnya menyatukan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Dengan sekali lafaz pelakon drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq, 26, dan pilihan hatinya, anggota polis bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff, 31 sah bergelar pasangan suami isteri di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Pasangan sama padan sama cantik ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah kira kira jam 9 pagi tadi disaksikan 18 orang tetamu.
Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.
“Alhamdulillah biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini.
“Cuma selepas mengikat pertunangan sekitar awal Mac lalu, kami sepatutnya merancang pernikahan Ogos lalu. Tapi banyak benda yang tergendala rentetan Perintah Kawalan Pergerakan dan seterusnya. “Akhirnya dianjak ke bulan ini. Semoga fasa baru kami ini akan terus membahagiakan. InsyaAllah, “ kata
pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu. Raja Afiq atau nama penuhnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali berkenalan dengan isterinya yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia menerusi instagram.
“Isteri seorang yang memahami, lemah lembut dan baik. Pendek kata saya menyenanginya,” katanya.
Sementara itu, Soffwany berkata, Afiq, seorang yang sangat memahami kepadatan jadual kerjanya membuatkannya jatuh hati dan selesa. “Sikap Afiq ‘sweet’, selalu mengambil berat dan tidak terlalu memberi tekanan kerana saya sentiasa sibuk dengan tugasan,” katanya ketika ditemui usai majlis nikah mereka ketika diraikan di sebuah dewan di Plaza Jelutong.
Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada 20 September depan. Ditanya mengenai anak, kedua-dua mereka mengakui tidak merancang dan menerima rezeki Tuhan bila bila masa. Dalam pada itu, pasangan ini dijangka mengadakan majlis bersanding pada Januari depan sama ada di KL atau Ipoh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di