Pelbagai gelagat dan gaya sang suami apabila diminta membeli barang dapur ketika PKP ini. Bagi yang dah biasa ke pasaraya pasti bagi mereka hal sebegini ‘kacang’ je, beri je list barang yang diperlukan, sepantas kilat mereka akan melaksanakannya tanpa sebarang masalah.

Tetapi tidak kepada para suami yang sebelum ini hanya tahu menunggu di kereta atau atas motor. Atau bagi mereka yang hanya tahu menghulurkan duit belanja dapur, selebihnya tahu lah isteri yang menguruskan.

Tetapi kali ini segalanya bertukar, ada yang mengambil masa untuk membezakan halia dengan lengkuas, daun sup dengan daun ketumbar. Lucu kan bila ada sahaja troll yang dibuat netizen berkenaan hal ini, tak kurang yang mengutuk. Tetapi ketahuilah, walaupun suami tak pandai namun mereka ada inisiatif untuk melakukannya. Ketika ini baru mereka tahu bagaimana situasi isteri apabila membeli barang dapur.

Berbanggalah bila suami anda keluar membeli barang dapur sendirian, jangan dimarahi apabila tersalah membeli sebaliknya bersyukur kerana dia masih dan tetap melaksanakan tanggung jawabnya sebagai ketua keluarga.

Perkongsian dari puan Izyan Izdihar Shaarani cukup menarik untuk manfaat bersama.  Walau Diminta Beli Daun Sup Bawa Balik Daun Ketumbar, Bersyukurlah Suami Sanggup Redah Roadblock, Beratur Panjang Demi Keluarga!

 

IKLAN

Sebenarnya kan… saya suka je lawak lawak suami tersalah beli barang dapur apa segala tu. Bukan isteri tu nak aibkan suami dia ke apa..saya rasa kebanyakkannya seronok seronok aje berkongsi cerita. Alah, kadang suami tu sendiri yang seronok seronok share dia tak kenal itu..tak kenal ini..gelabah isteri pesan itu..isteri pesan ini.. chill la…seronok apa tengok gelagat rakyat Malaysia ni.

Bila tengok orang upload gambar suami suami kena beratur nak beli barang tu pun, saya senyum juga.

Saya bangga!

Saya bangga melihat ketua ketua keluarga yang bertanggungjawab dan menggalas tugas memastikan anak isteri selamat di rumah, dan sanggup merisikokan diri mereka dengan membeli barang keperluan untuk sekeluarga.

IKLAN
Walau Diminta Beli Daun Sup Bawa Balik Daun Ketumbar, Bersyukurlah Suami Sanggup Redah Roadblock, Beratur Panjang Demi Keluarga!
Gambar hiasan.

Bersyukurlah. Walaupun kadang suami kita tersalah beli satu dua benda, tapi kita kena banyak banyak syukur kerana sekurang-kurangnya kita ada suami yang bertanggungjawab yang sanggup keluar musim musim PKP ini, beratur, redah roadblock, jam, panas, semata-mata untuk belikan apa yang kita dan anak anak minta.

Kakak kakak, percayalah, bukan semua orang ditakdirkan ada suami yang bertanggungjawab seperti suami kita.

Kadang, ada isteri yang terpaksa keluar sendirian membeli barang keperluan harian dan meninggalkan anak anak di rumah tanpa ada yang jaga kerana suami mereka merupakan frontliner dan perlu bekerja. Itu pun kasihan juga. Itu, memang suami isteri adalah hero negara. (Thank you 🙏)

IKLAN

Tapi, paling sedih, memang ada antara kita yang diuji dengan suami yang taknak bersusah. Ah malaslah, nak kena beratur panjang, awak ajelah yang beli. Ah, malaslah, kena lalu roadblock, jalan jam, awaklah pergi.

Walau Diminta Beli Daun Sup Bawa Balik Daun Ketumbar, Bersyukurlah Suami Sanggup Redah Roadblock, Beratur Panjang Demi Keluarga!
Gambar hiasan

Jadi,

Bersyukurlah kalau suami kita dengan machonya menggalas tugas ketua keluarga tu. Walaupun disuruh beli daun sup dibawa baliknya daun ketumbar, sekurang-kurangnya dia adalah suami yang bertanggungjawab dan taknak susahkan kita suruh kita pula yang beratur panjang-panjang dan angkut barang banyak banyak di pasaraya sana.

Sayangilah suami anda. Jika tidak, akan ada orang lain yang akan menyayanginya.

Kahkahkah!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI