Membina sesebuah rumah tangga yang harmoni sangat diimpikan oleh semua pasangan lebih-lebih lagi apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus.
Ada antara mereka yang menganggapnya sukar dicapai kerana memasuki alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan penyertian dan pengorbanan yang tinggi dari semua sudut malah faktor kewangan sangat memainkan peranan utama dalam perhubungan.
Namun jika suami isteri istiqomah melaksanakan perintah Allah SWT, insya allah mencurah-curahlah rezeki yang datang.
Untuk memastikan rezeki dalam hubungan suami isteri mengalir dengan mudah dan melimpah ruah, pastikan anda dan pasangan melakukan amalan ini.
1. Niat Berkahwin Kerana Alllah
Berkahwin merupakan salah satu pintu rezeki kerana ia mampu menyatukan hati dua insan dalam satu tujuan iaitu mencapai keredaan Allah SWT. Jika ingin rumah tangga anda terus mengalirkan rezeki yang luas, ikhlaskan niat anda dan pasangan berumah tangga kerana Allah SWT.
2. Sentiasa Menggembirakan Pasangan
Tarikan utama rezeki dalam rumah tangga bergantung kepada suami dan isteri itu sendiri. Sentiasalah bermesra dan menggembirakan pasangan agar hubungan yang terjalin bertambah bahagia serta saling hormat-menghormati lantas mengundang rezeki yang banyak dalam rumah tangga.
3. Banyakkan Bersedekah
Amalan bersedekah tanpa mengharapkan balasan sememangnya digalakkan dalam Islam kerana amalan terpuji ini mampu menambahkan rezeki. Apabila kita meringankan bebanan orang lain yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan melipatgandakan rezeki dan memberikan kesenangan dalam kehidupan harian kita.
4. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Berbuat baiklah dengan orang tua dan jangan sesekali menderhaka kepadanya selain jangan bersikap kedekut dengan mereka.
Ads
Sabda Rasulullah SAW:
‘Siapa berbakti kepada ibu bapanya, maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.’ (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah SAW:
‘Apabila hamba itu meninggalkan doa untuk kedua orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.’ (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5. Ramaikan cahaya mata.
Kehadiran cahaya mata merupakan nikmat bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Ini kerana anak boleh diibaratkan sebagai tali pengikat yang dapat menguatkan lagi hubungan suami isteri.
6. Jangan Berkira / Kedekut Belanja Isteri
Ads
Dalam rumah tangga tidak boleh ada sifat kedekut sesama pasangan. Jika mahu menggandakan rezeki, suami janganlah kedekut membelanjakan isteri. Nescaya apa yang dibelanjakan itu akan digantikan Allah dengan rezeki yang berlipat kali ganda.
7. Gunakan Bahasa Lembut Dan Panggilan Manja
Percayalah dengan menggunakan bahasa yang lembut dan mesra apabila berkomunikasi dengan pasangan mampu membuatkan rezeki terus mengalir. Tentu sahaja pasangan akan rasa lebih tenang dan bahagia jika dipanggil dengan panggilan manja ataupun menggunakan bahasa lembut sekali gus membuatkan ikatan suami isteri bertambah erat.
8. Tenangkan Hati Isteri Ketika Resah
Seorang suami yang baik pasti mampu memahami sisi emosi seorang isteri apabila isteri dilanda masalah. Ini kerana isteri yang jiwanya sentiasa tenang akan memancarkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap suami tanpa berbelah bagi.
9. Cium Dan Peluk Isteri Sebelum Keluar Rumah
Apabila keluar rumah, cium dan peluklah isteri sebagai tanda suami menghargainya sebagai insan teristimewa. Amalan ini akan memberikan aura positif bukan sahaja dalam diri seorang isteri sepanjang hari tetapi juga memberi semangat untuk suami mencari nafkah yang lebih banyak buat keluarganya.
Ads
10. Salam Dan Cium Tangan Suami Sebelum Keluar Rumah
Begitu juga buat isteri, tingkatkan rezeki dalam rumah tangga anda dengan bersalaman dan mencium tangan suami sebelum suami keluar rumah. Amalan ini menunjukkan yang anda reda serta menghargai suami yang bertungkus lumus mencari sumber rezeki untuk anda dan anak-anak.
11. Bergurau Senda Sebelum Tidur
Hubungan suami isteri akan bertambah erat dan penuh warna-warni apabila adanya gurau senda dalam rumah tangga. Sebelum melelapkan mata, curilah masa untuk bergurau senda dengan pasangan, mudah-mudahan rezeki anda berdua akan sentiasa dimurahkan.
Semoga amalan-amalan ini dapat kita lakukan setiap hari dan jadikan sebagai rutin dalam kehidupan. Moga ianya bermanfaat.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak termasuklah bab pendidikan. DEk kerana itu, ramai ibu bapa yang agak tegas dan menekankan hal ini dalam memastikan anak-anak tidak leka.
Setiap apa yang anak-anak gemari akan diikuti asalkan ia terbaik buat mereka. Demikian juga yang dikongsikan oleh pelakon Yana Samsudin mengenai anak sulungnya, Aisy Mateen.
Menurut yana, anak sulungnya menggemari subjek matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
Bahkan, anaknya lebih cepat ‘tangkap’ dan cepat belajar jika menggunakan bahasa inggeris.
Paling suka subjek matematik.. Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.
Bukan itu sahaja, Aisy juga telah didedahkan untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin sejak masih bayi lagi.
Sebab masa baby lagi dah dedahkan 3 language.. bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi..
Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudah segala proses nya.
Ingat mateen , mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian mateen dengan anak anak yang lain . Mommy nak mateen pandai ikut potensi mateen sahaja. semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti…
Didik anak cara Maryam Durian Kimchi, tak semua kita suka boleh dapat, “Satu hari, satu barang..” Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu.
Didik Anak Cara Maryam Durian Kimchi, Tak Semua Kita Suka Boleh Dapat, “Satu Hari, Satu Barang, Dua Tak Boleh”
Terbaru menerusi perkongsian Maryam di laman Instagramnya, Maryam berkongsi video memaparkan gelagat Rina yang kelihatannya sedang menangis. Rina mahukan patung mainan sedangkan Rina sudah pun memilih satu patung mainan sebelumnya. Maryam dan Ryzal enggan menunaikan permintaan Rina kerana ingin mendidik Rina agar memilih hanya satu barang permainan sahaja dalam sehari. Tidak boleh lebih.
Maka bermulalah drama air mata Rina. Memang ramai ibu bapa yang mengalami masalah seperti ini bukan? Perkongsian Maryam mencuri perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat Rina yang menangis kerana inginkan anak patung tersebut.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Maryam mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.