Kasih ayah sepanjang masa begitulah ungkapan yang biasa kita dengar apabila membayangkan kasih sayang seorang ayah kepada ahli keluarganya.
Malah ada yang sanggup berkerja lebih masa untuk memberikan kemewahan dan kebahagiaan buat ahli keluarga.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai kerajinan seorang ayah tetapi kena hadnya supaya keluarga tidak terabai.
11 Pesanan Buat Ayah Yang Rajin Bekerja
1 – Nak kerja “lebih masa” setiap hari boleh. Malah sangat di alu-alukan tetapi jangan sampai “tiada masa” langsung untuk bersama anak dan isteri.
Ads
2 – Seperti wang ringgit, masa pun ada harga dan nilai sendiri. Wang ringgit boleh di cari tapi masa tak boleh di cari ganti. Hargai masa sebaiknya.
3 – Kejar kerjaya. Kejar pangkat. Kejar gaji yang lumayan. Silakan kejar, tapi ingat jangan sampai keluarga yang di gendong berciciran sudah la.
4 – Jangan jadikan duit sebagai visi mencari rezeki. Duit itu hasil. Jika tercapai visi maka duit la ganjarannya. Visi yang baik mestilah mencari keredhaan Allah dan melaksanakan tanggungjawab pada keluarga.
5 – Baik atau buruk rezeki itu tak di tentukan pada pangkat dan darjat. Asalkan halal, pemungut sampah yang busuk itu pun lebih wangi rezeki dia berbanding mereka yang tidur di meja pejabat pada waktu kerja.
Ads
6 – Ingatlah kerja yang di buat sekarang ni tak menentukan keseluruhan asbab rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai rupa. Usah terlalu taksub dengan wang ringgit.
7 – Jangan mengeluh jika gaji tidak setimpal dengan kerja tapi mengeluh la bila gaji banyak tapi tetap tak pernah cukup. Ada kemungkinan rezeki bocor gara-gara tidak ikhlas bekerja.
8 – Rezeki ada dalam banyak bentuk. Badan sihat itu rezeki, anak baik pun rezeki, isteri rajin juga rezeki, jarang di timpa musibah pun rezeki. Berlapang dada la usah mengeluh.
9 – Jika setelah semua usaha dah di buat, kerja 7 hari seminggu pun sudah tapi masih belum dapat hasil yang diinginkan. Berhenti la. Berlapang dada la. Percaya kepada kudrat Allah SWT. Sesungguhnya kudrat Allah itu lebih berkuasa berbanding kudrat manusia.
Ads
10 – Pastikan niat bekerja itu betul. Niat mesti untuk utamakan yang wajib. Nafkah isteri, nafkah anak-anak, tempat berteduh, makanan, dan pakaian mesti di dahulukan sebelum benda-benda lain yang tak wajib.
11 – Rajin bekerja bagaimana pun di luar rumah, kerja hakiki jangan di lupa. Kerja hakiki suami ialah di rumah iaitu mendidik anak-anak, mendidik isteri, jadi ayah yang prihatin, suami yang penyayang dan paling penting jadi imam yang boleh memimpin.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Kerja adalah ibadah, keluarga adalah amanah. Mana satu lebih utama?
p/s : Dipersilakan share post ini kepada pasangan dan kenalan anda semoga dapat memberi manfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak jadi pelakon utama dalam sebuah drama popular, nama Meerqeen semakin dikenali ramai. Bukan sahaja kerana memiliki wajah yang tampan, malah bakat lakonannya juga tidak kurang hebat.
Baru-baru ini, tular satu video di sosial media di mana Merqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam sedang menyanyi bersama ibunya, Suraidah di sebuah acara.
Yang menarik perhatian dalam video tersebut, suara ibunya yang lunak seakan suara penyanyi Safura Yaacob semasa menyanyikan lagu Dua Insan oleh Datuk M. Nasir dan Yunizar Hussein.
Patutlah sama, rupanya Suraidah dan Safura adalah adik beradik!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengetahui bahawa Safura adalah kakak kepada Suhaidah. Malah, ada juga yang memuji ibu Merqeen seorang yang penyayang dan baik hati.
Impak pandemik Covid-19, bukan sahaja kepada sektor ekonomi tetapi bidang pendidikan. Sejak penularan tahun lepas, sesi persekolahan telah ditutup sehingga di buka pada awal tahun ini.
Namun sejak beberapa minggu ini, wabak ini makin ‘mengganas’ menyerang sekolah hingga memaksa penutupan sekolah buat sementara waktu untuk proses nyah kuman dan pembersihan di kawasan yang terbabit.
Rentetan ini, mengakibatkan sesi persekolah terganggu dan ada segelintir ibu bapa mula mengambil keputusan untuk ‘cutikan’ anak-anak sendiri untuk berada di rumah.
Nyata situasi ini akan mengganggu pembelajaran anak-anak secara konsisten secara bersemuka di sekolah.
Keadaan ini merisaukan ibu bapa terutama anak-anak yang akan menduduki peperiksaaan utama seperti UPSR dan PT3.
Terkini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 2021.
Katanya lagi, kementeriannya akan memperkasa pentaksiran berasaskan sekolah mulai tahun ini susulan pemansuhan itu. Manakala penilaian bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada untuk tahun ini juga akan dibatalkan.
Jelas beliau, keputusan membatalkan PT3 bagi tahun ini dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.
“Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita memgambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah sebagai pemain bolasepak, pasti akan ada pasang surutnya lebih-lebih lagi melibatkan kecederaan yang serius.
Baru-baru ini, suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan, akur apabila terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL).
Ini merupakan kali kelima Zaquan Adha berdepan dengan situasi tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar mendoakan agar proses pembedahan berjalan lancar selain berlapang dada dengan ketentuan yang ditetapkan kepada suaminya.
Apa yang memilukan apabila membaca titipan Ayu di laman Instagramnya yang memberikan sokongan pada suami tercinta.
Jika kamu rasa ujianmu sebesar kapal, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu seluas lautan. Yang penting sabar. @zaqone_08 adalah orang yang paling tabah dan cekal yang pernah saya kenal.
Sangat positif, determination, dan seorang pemimpin yang baik. Saya tahu awak cukup kuat yang terpilih untuk melalui nikmat pengalaman menjalani operation ACL untuk kali yang ke-5 ni.
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk awak. Berlapang dada dan reda dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk awak sayang.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Perancang dan Sebaik Baik Perancang.
Melihat ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Zaquan dipermudahkan urusan selain kembali pulih dengan cepat.