Kasih ayah sepanjang masa begitulah ungkapan yang biasa kita dengar apabila membayangkan kasih sayang seorang ayah kepada ahli keluarganya.
Malah ada yang sanggup berkerja lebih masa untuk memberikan kemewahan dan kebahagiaan buat ahli keluarga.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai kerajinan seorang ayah tetapi kena hadnya supaya keluarga tidak terabai.
11 Pesanan Buat Ayah Yang Rajin Bekerja
1 – Nak kerja “lebih masa” setiap hari boleh. Malah sangat di alu-alukan tetapi jangan sampai “tiada masa” langsung untuk bersama anak dan isteri.
Ads
2 – Seperti wang ringgit, masa pun ada harga dan nilai sendiri. Wang ringgit boleh di cari tapi masa tak boleh di cari ganti. Hargai masa sebaiknya.
3 – Kejar kerjaya. Kejar pangkat. Kejar gaji yang lumayan. Silakan kejar, tapi ingat jangan sampai keluarga yang di gendong berciciran sudah la.
4 – Jangan jadikan duit sebagai visi mencari rezeki. Duit itu hasil. Jika tercapai visi maka duit la ganjarannya. Visi yang baik mestilah mencari keredhaan Allah dan melaksanakan tanggungjawab pada keluarga.
5 – Baik atau buruk rezeki itu tak di tentukan pada pangkat dan darjat. Asalkan halal, pemungut sampah yang busuk itu pun lebih wangi rezeki dia berbanding mereka yang tidur di meja pejabat pada waktu kerja.
Ads
6 – Ingatlah kerja yang di buat sekarang ni tak menentukan keseluruhan asbab rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai rupa. Usah terlalu taksub dengan wang ringgit.
7 – Jangan mengeluh jika gaji tidak setimpal dengan kerja tapi mengeluh la bila gaji banyak tapi tetap tak pernah cukup. Ada kemungkinan rezeki bocor gara-gara tidak ikhlas bekerja.
8 – Rezeki ada dalam banyak bentuk. Badan sihat itu rezeki, anak baik pun rezeki, isteri rajin juga rezeki, jarang di timpa musibah pun rezeki. Berlapang dada la usah mengeluh.
9 – Jika setelah semua usaha dah di buat, kerja 7 hari seminggu pun sudah tapi masih belum dapat hasil yang diinginkan. Berhenti la. Berlapang dada la. Percaya kepada kudrat Allah SWT. Sesungguhnya kudrat Allah itu lebih berkuasa berbanding kudrat manusia.
10 – Pastikan niat bekerja itu betul. Niat mesti untuk utamakan yang wajib. Nafkah isteri, nafkah anak-anak, tempat berteduh, makanan, dan pakaian mesti di dahulukan sebelum benda-benda lain yang tak wajib.
11 – Rajin bekerja bagaimana pun di luar rumah, kerja hakiki jangan di lupa. Kerja hakiki suami ialah di rumah iaitu mendidik anak-anak, mendidik isteri, jadi ayah yang prihatin, suami yang penyayang dan paling penting jadi imam yang boleh memimpin.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Kerja adalah ibadah, keluarga adalah amanah. Mana satu lebih utama?
p/s : Dipersilakan share post ini kepada pasangan dan kenalan anda semoga dapat memberi manfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aktiviti mewarna dilihat sebagai aktiviti yang cukup mudah bagi sesetengah orang namun aktiviti ini sebenarnya mempunyai begitu banyak kebaikkannya kepada anak kecil.
Mewarna menggunakan kertas warna bersaiz besar atau kecil, mana lagi satu baik untuk anak?
Menurut perkongsian Ahli Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, anak yang menggunakan kertas warna kecil dan bersaiz besar banyak perbezaannya.
Jom ikuti perkongsian beliau.
Kalau nak ajar mewarna, kena guna gambar yang besar ke gambar kecik?
“Gambar besar”
Hampir 90% guru-guru menjawab mereka menggunakan gambar besar dalam slot aktiviti mewarna di sekolah.
Sebenarnya, kemahiran mewarna adalah untuk mereka belajar fokus.
Implikasi guna gambar besar:
1. Murid lebih kepada menconteng keseluruhan gambar.
2. Cepat penat.
3. Lepas tu dah tak nak mewarna lagi.
Implikasi guna gambar lebih kecil:
1. Murid lebih fokus kepada satu objek yang hendak diwarna.
2. Cepat siap.
3. Excited nak mewarna objek lain pula.
Cuba try test kepada anak-anak atau murid di sekolah. Mulakan dengan mewarna bentuk kecil.
Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet. Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.
Demi menuntut ilmu, tiga pelajar terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh secara tiba-tiba di Kampung Gusi, Isnin lalu ketika sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, kejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam.
Siapa sangka, pelajar ini sanggup meredah kegelapan malam serta gigitan nyamuk semata-mata untuk menuntut ilmu. Untuk makluman, terdahulu kejadian ini telah tular di Facebook sehingga mendapat perhatian warganet.
JAMBATAN GANTUNG KELIHATAN USANG.
Memetik laporan ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.
“Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaa,”ujarnya.
Beliau juga memaklumkan akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit.
“Kita berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.
Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet. Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata dia dimaklumkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.
“Penduduk kampung menyatakan semua pelajar itu berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.
“Capaian internet di Kampung Gusi ini memang teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit,” katanya.
Apabila bergelar suami isteri tentunya akan melalui kesukaran ketika hidup bersama. Waktu ini, susah senang bersama pasangan memang menduga diri.
Menerusi facebook Muhammad Yusoff, berkongsi bahawa, kehidupan alam rumahtangga ada pelbagai dugaan. Yang menentukan kebahagian adalah pasangan itu sendiri yang saling menghargai dan melengkapi antara satu sama lain.
IKUTI PERKONGSIANNYA
Jarang saya menulis pagi-pagi. Saje saya nak terbalikkan masa, cerita sikit kenangan lalu mengusik jiwa saya, 11 tahun lepas. Panjang sikit tapi harap sudilah baca ye.
Masa tu saya baru kerja. Pengangkutan yang saya ada hanyalah sebuah motor. Yelah, baru kerja. Masa mula-mula kerja gaji pun takde lagi. Tapi masa tu saya dah kahwin dah. Kahwin muda. Bini baru habis belajar masa tu. Saya pulak baru posting.
KEHIDUPAN SEDERHANA
Masa tu saya ditakdirkan posting di Pasir Gudang. Kampung saya di Batu Pahat. Jauh jugak Batu Pahat ke Pasir Gudang. Kalau naik motor 3 jam. Saya masih ingat awal-awal tu hari-hari saya naik motor wave ulang alik Pasir Gudang ke Batu Pahat, Batu Pahat ke Pasir Gudang sebab nak jumpa bini.
Ada satu peristiwa tu saya tak boleh lupa. Pagi tu saya bawak bini ke Pasir Gudang. Kami bangun awal. 4.00 pagi. Bertolak daripada Batu Pahat ke Pasir Gudang. Lalu jalan kampung pagi-pagi. Sejuknya bukan main. Yelah, naik motor. Time embun pagi membasahi bumi. Sebenarnya masa tu sekolah saya ada program. Saje saya bawak bini sebab dia nak tengok sekolah saya. Kebetulan dia pun dah nak posting bulan seterusnya.
Habis program, saya dan bini bertolak balik. Dan time tu terjadilah satu peristiwa yang saya takkan saya lupa sampai bila-bila sepanjang hayat saya.
Boleh pulak motor saya pancit tengah highway. Adoi. Tengah-tengah highway ni nak menapak ke susur keluar highway jauh jugak. Adalah dalam sepuluh kilometer. Nak tahan kereta pun, mana ada kereta nak berhenti.
Jauh jugak kami berjalan. Saya tolak motor yang tayarnya kempis takde angin.
PENGORBANAN
Kesian saya tengok bini saya. Berpeluh-peluh dia. Dahlah kena bangun pagi-pagi. Tak cukup tidur, lepas tu kena menapak jauh pulak tu.
Saya lupa hari tu adalah hari jadi bini saya. Saya sedih sebab hari jadi bini jadi macam ni pulak. Saya ingat nak bawak dia makan soto special dekat rumah saya tapi apakan daya, jadi macam ni pulak.
Saya doa dalam hati biarlah ada yang menolong saat genting ni dan ajaibnya Alhamdulillah kebetulan ada lori yang jaga maintainance highway lalu dan dorang pelawa kami naik lori dorang sampai ke kedai baiki motor.
Masa tu seingat saya duit dalam poket adalah RM50 sebab tak dapat gaji lagi time tu.
Tokey motor suruh saya tukar tayar sebab dah teruk. Saya kata duit takde lagi ni. Saya kata tampal dulu lah tokey. Saya tawakal je masa tu. Fuh, dalam hati berdebar betul sebab jauh lagi nak sampai kampung. Saya cuma berdoa supaya Tuhan permudahkan perjalanan saya dan isteri.
Sebelum bertolak saya singgah kedai, beli roti Gardiner coklat. Saya kata kat isteri, saya nak beli kek coklat tapi saya tak mampu masa tu. Nak nangis rasa. Isteri senyum je. Allah, rasa malu jugak pada isteri masa tu. Rasa apalah lekeh sangat saya masa tu.
Alhamdulillah kami sampai jugak kat kampung saya. Saya bawak pelan-pelan. Slow and steady, janji sampai. Malam baru saya sampai kampung. Sampai-sampai terus mandi, solat, letak kepala terus hanyut lena kepenatan.
SUSAH AWAL PERKAHWINAN
Saya rasa ramai suami dan isteri pernah rasa susah masa awal-awal kawin kecualilah kalau depa asal kluster kayangan. Dan pastinya, momen-momen sedih ni dia akan bermain dalam minda kita sampai bila-bila. Rasa nak menangis pun ada bila dikenang.
Suami ada masa cuba ingat kenangan susah bersama isteri. Kenangan naik motor sama-sama lepas tu basah kena hujan. Kenangan hari-hari makan telur dengan kicap. Kenangan tidur atas toto sebab tak mampu nak beli tilam. Kenangan tampal surat khabar kat tingkap sebab tak mampu beli langsir. Kenangan rumah kosong saujana mata memandang sebab belum mampu beli perabut. Kenangan makan kongsi sorang sikit sebab nak jimat makanan.
CARA ERATKAN HUBUNGAN
Pada saya semua kenangan ni mendewasakan kita suami dan isteri. Dan, ia mengeratkan lagi hubungan kita. Ia juga akan menjadikan kita kuat fizikal dan mental.
Tiada pasangan suami isteri yang tak pernah rasa susah selepas mereka berkahwin. Dugaan tak cukup duit, tak cukup makan memang akan berlaku. Ia adalah satu proses perjalanan dalam perkahwinan yang perlu suami dan isteri lalui.
Apa yang penting ialah suami dan isteri itu sabar, redha, setia dan hargailah pasangan masing-masing walaupun apapun yang terjadi. Susah ke senang ke tetap bersama.
Sebab tu sekarang ni dengan keadaan ekonomi yang dah agak stabil(Alhamdulillah), saya cuba yang terbaik untuk bahagiakan isteri saya. Cukupkan apa yang tak cukup. Lengkap kan apa yang tak lengkap. Belikan apa yang isteri idam-idamkan yang saya tak mampu belikan waktu kami susah dulu. Saya cuba jadi suami terbaik walaupun saya bukanlah yang terbaik.
PERINGATAN BERSAMA
Suami-suami kena ingat walau apapun yang terjadi,:
Teruskanlah bercinta. Jangan berhenti bercinta sampai syurga.
Berkongsilah. Jangan kedekut dan berkira dengan pasangan.
Jadilah pendengar yang baik. Suami dengar suara hati isteri. Isteri dengar suara hati suami.
Belajarlah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Suami lengkapkan isteri. Isteri lengkapkan suami.
Para suami, hargailah isterimu. Bahagiakanlah isterimu.
Perempuan yang ada masa kita susah inilah yang sepatutnya bersama kita ketika kita senang. Jangan, please, bila kita dah senang, kita dah ada harta, kita tinggalkan mereka sewenang-wenangnya sebab kejar yang kedua, yang ketiga yang keempat yang datang cuci kaki bila suami dah senang.
Sekali lagi saya menyeru buat diri saya, Muhammad Yusof dan semua suami, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita dan hargailah isteri kita.
Diakhirnya, matlamat hakiki kita sebagai suami ialah kita kalau boleh nak pimpin tangan isteri bersama untuk masuk ke dalam Syurga, kan? Semoga dengan keberkatan kita jaga isteri, isteri jaga kita, kita akan sama-sama menjejakkan kaki kita ke Syurga dan kekal bahagia di dalamnya ❤️
Apa-apapun doakanlah saya dan isteri dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dunia dan akhirat ya?
p/s: tak perlu tag suami sebab bukan suami baca pun, tapi sudikanlah share ye semoga ada manfaatnya buat kita sekeluarga.
Tentang gelang emas jangan risau, janji tetap janji, demi namanya isteri, lautan api pun saya akan renangi, setakat lautan Habib Jewel, Insyaallah saya akan redahi .
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.