Mendidik anak ibu bapa memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Dalam hal ini, pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak boleh kita abadikan panduan bersama.
1. Kirimkan bacaan Al Fatihah
Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa & pandang wajah anak
Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3.Solat hajat di sisi anak
Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.
4. Minta dikasihani
Ads
Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Peluk dan cium anak selalu
Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
Ads
7. Jaga tutur kata & minta Maaf
Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim
Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9.Tekankan kemuliaan peribadi
Ads
Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.
10. Berdoa ketika membasuh beras
Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.
Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
11. Ucap kata-kata positif
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Macam-macam nama diberikan untuk kuih yang satu ini, penjaram, cucur jawa atau cucur topi yang cukup ramai menggemari rasanya.
Bahkan untuk menyediakan menu ini cukup mudah dan ringkas.
Buat anda yang belum pernah mencuba rasa atau tidak pernah mencuba menyediakan menu untuk santapan keluarga, apa kata mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Menurut puan Leeina Qaliena, kuih penjaram ini menjadi menu kegemaran mereka seisi keluarga.
RESIPI PENJARAM
Bahan:
2 cawan tepung beras cap 3 gajah
2 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan gula merah hancur
1 cawan gula putih(boleh kurangkan kepada 3/4 cawan sahaja)
2 1/4- 2 1/2 cawan air(ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika(suam).
2.Satukan Tepung Gandum dan tepung beras,garam, Tuang air gula merah tadi sedikit-sedikit dan adun sebati.
Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang Cantik.(Tidak terlalu cair tidak terlalu kental).
Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata.
**Tips: Wisk adunan sehingga timbul buble2 atau timbuk menggunakan senduk pun boleh. Baru diperap.
3.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng.
(Boleh juga diperap di dalam peti ais)
4.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil).
Tuang adunan perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.
Nota: Semasa menggoreng jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang cantik. Hasilnya kuih menjadi renda/ropol topi yang cantik, ringan, rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
Sewaktu ramai yang gembira dengan perhijrahan selebriti wanita berhijab, aktor dari negara seberang ini turut mengejutkan ramai pihak.
Siap sangka,dia yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi kini mula menuju ke arah kebaikan. Pelakon Aliff Aziz, berkongsi kisah diberi hidayah Allah menerusi satu video.
Dalam perkongsian tersebut, Aliff atau nama penuhnya Muhammad Aliff Aziz, 30, melahirkan rasa syukur apabila ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah selepas dia mendekati jemaah tabligh.
Cerita suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu, Instagram menjadi asbab atau punca untuk dia mula mengenali agama Islam.
“Nak dijadikan cerita pada mulanya saya tengok ruangan explore di Instagram… macam-macam orang post.
“Tiba-tiba terlintas perkongsian abang Faizal Ismail (FBI), dia pun dah pakai kopiah… saya pun tengok IGTV dia sampai habis.
“Pada waktu tu tak tahu apa yang gerakkan hati saya… saya sendiri hantar DM (mesej langsung) di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia,” katanya.
Aliff berkongsi hal berkenaan menerusi video bagi membincangkan tentang tajuk erti ‘sebuah penghijrahan’ yang dikongsikan di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia.
Jelas dalam perkongsian selama hampir 14 minit itu, bapa kepada dua cahaya mata ini kelihatan cukup tenang, matang dan merendah diri.
Aliff berkata dia begitu teruja untuk menyertai kumpulan tabligh yang sinonim dengan misi mengembangkan ajaran Islam itu.
Bagaimanapun akui Aliff, pada ketika ini dia diuji apabila hatinya mula goyah selain cuba mencari alasan agar tidak menyertai program dakwah yang diaturkan untuknya itu.
“Saya teringat mempunyai temujanji dengan seorang doktor hingga sanggup menghubungi wakil jemaah tabligh untuk membatalkan hasrat.
“Tapi akhirnya apabila saya fikir balik, tiada siapa pun yang paksa. Maksudnya Allah yang gerakan hati saya untuk DM tabligh.
“Saya fikir dan terus nekad untuk turut serta. Kalau saya tolak peluang ni, saya tak boleh nak salahkan kalau tak dapat apa yang dia nak bagi,” katanya.
“Mereka layan dengan baik tanpa menghiraukan latar belakang atau pangkat, tak menilai atas status kita.
“Allah bagi sedikit rasa manis… MasyaAllah. Tapi hakikatnya mana mungkin yang mendengar rasa apa yang kita rasa.
Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia setahun.
Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak dan juga suami kesayangan Wawa Zaina. Pasangan ini cukup dikagumi dan menjadi idola bagi sesetengah pasangan suami isteri kerana kehidupan rumah tangga mereka yang bahagia sekain saling menghargai antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen kagum dan mengakui pelakon patahnya Sebelah Sayap seorang suami yang romantik dan setia orangnya.
Aeril berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya. Terbaru di laman twitter, Aeril memuat naik satu perkongsian yang cukup ringkas namun amat bermakna. “Susah macam mana pun laluan hidup berumah tangga.. kau kena yakin bahawa seorang isteri ni sebenarnya pembawa rezeki..
“..yang penting kau tak kedekut tunaikan apa yang dia perlu,” tulisnya di laman Twitter.
Susah macam mana pun laluan hidup berumahtangga ..kau kena yakin bahawa seorang isteri ni sebenarnya pembawa rezeki..yang penting kau tak kedekut tunaikan apa yang dia perlu… pic.twitter.com/613FJzTSY2
Posting berkenaan meraih lebih 50,000 tanda suka dan diulang kicau hampir 40,000 serta mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata bersetuju mengenai kenyataan tersebut.
Malah ada yang turut mengimbau kembali saat kesusahan dan cabaran yang dilalui pasangan ini.
Setiap ibu bapa di Malaysia pasti mengimpikan masa depan anak yang cemerlang penuh pencapaian dan kejayaan. Namun impian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa...