Wanita mana yang tidak mendambakan kehadiran insan kecil terisi di dalam rahim mereka.  Doa dan usaha tidak putus-putus agar Tuhan memakbulkan rezeki yang satu ini.

Namun Kun Fa Ya Kun, yang berusaha hanyalah insan biasa, penentu segalanya adalah sang Pencipta. Jika belum diberikan rezeki itu, maka reda dan terima dengan hati terbuka. Pasti suatu hari nanti, doa tersebut didengari.

“14 Tahun Berkahwin, Empat Kali Buat IVF Gagal. Saya Reda.” Perkongsian Isteri Adi Putra Buat Netizen Sebak, Titip Nasihat Jangan Berhenti Doa & Usaha.

Bagi isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.

“14 Tahun Berkahwin, Empat Kali Buat IVF Gagal. Saya Reda.” Perkongsian Isteri Adi Putra Buat Netizen Sebak, Titip Nasihat Jangan Berhenti Doa & Usaha.

Berkongsi kisah dalam satu temu bual bersama majalah Nona baru-baru ini, akui isteri kesayangan pelakon Dato’ Adi Putra ini, dia reda biarpun Tuhan belum mengurniakan rezeki zuriat buat mereka.

Berkongsi satu video pendek menerusi laman instagramnya, Aida mengakui sudah empat kali menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF).

“14 Tahun Berkahwin, Empat Kali Buat IVF Gagal. Saya Reda.” Perkongsian Isteri Adi Putra Buat Netizen Sebak, Titip Nasihat Jangan Berhenti Doa & Usaha.

Hasil rawatan tersebut, dia pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).

“14 Tahun Berkahwin, Empat Kali Buat IVF Gagal. Saya Reda.” Perkongsian Isteri Adi Putra Buat Netizen Sebak, Titip Nasihat Jangan Berhenti Doa & Usaha.

“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.

“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay.

“14 Tahun Berkahwin, Empat Kali Buat IVF Gagal. Saya Reda.” Perkongsian Isteri Adi Putra Buat Netizen Sebak, Titip Nasihat Jangan Berhenti Doa & Usaha.

“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat,” ujarnya yang  memiliki dua anak angkat reda walaupun tak dikurniakan anak sendiri.

“14 Tahun Berkahwin, Empat Kali Buat IVF Gagal. Saya Reda.” Perkongsian Isteri Adi Putra Buat Netizen Sebak, Titip Nasihat Jangan Berhenti Doa & Usaha.

Perkongsian Aida itu mendapat respond daripada pengikutnya yang rata-rata memberikan kata semangat selain turut berkongsi pengalaman sendiri.

idamiazul Janji Allah pasti… klu tiada di dunia yg sementara ni.. .. Allah simpannya di syurga yg kekal abadi…

ciknoreen Akk kuat semoga sya pun kuat cm akk Tp blm ada rezeki nk bt IFV..sapa kwin tknk ankk kannn..sedihhh doakn sy jgkkk @aidayusof786 ❤️?

nora03lynda_jfr Saya doakn Semoga dpt zuriat, Semoga Allah swt permudahkn segala urusan mu. Aamiin..U such a Very Strong lady!? Terus Tabah dn Sabar sis..in shaa Allah suatu Hari nnti..??? Aamiin ???? @aidayusof786

khaizuranjaddiniy Dengan izin Nya..saya pun 14 tahun kawin baru di kurniakan zuriat ..syukur alhamdulillh..bersabarlah.. InsyaAllah Datin..Allah swt lebih mengetahui segala2nya.

kina_zana_ InshaAllah semoga suatu hari nnt ada malaikat kecil hadir dlm rahim sis , semoga dipermudahkan sgalanya … Aamiin

lady_nabilah InshaAllah ada rezeki abg adi dan kak aida.. Ya Allah semoga di murahkan lagi rezeki dan di kurniakan anak yang soleh solehah kepada abg adi dan kak aida.. Amin

noorfahanim83 Sabar ye sis @aidayusof786 ..saya sudah 3x buat rawatan ivf tpi belum ada rezeki..kali 3 buat ivf lekat tapi 2minggu lpas tu turun darah?.happy sngat masa tu tapi saya redha itu bukan rezeki saya lagi..saya pun dah 14 tahun berkahwin

fazlina24 Inshaa Allah semoga ada rezeki nanti @aidayusof786 #12 tahun perkahwinan sy ambil anak dan jd anak saudara susan sbb adik suami susukan.. dan alhamdulillah 17 thn sy pregnant anak 1st…

madihaamani8 Allah sebaik2 perancang datin… Sy 13thn tkde anak.. Gugur lg… Berkat sy sabar dn byk kn bedoa sy dikurniakan anak istimewa..Alhamdulillah..sy dipilih utk mmbsrkan anak syurga.. Sabar byk2 ye datin.. Allah tau apa yg tbaik utk hambanye.. ?

nura.zainal Puan @aidayusof786 .. adik kepada akak ipar saya 17 tahun berkahwin baru dikurniakan zuriat. Sekarang tengah mengandung. Rezeki Allah bukan hanya pada zuriat semata-mata. Dikurniakan suami yang baik dan orang sekeliling yang positif pun dikira rezeki?. InsyaAllah ada rezeki untuk Puan. ?

ctnurahkassim Saya 28 tahun juga tak ada rezeki… Ivf pun buat juga… Tapi kami suami isteri redha

haida79 Mungkin ada hikmahnya…. Saya 12 thn kawin belum dikurniakan anak… Tahun lepas saya gugur saya tak tahu pun mengandung…. Tak terucap dengan perasaan tapi saya kena redha kuat semangat untuk kembali sembuh dlm masa berpantang… Saya ubati perasaan sendiri sampai saya berdoa agak x de kawan2 DTG melawat saya x nak menangis…. Tapi Allah maha mengetahui apa yang dia rancangkan

danishaida1414 in shaa allah 1 hari allah akan kurniakan rezeki buat akak dan @adpadiputra ..cuma cepat dan lambat je..allah nk menguji seseorang tuh sbb sayangkan kita.Dia nk tgk tahap kesabaran kita..sy doakan akak dan adi diberikan rezeki anak yg soleh n solehah..aamiin..??

Sumber: IG aidayusof786

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI