Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok baru-baru ini, Datuk Lee Chong Wei dilihat mengajar ‘musuh’ tradisinya dari China iaitu Lin Dan bertutur dalam Bahasa Melayu.
Tindakan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengajar rakan dunia sukannya bercakap dalam bahasa Melayu dikongsikan di dalam rakaman video berdurasi 42 saat itu nyata telah mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.
Setakat ini, video dimuat naik semalam itu telah meraih 1.9 juta tontonan dan 194.9 juta tanda suka serta mendapat 3,209 komen daripada netizen.
Ajar Tiga Ayat Utama
Di dalam video tersebut di lihat di mana Datuk Lee Chong Wei memulakan dengan pertanyaan ‘Apa Khabar’ dan kemudian Lin Dan mengulangi ungkapan tersebut sambil melambai tangan ke arah kamera.
Ads
Setelah itu, ayat berikutnya pula Datuk Lee Chong Wei mengajar perkataan ‘terima kasih’ selain ayat ‘aku cinta kamu’ di mana Lin Dan menyebut ayat-ayat berkenaan dengan begitu lancar sekali.
Masih ingat dengan kisah Abil Fikri Ahmad, seorang suami satu dalam sejuta yang telah berkorban segalanya untuk menjaga isterinya yang terlantar sakit?
Kisahnya pernah tular suatu ketika dahulu selepas mengambil keputusan berhenti kerja dan menjaga isterinya sepenuh masa. Dia mendapat jolokan Duda Idaman Malaya dan menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri Fauziah Muhamad yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi.
Akhiri zaman duda selepas lima tahun
Selepas lima tahun hidup menyendiri, Abil Fikri Ahmad, mengakhiri zaman dudanya dengan suri hati Nor Aida Mohamad pada Julai tahun lalu.
Dia dalam pada itu, meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baru yang disifatkan seorang yang memahami.
Isteri baru sama negeri dengan arwah
Menurutnya, perkenalannya dengan isteri bermula sebagai rakan blogger, namun masing-masing tidak pernah meluahkan isi hati.
“Isteri antara rakan blogger yang rapat dan banyak membantu saya. Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin dan dia pula masih bujang pada waktu itu, sudah tentulah saya lebih rapat dengannya,” jelas Abil sambil mengakui Nor Aida yang berjaya mencuri hati Abil Fikri juga berasal dari Terengganu sama seperti Allahyarhamah Fauziah.
“Tapi, kami tak pernah declare sebagai pasangan kekasih pun. Cuma, Disember lalu saya mencuba nasib melamarnya dengan soalan bergurau sama ada sanggup berkahwin dengan saya. Tak sangka dia menjawab ok,” katanya.
Abil Fikri berkata, isterinya, Nor Aida Mohamad, 30, kini mengandung enam bulan dan dijangka bersalin pada pertengahan September ini. Bekas perunding kewangan itu turut berkongsi rasa apabila bakal menimang cahaya mata sendiri dalam usia 50 tahun.
Allah sedia ‘hadiah’ istimewa
Malah, katanya, berita gembira itu dikhabarkan isterinya pada sambutan ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu sekali gus menjadi hadiah paling besar dalam hidupnya.
“Pada Julai tahun lalu, saya menemui pengganti teman hidup selepas lima tahun hidup sendiri dan tahun ini saya bakal bergelar bapa pula. Bayangkan dalam usia begini baru dapat rasa perasaan macam mana bergelar bapa.
“Awalnya saya seperti tak percaya, blur dan tidak terkata bila isteri memberitahu berita kehamilannya. Termenung seketika waktu itu, lama-kelamaan baru saya rasa seronok. Alhamdulillah, Tuhan nak bagi kita tak tahu, dulu saya jaga arwah sakit dan apabila dia ‘pergi’ saya rasa ‘alone’ kerana tak ada orang nak ceriakan hidup saya.
‘Rupanya Allah nak sediakan ‘hadiah’ yang cukup istimewa buat saya. Betapa besarnya nikmat yang Dia beri kepada saya. Saya sangat bersyukur dan gembira dengan kurniaan ini. Dapat isteri yang baik dan memahami.
Saya tidak sabar nak tunggu saat anak ini lahir kerana dengan arwah isteri, kami tidak ada rezeki dikurniakan anak. Dapat rasa kasih sayang anak-anak pun dengan lima anak arwah kerana itu merupakan perkahwinan keduanya,” jelas Abil yang mengakui hubungan dengan keluarga bekas mertua tetap rapat sehingga kini.
Rutin jenguk ibu arwah
Bercerita mengenai sambutan Syawal tahun ini, Abil Fikri berkata, saban tahun rutinnya adalah menziarahi ibu arwah isterinya di Terengganu. Namun Aidilfitri kali ini dia tidak dapat berbuat demikian.
“Sepatutnya saya beraya di Terengganu rumah isteri, tetapi disebabkan kakak ipar saya diserang strok, jadi semua ahli keluarga turun ke Kedah dan beraya di sana. Walaupun saya sudah ada isteri baru tetapi ibu arwah Gee tetap ibu saya selamanya. Rutin saya melayaninya sehingga kini tetap sama. Insyaallah dalam seminggu dua lagi saya akan turun beraya di Terengganu dan akan singgah di rumah arwah.
Isteri bukan pengganti arwah
Malah, dia yang kini aktif sebagai penceramah bersyukur kerana Nor Aida sangat memahami dan tidak pernah cemburu.
“Saya tak pernah anggap Aida sebagai pengganti arwah kerana pada saya mereka adalah dua insan yang berbeza. Saya berkahwin bukan kerana nak cari ganti kerana arwah tiada galang gantinya. Tetapi saya kahwin lain kerana nak cari isteri baru. Mereka ada keistimewaan masing-masing dan saya tidak pernah terfikir untuk membandingkan mereka berdua.
“Kahwin kena ada rasa suka dan sayang, tapi sebab kami dah biasa buat kerja bersama memandangkan dia PA saya, jadi apa jua masalah saya ceritakan padanya. Ada benda yang saya tak ceritakan pada orang lain, tetapi dengan Aida mudah untuk saya luahkan.
“Malah, dulu saya selalu berdoa mengharapkan jodoh buat kali kedua dengan wanita berasal dari Terengganu iaitu sama dengan arwah isteri, itu juga Allah makbulkan. Bila satu kampung ini, senanglah saya nak pergi ziarah. Paling saya terharu kerana ibu arwah juga merestui hubungan saya dengan isteri.
“Alhamdulillah, lepas kahwin barulah saya rasa nikmat nak bercinta. Tak sangka cinta selepas nikah lebih menyeronokkan dan rasanya lain macam. Waktu isteri beritahu dia hamil, saya sempat bergurau, kononnya anak kami umur 10 tahun nanti saya dah macam ‘atuk’ pada anak sendiri,’ seloroh Abil yang mengakui selain memahami, isterinya juga matang dan tidak cepat melatah biarpun tahu suaminya itu mempunyai ramai ‘follower’ di media sosial.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan suami isteri ini memilih untuk mencuba sesuatu yang baru demi masa depan keluarga mereka. Setahun yang lalu, mereka tekad untuk membuka kedai runcit.
Alhamdulillah, kini hasil usaha gigih tak tidak malu untuk mencuba kejayaan mula menghampiri pasangan muda Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hassim.
Solo Borneo Mart (SBM) dibuka pada penghujung September tahun lalu dengan bersandarkan barangan runcit yang sangat terhad.
Kini, selepas setahun beroperasi, SBM yang membekalkan barangan runcit dari Sabah dan Sarawak semakin maju dan diterima ramai.
“Siapa sangka bisnes yang bermula dengan hanya bawa enam botol kicap, lima paket kecil kopi Tenom, tiga botol jeruk bambangan dan lima bungkus mee dari Sabah.
“Selepas itu kami tambah pula barangan dari Sarawak, juga dalam kuantiti yang kecil, tapi hari ini Allah izinkan sebegini jauh perjalanan kami. Kami mampu ‘upgrade’ dengan kontena untuk membawa barang itu ke Semenanjung.
Mengakui perjalanan bisnes mereka bukanlah semudah yang disangkakan. Kata-kata perlian dan pandangan serong sesetengah pihak bagaimana pun tidak melemahkan semangat bekas Vokalis Kumpulan Kristal ini.
Disisinya berdiri teguh wanita kesayangan yang juga suri hatinya yang sentiasa memberi sokongan penuh. “Tak mudah untuk kami kerana awal-awal dulu ‘koyak’ juga bila orang kata saya dah tak laku sebab tu jual ikan masin, buka kedai runcit. “Ada juga yang kata kerja kedai runcit ni tak sesuai dengan status ‘artis’. Tapi…Allah itu sebaik-baik perancang,” katanya sebak. “Isterilah yang banyak beri sokongan walaupun ada cakap-cakap belakang. Saya dan isteri berusaha untuk fahamkan pelanggan mengapa harga di BSM tak sama seperti di Sabah dan Sarawak. “Kami educate mereka mengenai kos dan sebagainya dan akhirnya pelanggan mula memahami dan mula menerima BSM,” ujarnya.
Biarpun kejayaan sudah menghampiri bisnes yang diusahakan tersebut, namun Lan enggan mendabik dada. Sebaliknya dia mahu terus berusaha memajukan BSM dan akan melakukan penambahbaikan dari hari ke hari.
“Biarlah orang kata bergelumang dengan ikan masin, ikan bilis, udang kering ni tak glamor, saya akan tetus berusaha sampailah semua barangan runcit ada di BSM. “Saya akan pastikan pengorbanan kami selama ini berbaloi. Kami korbankan masa dengan anak-anak, kawan-kawan sebab nak fokus kepada bisnes. “Kena tipu, kena sailang itu semua pengalaman. Yang penting saya kena terus kental dan sabar serta belajar setiap hari,” katanya positif.
Allahuakbar.. .Tak penah KY & LS bayang akan dpt guna kontena utk bisnes kami.. .Kami bermula dgn 6 botol kicap.. 5…
Kucai selain menjadi bahan dalam masakan dan pelengkap pada hidangan mee goreng, cucur udang dan sebagainya, diakui kucai juga banyak khasiatnya.
Jadi adalah lebih baik jika ditanam dilaman sendiri untuk mudah diambil bila ingin digunakan.
Nak tahu lanjut cara menanamnya agar ceoat besar dan daunnya menegak ke atas, bolehlah mencuba teknik yang dikongsikan oleh pesara guru ini. Selamat mencuba.
Saya ni cikgu sains pencen. Tak taulah nak guna kat mana ilmu. Masa kat sekolah dulu selalu buat inovasi & murid2 jadi`mangsa’ . Sekarang ni pokok pulak jadi mangsa.
Lepas kucai dipotong satu cara nak bagi kucai tumbuh cepat dan tegak ke atas untuk pemulaannya, kita sungkup dengan bekas yang tak boleh di tembusi cahaya & buat beberapa lubang kecil sebelah atas.
Dengan cara ini kita bagi tekanan pada pokok untuk cepat tinggi sebab rasmi pokok akan cari cahaya.
Boleh juga guna cara ni untuk menyemai pokok. Bila mula keluar daun boleh tutup dgn syarat jangan terlalu lama sangat. Cukuplah 2@3 hari
Untuk pokok kucai saya 4 @ 5 hari saya buka. Kalau lubang terlalu kecil, pokok akan nampak kekuningan.
Jangan risau sabab bila kita buka sungkup tersebut daun secara lumrahnya akan menjalankan tugasnya dan sehari kemudian pokok kembali hijau.
Sumber : Ummi Ain
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di